Jom meriahkan giveaway kak Nanie Dean ni. Simple rules jer. Hadiah pon menarik. Klik jer banner tu kalau nak join yerp.
Situasi lebih kurang macam dalam gambar ni. Tapi bukan kat Shopping Complex, kejadian kat parking office. Masa nak balik petang smalam. Boleh lupa ingatan plak aku. Iyerlah....aku posa ganti smalam. Tu yang mamai sket kot.
Boleh plak lupa time lunch smalam aku balik umah. Amik Iman Hakimi dari skolah. Si suami tak dapat balik sebab valve...ntah apakebendanya *kes catu air* tak bukak lagi sebab hujan. Jadinya tugas aku lah gi amik anak bujang tu. Double penat gak lah aku smalam.
Balik office, tempat parking keta aku tu dah di ambil. Parking lah kat tempat lain. Masa nak balik tu aku menonong jer gi kat keta tempat aku parking pagi tu tanpa aku sedar yang aku parking kat tempat lain. Dah lah keta yang sama parking kat situ. On the way nak ke keta tu tekanlah alarm...Ekkkk...apsal bunyi alarm ni kat tempat lain? Tengok balik kat keta tu. Mata terpandang kat no plate keta. Cisssssss...salah keta. Pak guard dah pandang². Nasib member² office tak der time tu. Kalau tak memang malu lah wei.
Masuk jer keta aku dah gelak sorang²...Membayang kan macam mana aku boleh lupa tempat parking keta sendiri...sengal...hahaha...
Note: Alhamdulillah....anak dara nan sorang tu ok. Tak de muntah².
Nampak tak apa yang aku cuba nak sampaikan...hehehe...Sebelum tu nak tanya soalan cepu mas. Uols kalau basuh baju kerja suami, duit dalam poket seluar/baju tu uols simpan ker atau bagi balik kat suami? Haaaa...sila mengaku cepat...Uols amik khennn...Ker kalau duit beso² simpan. Duit kecik² bagi balik...ekekeke...
Biasalah...klo nak basuh baju kerja suami, even baju kita sekali pon, mesti nak check dulu harta karun dalam poket tu kan, Macam aku ni suka letak tisu dalam poket. Macam si suami plak suka letak cotton bud dalam poket *bocor rahsia. Kalau terlepas pandang, memang ngan tisu² skali lah aku mesin. Pastu putih² baju seluar dalam mesin tu dek kerana melekat tisu² yang di basuh skali...ppfftttt...
Bukan tisu ngan cotton bud jer, dengan duit² skali kena mesin. Pada hal dah double check. Pasal duit dalam poket seluar/baju. Aku cakap terus terang...memang aku amik...hahaha...Tapi aku letak dalam tabung khas. Haaaa...curlass ko jot. Siap ada tabung khas tu. Kiranya tabung basuh baju lah. Kalau jumpa duit jer, terus letak dalam tabung. Kekadang duit biru, kekadang duit hijau dan kekadang duit merah. Tapi tak pernah lagi lah jumpa duit ungu. Kalau duit ungu memang selamat masuk poket aku lah...hahaha...tipu jer. Kena lah tanya si suami dulu. Sebab duit beso khenn.
Duit tabung basuh baju ni kalau sesak² boleh lah aku pakai. Buat belanja anak skolah kalau tak der duit kecik ker kan. Buat top up duit minyak kalau duit dalam bank tak cucuk lagi. Sorry yer abam sayam. Halalkan lah duit tabung basuh baju tu untuk kegunaan sayangmu ini yerp. Abam sayam pon tak pernah tanya mana duit dalam poket seluar.baju dia...ekekeke...
Note: Dalam kerisauan dan kesedihan. Pagi tadi hantar kimi, Tinggalkan anak dara tu sebab dia tido lagi. Sampai jer rumah tgk qahirah tgh nangis. Sakit kepala katanya. AKu tanya kenapa? Jatuh dalam bilik air...uuwwaaaaaa....jatuh masa nak buang air lah tu. Ibu minta maaf kakak. Kakak tido. Ibu kejut susah sgt nak bangun. Check kepala tak der benjol. Tapi kerisauan tu tetap ada. Takut dia ada muntah² ker. Harap tak apa² anak dara aku nan sorang tu. Wassup kat penhasuh nursery tak reply plak...huhuhu...Bz agaknya.
