posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid
Semalam tayang Blueberry Cheesecake ngan Baked Macaroni Cheese. Harini tayang ABC plak. Memang bakar line betul tau...hehehe...Biasalah khenn, musim El-Nino ni. Panas nya semacam. Dengan bahangnya lagi. Mandi pon tak terasa sebab air paip pon dah tak sejuk. Suam² kuku jewr.
Teringat tapai yang kakak aku bagi tu ada lagi. Sedap gak kalau makan ngan ABC. Balik smalam terus singgah kedai beli ABC. Apalagiii...penyejuk tekak dimalam hari dikala cuaca panas lah jawabnya. Makan plak ngan tapai...perghhhh...sila lah bayangkan betapa nikmatnya...hahaha...Kalau makan hari² boleh mengundang sakit tekak. Aku ni jenis jarang nak minum air² sejuk nih. Kalau gi kedai pon order air suam. Sebab bley lemah badan dibuatnya. Tapi bila melihatkan keadaan cuaca skang ni memang aku surrender wei. Tapai ada lagi tu. Rasa macam nak repeat lagi ABC...hurrmmmm...
Note: Jerawat oh! jerawat. Dalam banyak² tempat kat muka ni. Dalam lubang hidung gak ko nak tumbuh. APTB...ppffttt...
Macam biasa. Project hujung minggu kembali setiap minggu...hahaha...Itu pon kalau ada project masak memasak lain dari yang lain lah. Klo tak der entry tu maknanya masak biasa² sajork. Meh kita tengok project masak² dihujung minggu untuk minggu lepas.
Tadaaaaa...erkkkk...ada kek lah. Tetiba teringin nak makan cheesecake. Tetiba terajin buat kek. Maka terhasillah sebijik Blueberry Cheesecake yang di bakar dengan penuh kasih sayam...ceewahhh. Tapi kali ni iols tak pakai biskut Oreo. Kita ganti base dengan digestive biskut lah pulak. Nak resipi klik [SINI]. Terliur tak...terliur takkk. Jemput tengoklah yerp. Jangan marah...Lepas ni rasa macam nak buat kek coklat lapis cheese lah...hurmmmmm...saja nak bakar line uols...hahaha....
Tapi Blueberry cheesecake iols ni rasa dia macam tak berapa nak ummpphhh sangatlah. Tak tau lah klo tekak tukang bakar ni lain sket. Tapi tak per, practice make perfect kan. Kita cuba sampai jadi sedap macam secret recipe.
Ok...yang ni plak baked macaroni cheese. Tetiba terigin plak. Dah macam pompuan ngandung mengidam. Nak cheesecake lah...macaroni lah...haishhhh...Tapi ini sebelum dibakar. Selepas dibakar tak sempat nak amik. Agak frust sket lah. Kurang menjadi sangat. Tapi rasa still sedap. Mungkin silap teknik kot. Rasa tak puas hati plak wei. Ni yang nak repeat lagi nih. Nak resipi kewr? Alaaaaa...google jer lah...hehehe...Next time kalau menjadi iols up resipi yerp. Boleh gittew.
Sekadar selingan:
Cara masakan dan resipi kita mungkin sama dan mungkin juga berbeza. Iols masak Ketam masak Lemak cili api pon nak dijadikan bahan kat laman sosial. Sebab iols masak letak daun kunyit instead of serai. Tak sesuai katanya. Siap nak gelak syaiton lagi ko. Macam lah kelakar sangat. Iols tak marah pon. Cuma kesian jer dengan orang macam ni. Menampakkan kebodohan diri sendiri.
Buat si polan dan sahabatnya tu, parenst iols pon orang N9. Secara tak langsung iols pon orang N9 juga even membesar di KL. Apa pon masakan dan resipi yang mak iols ajar, secara tak langsung turun ke anak dia juga kan. Terpulang lah iols nak masak letak serai, daun kunyit atau apa sekali pon. Janji menepati citarasa tekak kami. Tapi tak perlulah nak dijadikan bahan yerp. Peringatan buat diri sendiri juga.
Note: Panas berbahang. Sakit kepala pon mudah menyerang.
Salam pagi isnin semua. Empat hari blog sunyi sepi tanpa update. Ada yang windu kewr....hehehehe...iyer lah. Siapalah kita khenn nak orang windu². Ok...back to the topic.
