Agak payah juga yer nak cari salon muslimah nih. Salon yang khas hanya untuk WANITA sahaja. Orang lelaki tak dibenarkan masuk sama sekali...no..no..no...
Kisahnya...aku nak potong rambut *itu pon nak bagitau ker mak jemah oii*. Rambut dah panjang sangat. Dah macam cik ponti *sambung sendiri...hahaha* plak. Pastu dgan gugurnya lagi. Bersepah² atas lantai. Sakit mata menegoknya. Rambut aku pon dah start fasa keguguran rambut tahap maksima nih. Bila sikat rambut tu...hamik ko, segumpal rambut. Naik takut aku melihatnya.
Ok...dah mengarut plak. Berbalik kepada tajuk. Aku masuk FB, terjumpalah info pasal Salon Muslimah nih. Kebetulan member tu pon tengah cari salon muslimah gak. Ok sangat lah tu kan. Yang best nya, salon ni dekat ngan umah.
Tu dia salonnya...Jazeerat El-Rahah. Ada 2 cawangan, Kat Bangi dan skudai, johor. Kalau nak tau lebih lanjut, klik kat link tu. Ok...tak perlu risau lagi kalau nak gunting rambut ☺☺
Note: Tengah berfikir² gaya rambut terkini...hurmmm...