Masa tengah drive jer lah. Masa² lain tak der lah berkaki ayam. Masih waras lagi aku nih. Dan rasanya ramai pemandu² wanita kat luar sana tu satu spesis dengan aku khenn. Sila mengaku cepat...hehehe...Ntahlah...rasa macam tak selesa jer bila pakai kasut time driving nih. Rasa macam tak best bila kaki tu tak dapat nak rasa clutch ngan break. Tapi masa belajar memandu dulu, ok plak pakai kasut.
Pastu bila jalan sesak nak mamps tak bergerak, mulalah tarik hand break dok bersila. Tak pon bersila sebelah kaki. Biasalah...orang memandu keta manual khenn. Kena gak merehatkan otot² kaki bila berlalu kesesakan lalu lintas yang tak terjangka ni.
Note: Ini bukan entry tohmahan, mengaibkan, menfitnah dan yang sewaktu dengannya kan...kan...kannn.
Asal nampak cermin jer nak Selfie. Asal selfie jer mesti nak depan cermin. Tapi tak der cermin pon boleh selfie gak khenn. Antara cermin² yang menjadi pilihan bagi aku ada 4 jenis.
1) Cermin dalam Fitting Room
Nak Selfie ngan anak, tapi anak sibuk ngan belon. Org lain sibuk dah bermonopod, tapi iols kena tuko HP dulu. Tak pon kena tunggu monopod kluar utk samseng tab ni ha :-)
2) Cermin dalam Surau
Tunggu sampai surau clear. Kekonon nak betulkan tudung yang senget benget. Padahal nak selfie ngan tudung baru and baju baru...muahahaha...
3) Cermin dalam Rumah/Hotel
Penuh dengan bag. Kot iyerpon nak selfie, letak lah dulu bag tu khenn. Ni tengah hover baru sampai hotel dan juga hover nak gi USS. Masih hutang citer USS...ppffttttt...
4) Cermin dalam toilet - Ok...dalam toilet aku tak pernah selfie lagi. Coming soon kot...hahaha...
Note: Entry merapu merabah jap. Layan jer lah erk. Janji bukan entry/status meroyan seperti tuduhan si polan tu kat aku. Dan setahu aku, tak der aku up status/entry meroyan kat FB/Blog pon. Tak per lah bedah, teruskan lah meroyan ko tu yerp. Meroyan lah dgn kakak ko tu. Sorang bedah meroyan, sorang lagi joyah si batu api yang acting like you know everything. Memang gandingan yg mantop. Pastu ko TAG lah kat kawan² ko tu.
Segmen dari Dayang Deno. Lima orang yang bertuah akan mendapat limited edition doodle art button badge. Tarikh tutup 1 Mei 2014 @ 11.59 pm. Klik jer banner tu kalau nak join yerp.
Note: Bila kemalasan melanda. Kita join segmen jewr lah.
Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
- Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
- Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.
Alhamdulillah...12 April 2014 aritu genap 2 tahun aku menyusukan Iman Qhalif Bin Husani. Kira nya aku dah berjaya lah dapat PHD. Bukan PHD = Perasaan Hasad Dengki tau. Tapi PHD dalam Breastfeeding. How time flies, kejap betul masa berlalu. Macam tak caya jer dah 2 tahun budak ni mengempeng.
Banyak cabaran bila nak fully breastfeed ni. Susu drop, spare part pump rosak, tak cukup masa nak pump susu, sentiasa lapar dan paling sadis, bila nipp luka. Perghhhh...sangatlah hazab ko. Nak mengasah gigi gamaknya. Dan yang paling aku tak boleh lupa, bila hasil tenusu lupa nak letak dalam freezer.
4 storage bag bersamaan dengan 24 oz susu terpaksa di buang begitu sahaja...sob...sob...Nangis wei masa nak buang. Meleleh² air mata ini. Setitik susu tu pon dah berharga, inikan pulak banyak macam nih. Ok...sebelum ada yang bertanya sama ada boleh ker tayang hasil tenusu, boleh baca HUKUM MEMPAMIRKAN HASIL SUSU IBU. Biasalah kan, orang skang suka jatuh hukum tanpa usul periksa. Baca dulu yerp. Alhamdulillah, even dah 2 tahun, aku masih dapat lagi merasa bengkak susu. Bila dah hujung² ni khenn, nak mengepam memang malas.
Cabaran 2 tahun breastfeeding dah selesai. Skang ni cabaran nak weaning off atau bercerai susu plak. Setakat hari ini Iman Qhalif masih menyusu badan even dah campur dengan FM (Formula Milk). Dari gayanya mutu keunggulan, nampak macam susah nak cerai susu. Sama macam Iman Hakimi dulu. Masa kimi dulu aku letak cili sos. Tapi tak jalan. Pastu letak akar bakawali klo tak silap. Pahit nak mamps. Kesian plak tengok kimi masa tu. Aku plak jadi tak sampai hati bila tengok muka sedih dia. Basuh balik nipp. Last² pakai psychology jer sebab masa tu tengan pregnantkan Qahirah. Stop gak dengan sendirinya.