KASIHNYA IBU MEMBAWA KESYURGA
KASIHNYA AYAH SEPANJANG MASA
Selamat Hari Abah untuk my Suami dan juga Abah kepada ImanQahirahQhalif, Husaini Mohd Taib. Untuk Bapa Mertuaku, mohd Taib. Dan juga untuk semua yang bergelar dan akan bergelar Abah/Ayah/Bapa/Papa/Daddy. Hari² adalah hari ABAH.
Note: Al-Fatihah buat arwah ayah yang dah 9 tahun menghadap penciptaNYA. Rindu...rindu serindunya kat arwah. Bertuah kamu yang masih punya ayah. Hargailah selagi ada.
MAMEE…Siapa
yang tak kenal dengan produk mamee ni kan. Jenama produk yang terkenal dan telah lama bertapak di
Malaysia. Antara produk yang ditawarkna adalah Mamee, Mamee Monster, Mr
potato, Cheers, nutrigen dan macam² lagi lah. Dalam penyelidikan data yang
dilakukan oleh Kantar WorldPanel baru² ini telah menunjukkan bahwa daripada 5.7
juta jumlah isi rumah, mamee instant noodle telah manjadi pilihan 4.2 juta pembeli
di Malaysia…wow…
Geng² blogger yang terpilih. Kita bergambar dulu sebelum masuk kilang MAMEE
Seperti yang diwar² kan dalam entry [INI] dan [INI], baru2 ni aku telah berpeluang melawat sendiri ke kilang mamee yang terletak di
Melaka. Menyaksikan sendiri bagaimana produk mamee seperti snacks dan instant
noodle di proses dari awal hinggalah proses pembungkusan. Bukan itu saja, dapat
jugak tengok proses mee Tarik secara live. Daripada doh sampailah di uli jadi
mee tarik. Meh tengok nih:
Camera dari Samseng TAB saja
Tukang
buat mee Tarik ni memang datang dari China. Ianya di panggil [Teknik La Mian].
Dikatakan bermula di China pada abad ke-15 iaitu daripada etnik Hui yang ada di
bahagian barat laut China, iaitu Xinjiang, Ningxia, Shaanxi, Gansu, dan
Qinghai. Secara etimologi, ia bererti menarik atau meregangkan dan mian ialah
mi. Keistimewaan cara pembuatan mi ini adalah dengan cara diadun, diregang,
dilentur dan ditarik bagi menghasilkan untaian serta ukuran halus dan kenyal.
Memang agak rumit nak membuatnya.
Memandangkan
cara pembuatan mee tarik yang agak rumit dan mustahil untuk dihasilkan dengan
kuantiti yang banyak dari sepasang tangan manusia…cewahhhh ayat haku. Mamee
Double-decker telah melabur sebanyak RM80 juta untuk sebuah mesin yang boleh
menaghasilkan mee tarik yang prosesnya sama seperti teknik la mian. Mamee
Double-decker percaya dengan teknologi yang serba canggih, tak mustahil teknik
La Mian dapat dihasilkan dari sebuah mesin yang dapat meningkatkankan lagi rasa
mee dan menjadikan tekstur mee menjadi lebih kenyal.
Lepas tu ada demo masak
memasak plak. Bau dia…perghhhhh…manusuk hidung. Sedap betul baunya.
Ok…skang kita tengok
proses penghasilan snacks mamee dan juga instant noodle:
Proses demi proses:
1. Mixing
2. Rolling
3. Slitting
4. Steaming
5. Cutting
6. Seasoning Shoe
7. Frying
8. Cooling
Dan proses yang terakhir adalah Packaging
Untuk pengetahuan semua, Mamee double decker dan juga mamee chef telah
memenangi beberapa anugerah. Antaranya
- Mamee Chef Curry Laksa rated Top 10 Best Instant Noodles in the World for 2014 by Theramenrater.com,
- Putra Brands Awards Bronze Recpient 2014 under Food Stuff Category
- Frost and Sullivan Malaysia Excellence Awards Recipient
Dan Mamee telah melancarkan produk baru iaitu Mamee Chef dengan kerjasama dari chef selebriti, Datuk
Chef Ismail. Pes Mamee Chef ‘s Thai Tom Yam dan Curry Laksa dihasilkan menggunakan ramuan segar dan rempah
ratus asli yang mampu menguasai hati semua bangsa di Malaysia. Mamee chef juga
disertakan dengan pek ramuan tambahan iaitu cebisan sayuran dan juga udang bagi
menambah lagi kelazatannya.
