Aku tau, rata² uolls pakai WhatsApp kan. Siap ada WhatsApp group lagi. Macam aku jugak lah. Berderet² WhatsApp group nya. Termasuk lah WhatsApp group office ni ha. Kalau nak ber gossip girl atau nak meluah perasaan ngan bebudak office ni, lain lah WhatsApp nya. Tak boleh camput ngan WhatsApp group office. Perghhhh...berapa banyak perkataan WhatsApp dah ni aku taip.
Ok...berbalik kepada cerita. Nak buat luahan perasaan gak nih. Perasaan geram. Dalam WA group office. Biasalah bercerita kisah kerja² kat office ni. Ada masa selit jugak unsur² humor, keagamaan, info, tips, video dan juga gambar. Haaaa...bab GAMBAR ni yang paling aku menyampah.
Kalau ko nak share gambar pon, biarlah gambar yang senunuh sikit. Jangan lah ko share gambar yang tak senunuh. Dalam group ni ada big bos ada juga kaum hawa. Bukan gambar tak senunuh apa pon. Gambar accident. Kalau setakat gambar accident keta bertembung ker, lori terbabas ker...aku tak kisah.
Tapi kan... bila dah share gambar ngeri orang accident sampai terburai isi perut doh kat tayar lori. Pastu gambar accident motor sampai putus kepala...tu dah melampua lah. Cuba lah sensitif sikit. Dalam group tu bukan semua orang yang kuat semangat nak tengok gambat² ngeri tu. Geram tau.
Aku pon tak perasan gambar tu gambar putus kepala. Masa tu nak tido, ada WA group office masuk. Baca baik punya. Tak terfikir plak gambar tu ngeri. Tgk macam orang tengah buat bumping. Aku pon klik. Memula tak perasan lagi apa yg pelik kat gambar tu. Sekali telek² sambil baca balik. Hamik ko...Gambar accident putus kepala tengah meniarap rupanya. Cisssssssss...terus tak boleh tido sebab terbayang². Dah lah aku ni lemah semangat sket.
Skang kalau ada gambar² yg masuk memang aku tapis. Ada gak yang aku terus delete. Tapi kan....kenapa ada orang yang suka share gambar² orang accident dalam keadaan yang ngeri pastu gi sharing plak ngan orang lain. Sempat plak tu amik gambar. Cuba sedekahkan lah AL-fatihah ker. Ini gi amik gambar buat apa. Buat tambah dosa jer.
Note: Bertembung ngan accident yang meragut nyawa pon aku dah seriau nak lalu.