Ni Qhalif plak tak tau macam mana. Weekend memang mengempeng doplohpatjam. Bagi FM pon dia tak nak minum. Kecuali kalau dah betul² haus. Memang ibu² yang breastfeed jer yang memahami perasaan itu bila nak weaning off. Hurmmmm...dilema gak ni. Nak paksa dia berhenti sendiri atau biar dia berhenti menyusu dengan sendirinya. Iyerlah...itu jer moment terindah sementara dia masih belum skolah tadika lagi khenn...hehehe...
Note: Lately ni tak dapat nak melawat kawasan sangat. Sebab kat office ni ada kaki mengadu, kaki mengampu dan kaki talam dua muka. Kesimpulannya...setiap gerak geri anda diperhatikan.
Ada yang masih tak kenal atau tak pernah dengar lagi tentang produk UNIQLO? Tipu lah kalau tak tau kan. Kalau ada yang tak tau tu, meh nak citer sikit serba sedikit pasal UNIQLO ni.
UNIQLO is a brand of Fast Retailing Co., Ltd. di mana ianya merupakan syarikat runcit Jepun yang terkemuka yang mengeluarkan, mereka bentuk dan menjual pakaian di bawah 7 jenama utama. Antaranya Comptoir des Cotonniers, GU, Helmut Lang, J Brand, Princesse tam.tam, Theory dan juga UNIQLO. Ia juga menitik beratkan pakaian yang berkualiti tinggi, sangat selesa untuk dipakai, reka bentuk yang bersesuaian dan tawaran harga yang hebat.
Antara koleksi² pakaian yang terdapat di UNIQLO. Ada untuk Wanita dan juga Lelaki. Dari gaya santai, ranggi dan juga kasual. Baju² untuk ke pejabat juga sangat lah cantik.
Bukan itu jer tau, UNIQLO juga baru melancarkan koleksi pakaian untuk kanak² dan juga bayi. Design nya sangatlah menarik. Antaranya koleksi UT = UNIQLO T-SHIRTS untuk kanak² ni yang memaparkan 30 tema. Antaranya Disney PIXAR, Hot Wheels, Disney Project Dan macam² lagi lah.
Baby (Thanks LIZ)
Girls (Thanks LIZ)
Kids
Cantik, menarik, terbaik dan tertarik kan. Kalau nak tau, UNIQLO stores untuk Kids ada 13 cawangan kat Malaysia ni. Tapi untuk LifeWear Kids and Baby ni hanya ada 4 stores. Dan yang baru di lancarkan baru² ni adalah di cawangan Sunway Piramid dan juga Alamanda Shopping Centre.
Dengan murah hati aku tepek cawangan² UNIQLO yerp.
Ok...tak nak bebel panjang² lagi. Apa yang aku boleh cakap. Baju² kat UNIQLO ni memang best. Kain yang berkualiti tinggi sebab tengok Qhalif pakai pon rasa selesa. Untuk pengetahuan uols, sempena pelancaran koleksi terbaru untuk Kids/Baby ni, UNIQLO telah mengadakan aktiviti untuk anda dan keluarga iaitu 'PHOTOBOOTH' secara percuma di empat cawangan UNIQLO yagn terpilih:
Date: 12 - 13 April 2014 (Sat and Sun)
Store: Fahrenheit 88 and 1Utama
Date: 19 - 20 April 2014 (Sat and Sun)
Store: Mid Valley and KL Sogo
Caranya mudah sahaja uols. Hanya perlu membeli koleksi pakaian Kids/Baby di UNIQLO. Tak kisah lah nak beli banyak mana pon. Tapi setiap pelanggan berhak mendapat satu sesi PHOTOBOOTH dengan menyertakan resit pembelian. Dan tunggu sampai gambar siap.
Ruang untuk ber PHOTOBOOTH (Thanks LIZ)
Bergambar lah uols ngan anak memasing mengikut gaya bebas yerp. Jangan buat gaya ghairah plak...hahaha...Props semua di sediakan. Pilih lah nak yang mana. Macam² ada.
Frame gambar pon boleh pilih nak design apa. Cute kan. Gambar memang cantik.
Cantik macam ni. Comel tak kami...hehehe...Mak jer yang hover posing. Anak muka selamba jer. Tu pon puas memujuk sebab budak nig tengah bad mood.