Bagi yang masih ragu2 dengan produk mamee dan juga Mamee chef, anda
tak perlu risau kerana ianya telah mendapat sijil halal JAKIM dan anda boleh
check sendiri [DISINI]
Ok…dah selesai kita melawat kilang Mamee, kita ker Mamee Jonker House
plak yang terletak di Jonker Walk. Aku pon baru tahu tentang kewujudan kedai
Mamee Jonker House ni. Kalau uols ker Jonker Walk, jgn lupa singgah sini. Meh
layan gambar.
Kedatangan kami di sambut oleh Mamee Monster. Crunch it...Shake it...Munch it...MAMEE ☺☺
Antara barang² yang dijual disini. Ada cafe juga. Memang best lah.
Sambil shopping boleh makan. Dan Antara aktiviti² kitorang kat sini:
Berkretiviti dengan mamee cup nih. Kita main color². Pastu kita buat mamee ikut
citarasa sendiri. Yang ni expired date sampai 16 June 2014 jer sebab tak buat kat kilang…hehehe… Memang
best lah lawatan ke kilang Mamee ni. Bila kita dapat tengok sendiri cara² mamee
diproses. Satu pengalaman indah yang tak kan dilupakan. Dan juga:
Dapat bergambar dengan orang kuat Mamee ☺
Last but not least. Thanks for the goodies bag and note. Terima kasih
juga buat nuffnang kerana memilih saya untuk Lawatan ke Kilang Mamee. Untuk maklumat lanjut dan juga info² lain, boleh layari www.mamee.com dan juga "LIKE" Mamee Chef @ www.facebook.com/mymameechef
-
Sopan jer duduk ☺
Sila duduk dediam yer ustaz Qhalif. Abah nak tarah rambut tu. Memandangkan rambut Iman Hakimi dan Iman Qhalif ni cepat sangat panjangnya. Maka jalan penyelesaiannya adalah beli mesin potong rambut. Jimat sket duit. Sekali potong dah RM5-6.00. Kalau 2 kepala dah berapa kan. Pastu sebulan 2-3 kali nak kena gunting rambut. Cer kira berapa jumlahnya. Dalam jaman barang serba naik ni kena lah berjimat cermat sket.
Nasiblah si ustaz qhalif ni jenis dok diam time orang potong rambut. Cuma asik nak kibas² jer lah rambut dia yang jatuh kat badan tu. Ok gak En. Husaini ni potong rambut anak² dia. Ada bakat dah ni lalink. Mana tau bley buat keja part time gunting rambut khenn. Tak pon buka kedai gunting rambut ker nanti...hehehehe....
Note: Mata si ustaz tu dah mula bertahi. Panas dalam agaknya. Apa lagi ubat sakit mata yang paling power kalau bukan Susu Ibu kan. Alhamdulillah....tak bertahi dah. Memang thorrbaikkk lah.
Bukan bahang bola piala dunia jewr dirasai. Tapi bahang El Nino sudah mula terasa. El Nino? Apa tu?
El Niño dnd La Niña merupakan fenomena fasa berlawanan putaran iklim semula jadi yang dikenali sebagai Putaran Selatan El-Nino (El Nino-Southern Oscillation - ENSO). Fenomena lautan-atmosfera ini merujuk kepada perubahan besar kepada suhu permukaan laut merintangi timur pasifik tropika.
Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom meramalkan kemungkinan besar fenomena El Nino, yang mengakibatkan peningkatan suhu dan taburan hujan, akan melanda rantau Asia Tenggara pertengahan tahun ini.
Pakar-pakar kaji cuaca tempatan belum dapat memastikan bahawa Malaysia akan mendapat tempias El Nino pada kali ini namun jika ia berlaku, kemungkinannya ialah Malaysia akan menghadapi keadaan musim kemarau berpanjangan selama enam bulan mulai pertengahan tahun ini.
Tapi serious, memang panas berbahang. Nak tido malam pon panas. Kipas dah bukak laju pon tak rasa. Rumah iols tak der aircond. Jadinya mengharap pada si kipas jewr. Sian kat anak². Berpeluh² tido. Kat mak pak pon kesian gak. Tido tak lena sebab kepanasan. Jadi mata panda lah skit hari nanti nih...hahaha...
Memandangkan musim panas ni kan, sila jaga kesihatan. Bila dah macam ni memang penyakit senang datang. Minum air masak 3 liter sehari yerp. Mak pak sakit tak per. Tapi jangan sakit serentak lah. Jangan anak sakit.
Note: Yeayyyy...draft untuk sponsored post dah approved. Legaaaaaa ☺
Project Hujung Minggu | Egg Toast, Baked Potato Cheese and Thin Crust Pizza
Resipi Monday, June 09, 2014
Haaaaa...amik ko. Tajuk bukan main panjang lagi. Malas nak create banyak² entry sebab kekangan masa. Jadinya kita jadikan dalam satu entry. Macam biasa, project hujung minggu bagi surirumah sepenuh masa dihujung minggu adalah masak, kemas, basuh baju, lipat baju, jaga anak, mandikan anak, bertekak ngan anak...hahaha...dan banyak lagi kerja lah. Kalau minggu lepas iols buat Nasi Arab - Nasi Mandy Ayam. Tapi untuk project masak minggu ni kita ber western lah pulak. Kerajinan tahap langit ke tujuh sudah datang ko. Untuk menu pertama:
Amacammm...ini namanya Egg Toast. Takkan nak resipi kot. Dah terang² bahan² nya hanya roti dan terlur jer khenn. Cuma kalau nak perasa tambahan, tambahlah lada sulah atau lada hitam. Aku pakau pemanggang ajaib yang memang ajaib tu. Malas nak bakar dalam oven. Rasa dia memang thorrbaikkkk lah. Makan plak panas² kan...perghhhhh...silalah buat kalau tak percaya...hahaha...Tapi kan, api jangan lah beso sangat. Kang hitam plak roti tu. Pastu telur tu jangan masak sagat. Biarkan separuh masak.
Kita teruskan untuk menu kedua. Baked Potato Cheese nama diberi...cewahhhh...mengancam tak? Terliur tak? Rajin tak aku buat...hehehe...Nak resipi lettew kan. Jangan salin jer. Mesti buat tau.
Bahan² nya:
Kentang *ikut suka hati nak buat berapa biji
Daging cincang *Tak kisah jenama apa janji halalan toyiban
Meatloaf/pepperoni
Sos preego tradisional *Tak kisah jenama apa janji halalan toyiban
Bawang besar/holland *Suka hati. Janji bawang
Black pepper
Cili sos
Cheese *parmesan, single kraft dan apa² janji cheese
Cara penyediaan
- Goreng bawang sampai kekuningan
- Masukkan daging cincang dan meatloaf/pepperoni
- Masukkan sos preego
- Campur sedikit sos cili dan gaul rata
- Tabur black pepper
Kentang tu direbus dulu. Pastu dibelah dua. Korek isi dalam tu. Jangan ko korek sampai bocor plak kentang tu. Pastu letak bahan² yang digoreng tadi. Boleh juga letak kentang rebus tadi. Di selangselikan lah kekdahnya. Tapi aku tak letak sebab kentang aku tu tak berapa masak. Gelojoh nyer pasal kan. Tak menyempat² nak tunggu kentang empuk. Gigih ah aku korek sebab agak keras lagi kentangnya. Jangan tiru cara aku yerp.
Dah siap suma ko taburlah cheese kat atas tu. Aku pakai keju parmesan. Memandangkan keju tu mahal, aku berjimat cermat supaya boleh pakai untuk jangka masa yang panjang...muahahaha...Taburlah banyak mana uols nak tabur. Pastu letak dalam aluminium foil. Kita bakar saja dalam pemanggang ajaib yang memang ajaib. Api kecik yer uols.
Untuk menu ketiga tu lagi simple. Pakai wrap jer. Aku pernah up entry sebelum ni [DISINI]. Tapi nak up lagi...hehehe...Memandangkan meatloaf jer yang ada, kita belasah jer lah. Sapu sos preego atas wrap tu. Letak meatloaf/papperoni/hot dog pastu tabur keju parmesan. Bakar dalam PA *malasnaktaippanjang². Api kecik yerp. Perghhhhh...memang sedap. Sebijik thin cruct dominos.