Thanks FB Uniqlo
Tadaaaaaa...muka gembira sebab gambar photobooth dah siap. Dapat buat sekeping jewr. Kalau boleh nak berkeping². Tapi apakan daya. Anaknda tercinta dah mengamuk.
Ok uols. Dah baca kisah iols yang happy go lucky shopping kat UNIQLO khenn. Kesimpulannya, We had joy...we had fun at UNIQLO walaupon aku rasa macam nak fengsan sebab uruskan Iman Qhalif secara solo. Tapi puas hati sebab dapat shopping baju anak². Ko tengok ni, gambar pompuan yang hover dan rambang mata posing ngan baju anak ☺
Thanks FB Uniqlo
Yang tengah nak cari baju raya untuk anak² tu, elok sangat lah terjah UNIQLO minggu ni yerp. Pergi kat cawangan Mid Valley atau pon KL Sogo. Bley shopping sambil ber Photobooth secara percuma. Jangan gi tempat lain plak tau.
Untuk maklumat lanjut. Boleh layari website Facebook UNIQLO Malaysia di https://www.facebook.com/uniqlo.my
Note: Phewwwww...habis jugak tugasanku. Ehemmmmm...ehemmmm...muka iols masuk FB UNIQLO. Nak vangga jap...ekekeke...
Aku mengaku memang aku ada penyakit ni. Dan aku tau, uols pon alami penyakit yang sama macam aku ni khenn??? Mengaku jer lah. Meh nak high 5 sket...muahahahaha...Majoriti kita orang pompuan ni memang suffer dengan penyakit ni. Agak susah untuk di ubati sebab ianya semacam habit.
Macam aku nih, tengah memasak. Pastu tengok ruang tamu bersepah, terus cari vacuum...vacuum dulu sebab mata dah sakit. Masak tinggal kejap. Pastu kang bila tengah vacuum nampak baju bersepah. Stop jap gi basuh baju plak. Tengah lipat baju, tengok almari serabai. Erkkk...kita kemas almari dulu lah. Dan macam tu jugaklah untuk kerja² rumah yang lain.
Sebab tu lah kita ni SUPERMOM. Boleh buat semua kerja dalam satu masa. Silalah vangga dengan diri sendiri yerp.
Note: Ada budak tu kan, sejak naik 2 tahun ni, macam² pe'el. Stress mak noks :-(
12 April 2012 @ 9.00 am - 12 April 2014 = 2 Tahun
Imbas kembali....
Kesana sini, berlari, naik turun tangga dgn kasut tinggi
dan tanpa sedar sebenarnya diri ini mengandung lagi..
5 bulan berlalu pergi, baru disedari kewujudan baby didalam perut ini..
Alhamdulillah...baby sihat, cukup sifat dan kuat semangat
walaupon tak dapat vitamin diawal kemunculan
dan tanpa sedar sebenarnya diri ini mengandung lagi..
5 bulan berlalu pergi, baru disedari kewujudan baby didalam perut ini..
Alhamdulillah...baby sihat, cukup sifat dan kuat semangat
walaupon tak dapat vitamin diawal kemunculan
9 bulan membawa perut, tiba masa untuk keluar dari perut..
Perut mengeras non stop, bukaan dah 6 cm @ 8.30am ketika diseluk...
Doctor dan nurse jadi kelam kabut sampai barang2 habis jatuh..
Alhamdulillah...proses kelahiran yang cukup mudah dan pantas
Tanpa epidural dan ubat tahan sakit...
Perut mengeras non stop, bukaan dah 6 cm @ 8.30am ketika diseluk...
Doctor dan nurse jadi kelam kabut sampai barang2 habis jatuh..
Alhamdulillah...proses kelahiran yang cukup mudah dan pantas
Tanpa epidural dan ubat tahan sakit...
Lahirlah khalifah dan amanah yg besar untuk dibimbing dgn berat 3.2 kg
SELAMAT HARI LAHIR IMAN QHALIF BIN HUSAINI. Doa ibu dan abah...semoga iman qhalif membesar sebagai seorang khalifah yang beriman...yang soleh. Diterangkan hati, ditetapkan iman, taat pada perintah allah...kepada kedua ibu bapa, hormat orang yang lebih tua, di kurniakan kesihatan yang baik, di panjangkan usia, di murahkan rezeki dan di berkati kehidupan dunia akhirat...AMIN...