OK...selesai. Tunggu next project masak² dihujung minggu lagi yerp. Cuba tau.
Note: Rasa macam nak buat blueberry cheesecake minggu ni. Cheese pon dah beli. Haishhhhh...menternak lemak tak habis².
Crunch it...Shake it...Munch it...MAMEE...
Dapat gak bersua muka ngan si Mamee Monster nih. Selalu tengok iklan dalam tv and kat packaging mamee jer. Ini dapat package lagi uols. Dapat jumpa secara live dan dapat bergambar skali. Nasib sempat sebab munculnya tak lama. Kejap jer.
Untuk si Petak Bunga yang bertanya. Ini lah gambar iols dengan Monster Blue Mamee ☺☺
Note: Blur...blur nak update entry dan blur nak mengarang ayat. Dateline 3 hari jer lagi nih...ppfftttt...
Baru habis briefing pasal 5S nih. Kat syarikat² lain dah lama amalkan 5S ni. Tapi kat tempat iols baru nak start. Kalau sebelum ni dengar kawan² bercerita pasal 5S. Tapi skang baru tau macam mana 5S tu berfungsi. Phewwwww...banyak gak keja nak kena buat nih. Lebih² lagi kerja kat bahagian project. Document/Drawing/Tender tak boleh sukasuki buang selagi project tak siap.
Atas meja...bawah meja kena kemas. Kena amik gambar sebelum dan selepas. Bukti katanya. Banyak juga nak kena buat nih. Filing label and filing system nak kena upgrade. Apa² pon, nak kena buat seiri (sort = sisih) dulu. Dah lah store kecik. Kabinet file apatah lagi. Ok lah...sekian laporan untuk hari ni.
Note: Masa blogging amat terhad skang ni. Maaf uols sebab tak dapat melawat kawasan sangat.
Cer cari...cer cari...hehehe...
Jadi single jap sabtu haritu. Memang meriah. Dapat kenal ngan blogger² baru dan juga dapat bersua muka dengan blogger yang dah lama kenal. Layan gambar dulu lah erk. Tak dapat nak bergambar dengan blogger² yang lain sebab bateri HP dah habis nyawa. Camera tak bawak. Harapkan samsebg TAB ku ittew her lah.
Siapa yang tak kenal dengan blogger cun ni kan. Nice meeting you Namee Roslan. Memang cantik and sweet jer orangnya ☺
Dengan blogger si tinggi lampai, Ema Johari @ Emarieys. Bertemu juga akhirnya even berlainan group and bas. Thanks sebab tegur kita dulu. Sorry sangat sebab memang tak perasan langsung tau. Nice meeting you Ema.
Dari alam maya ke alam nyata pula. Nice meeting you Jueliza @ MamaJue PapaMimi
Kawan baru, Rina @ Cindyrina and Azza @ Embunpena. Nice meeting both of you.
Last but not least. Yang ni bukan blogger yerp. Tapi orang kuat MAMEE, Datuk Pang ☺
Tunggu entry penuh nanti. Jenuh lah haku nak menyusun gambar dan membina ayat. Dateline sampai minggu ni jewr.
Note: Lewat up entry. Busy harini. Ok bye!!
Pinggan ku yang klasik ☺
Project hujung minggu. Apa lagi kalau bukan masak memasak. Project kali ni kita buat Nasi Arab uols. Percubaan membuat nasi arab buat pertama kali menjadi. Tak percaya? Cer tengok gambar...kan bukti tu...ekekeke...Silalah percaya sebab aku pakai rempah nasi arab yang dah siap tu. Tinggal masak dan nak perap jewr. #makbanyakanak memang suka benda² simple macam ni khenn.
Tak payah susah² cari bahan. Semua ada dalam tu.. Macam dalam gambar ni. Rempah untuk perap suma ada. Cuma daging kambing ngan ayam jewr lah tak der dalam tu. Melampau lah wei. Gi lah cari sendiri...ahaks...Instruction suma ada. Memang senang bangat lah. Bau masa memasak tu sangatlah sedap menusuk hidung. Bila dah masak lagi lah sedap rasanya. Memang thorrrbaikkk lah. Makan nasi jewr pon dah sodap.
Tapi kan. Kebetulan masa masak ni tomato puree dan cili hijau nan hado. Kita masak pakai apa yang ada jer lah. Cili hijau tu aku ganti ngan cili padi...haha...Tak effect pon rasanya. Pastu kan, aku tak masuk oven pon. Nak cepat punya pasal, kita bakar atas pemanggang yang ajaib tu. Pon boleh juga.
Ok...kalau uols nak tau, iols pakai pes nasi arab segera dari jenama AL-BAYT. Sekotak ni untuk 4-5 orang makan. Ada perisa Ayam dan Kambing. Harga RM15.00 + RM7.00 (postage). Kalau beli 2 kotak RM9.00 (postage) dan 3-4 kotak RM14.00 untuk kos postage. Kalau berminat, SMS/WhatsApp 018-2910156 (Fiza).
Note: Memandangkan kos sara hidup makin tinggi. Kita kena pandai cari ruang dan peluang untuk buat side income ☺
Tak kira kecil atau pon besar sumbangan nya, ianya amatlah di hargai. Aku tak boleh dengar citer² macam ni. Especially bila menatap wajah anak² yatim dalam gambar ni. Apatah lagi melihat tempat mereka menumpang teduh. Semuanya dalam keadaan yang aku rasa serba kekurangan. Kisah ni aku dapat dari colleague aku sendiri. Dia nak buat kutipan kat office ni untuk disumbangkan ke rumah pondok Darul Salam sabtu nih.
Kisahnya...kawan dia tersesat jalan sampai masuk ke kawasan yang agak ke dalam di Bukit Beruntung. Sekali terjumpa pondok Darul Salam ni. Sempat menyinggah dan amik gambar sambil tu bertanya serba sedikit. Meh baca nih:
Ya! allah...luluh hati aku baca. Makanan pon terpaksa dicatu tu sebab tak cukup. Apatah lagi bekalan elektrik hanya pakai generator jer. Freezer pon tak der untuk letak barang² basah. Bekalan air pulak bergantung pada air sungai yang di pam. Allahu akhbar...ko bayangkan lah betapa susah dan daifnya mereka.
Tempat makan buat anak² yatim piatu :-(
Tempat anak² yatim piatu menumpang teduh. Betapa kita selesa dengan tempat teduhan kita kalau nak dibandingkan dengan mereka :-(
Kawan² yang budiman, inilah masanya untuk kita kumpul saham akhirat. Betapa besar ganjarannya kalau kita membantu anak² yatim piatu ni. Salah satu petua nak murah rezeki adalah murahkan rezeki orang lain, especially anak² yatim piatu yang sememangnya memerlukan bantuan dari kita. Kalau uols rasa nak pergi kat Pondok Darul Salam dan nak tengok sendiri keadaan tempat dan anak² yatim piatu ni, boleh berhubung terus dengan:
USTAZ BABA @ 0111-5787918
Kalau nak sumbang kan baju² terpakai yang masih elok, amat juga dialu² kan. Anak² yatim piatu ni terdiri dari kumpulan umur 7 tahun - 20 tahun. Tapi tak sure berapa ramai perempuan dan lelaki. Kawan office ni call semalam, barang² yang macam mana yang mereka perlukan. Ustaz kata tak kisah...ikhlas lah nak bagi apa pon. Tapi mereka lebih memerlukan makanan kering. Kalau makanan basah mereka tak der tempat nak simpan :-(
Kalau uols nak bagi sumbangan dalam bentuk kewangan, makanan, pakaian dan sebagainya, boleh contact sendiri Ustaz Baba kalau nak tau lebih lanjut. Sama² kita hulurkan bantuan dan ringan kan beban pada mereka yang sangat² memerlukan. Rupanya masih ada lagi sekolah pondok/tahfiz/anak yatim yang daif yang kita tak tau kan.
Note: Sambil taip sambil menahan sendu dihati. Beruntung PANDA yang penjagaannya dianggarkan RM1.5 juta setahun. Sedangkan anak² yatim piatu ni? Nak makan pon kena catu dan tiada siapa yang nak ambil tahu. Renung² kan lah.
Siapa yang tak suka main lego kan. Mak budak ni pon suka. Semalam gi pasar malam. Terjumpa plak Figura Lego ni. Sebelum ni ada gak jumpa, tapi tek teringin nak beli sebab dalam kotak. Tak tau bentuk and condition nya macam mana. Tapi smalam dorang ada buat display skali. Errkkkk...cute nya. Siap ada stand nya lagi. Aku mana boleh tengok benda² yang cute miut ni.
Terus offer kat kimi...'kimi nak tak? Pilih lah nak yang mana'. Pada hal ibu dia ni yang hover sebenarnya. Maklumlah...kecik² tak dapat menan macam ni. Nak beli lego tu mahal bebenor. Sekali si kimi cakap apa tau...'Alaaaa...nanti abah marah kalau kita beli menan'..ppfftttt...Aku reply...'Pilih jer lah. Cakap ngan abah ibu yang nak beli"...hahaha...
Balik tu terus pasang ko. Rasa macam nak buat koleksi plak. Macam² superheroes ada...Superman, Iron man, Barbie, Naruto dan macam² lagi lah. Nanti nak beli lagi. Nak buat koleksi...hehehe...
Note: Esok nak gi Melaka ☺☺
Ni last week nyer citer. Ada budak tu mengamuk guling2. Bangun pepagi nak 'nneennn'. Ibu dia buat tak tau jewr...hehehe...saja menyakat. Acaner ni ustaz Iman Qhalif, dah 2 tahun 1 bulan 16 hari masih breastfeed lagi nih. Nak tido mintak 'nneennn'. Dah bancuh susu tak nak minum. Nangis macam kena rotan. Nak candu gak sebelum tido. Bangun pagi minta 'nneennn'. Weekend lagi lah 'nneennn' 24/7...ppffttt...
Note: Bagi jer lah selagi nak...haishhh...
Ada MATA = PANDANG
Ada TELINGA = DENGAR
Ada MULUT = DIAM
Ada OTAK = PANDAI
Ada AKAL = PAKAI
Ada BIJAK = GADAI
Hati dan perangai manusia ni ada bermacam² jenis. Daripada kita layan, baik kita diam. Biarlah orang nak mengutuk, nak mengata dan nak meroyan pasal kita. Biar kita nampak buruk dimata orang. Janji kita nampak cantik dimata ALLAH. Sebab ALLAH yang maha mengetahui segala² nya.
SILENCE IS THE BEST REPLY TO A FOOLS. Fullstop!!!!
Note: Buat Stalker...Kalau rasa nak screen capture dan share kat FB...silakan
Malam semalam iols mengKetam uols. Gara² [Ketam Busuk] aritu, tak puas hati rasanya tak dapat buat gulai ketam. Saja singgah kedai smalam. Tapi kedai lain lah. Ingatkan nak buat kari sardin. Sekali bila nampak ada plak ketam, bagai pucuk dicita ulam mendatang lah kan. Terus aku lupa nak mengKari Sardin. Kita mengKetam lah jawabnya. Macam tau² jer aku nak makan ketam.
Macam biasa, bab menyiang ikan, ayam termasuklah ketam kita bagi tukang kedai yang potong. Kalau udang pon ko soh dorang potong, memang melampau lah kan. Tak kan tak tau kopek udang kot. Tapi kali ni aku dapat ketam yang cantik dan tak busuk. Beli 3 ekor @ RM14.00. Sedang² jer saiznya. Balik tu relax² jap hilangkan penat pastu kita mulakan operasi.
Kalau ketam ni aku suka buat masak lomak cili api. Pastu letak daun kunyit banyak²...perghhhhh...bau dia semerbak satu apartment...hahaha...tipu lettew. semerbak dalam rumah jewr lah. Buat sup pon sodap. Walaupon ketam ni memang feveret aku, tapi part nak mengopek tu agak leceh sket lah. Gigih tak gigih lah aku anak beranak makan ketam malam tadi. Dah lah gigi tak cukup kalsium. Balik ni nak sambung mengKetam. Ada 2 ketul lagi...arghhhhh...sedapnya...ok bye!!!
Note: Malam ni rasa macam nak mengKari sardin. Dah lama tak buat kari sardin nih...hurmmmm...