Ibu, Abah, Abang kimi dan kakak qahirah sayang qhalif ketat2 :-)
Alhamdulillah...aku dapat PHD dalam breastfeeding sebab berjaya susukan Iman Qhalif sampai 2 tahun. Yeayyyyy...dan sampai saat ini Qhalif masih breastfeed. Tak tau macam mana nak weaning-off ni. Saat yang paling menyedihkan buat ibu² yang breastfeed anak² mereka. Betul kan. Nak paksa berhenti, memang kesian sangat². Jadinya...kita biar qhalif berhenti menyusu dengan sendirinya yerp.
Simple celebration jer kat umah wan. Beli kek, pastu berkumpul sepupu sepapat yang kebetulan ada 2 orang masa tu. Tengok lah...muka selamba jer dia..hehehe...
Note: Lemau jer rasa bila lama cuti ni.
posted from Bloggeroid
Woot...woot..
Dapat email dari Edelman dot com petang selasa. Pagi rabu tergerak nak check email. Nasib sempat buat RSVP. Berbelah bagi gak nak pergi nih. Sebab kalau tak pergi, dah kali kedua aku tolak event dari Edelman. Tak best lah plak kan. Lebih² lagi bila membabitkan SHOPPING ni. Siapa yang tak nak.
Petang smalam call Farah Hayati. Tanya detail bagai. Part yang teruja tu bila dapat voucher. Haaaa...tunggu lah yer. Pastu ada sesi photoshoot untuk mother and child. Harus ibu dan anak² melaram kann. Harap² tak der lah halangan untuk ke sana nanti.
Note: Auto publish. Hari ni dan senin puan punya blog bercuti. Nak merehatkan diri. Hari selasa YB datang melawat kawasan yerp.
Pada pandangan mata dan hati aku ni lah. Gambar yang menceritakan segala² nya. Detik² kesakitan, cemas, suka dan juga sukar digambarkan. Meh tengok ni:
Fresh from oven
Dengan tali pusat pon tak potong lagi
Detik kelahiran Iman Qhalif. Saat² Iman Qhalif melihat dunia buat pertama kalinya. Aku masih berhutang kisah kelahiran Iman Qhalif yang pada aku cukup² mudah, cepat dan pantas. Alhamdulillah...ALLAH permudah kan urusan aku dari saat mengandung sampai lah melahirkannya.
Pengalaman indah yang takkan pernah luput dari ingatan. Even masa melahirkan anak pertama, aku masih ingat lagi detik² itu. Lagi sehari setengah Iman Qhalif nak masuk 2 tahun dah. Cepat betul masa berlalu. Gambar ni sebagai kenangan bila dia dah besar nanti.
Note: Nanti aku up entry pasal pengalaman bersalin anak ketiga yerp. Lama betul terperap citer tu. Draftnya dah ada ☺
Gambar kecik sudahlah. Kalau tak puas tengok silalah klik untuk tumbesaran yer. Tapi aku dah brush. Bisul plak mata uols kalau tengok nanti...muahahaha...
Lately ni aku tengok makin kerap plak gambar² tak senunuh ni kluar. Tanjat gegirl tengok tau bila bukak blog uols kluar gambar separa boleng. Macam² pattern gambar. Baik gambar pompuan maupon gambar lelaki. Sebab kat blog iols ni tak nampak plak gambar seksi meksi ni kluar. Sekali semalam terkeluar plak gambar macam nih....cissss....Tak suka lah.
Felisss lah. Tak nak lah kluar iklan² macam ni lagi. Buat sakit mata jer nengok. Nuffnang...tak kan tak peka dengan masalah ni kot. Silalah sensitive sket.
Note: Sakit kepala tak hilang lagi. Macam mana nak drive nih...huhuhu...ALhamdulillah, hujan lebat. Smoga air empangan naik lah hendaknya.
Mari mewarna bersama²
Pastu tak sampai seminit dua, dah ada yang terjerit² berebut kaler. Adoiiiii...Si kakak ngan adik lah yang paling kecoh. Si abang jadi stress sebab nak kaler tak boleh bila masing² berebut kaler. Bila dah macam ni memang gamat lah satu rumah. Lawak kekadang bila dorang bergaduh ni.
Ingatkan bila dah sibukkan dorang dengan aktiviti macam ni tak der lah nak bergaduh kann. Boleh lah si ibu nak merehatkan minda sambil nak membaca dengan aman. Tapi hampagas...sekejapan jer senyapnya. Setiap minit...setiap saat dan setiap masa...tak sah kalau tak der yang menjerit. Kang ibu lari nanti baru tau. Lari tak jauh pon. Masuk bilik jewr...hahaha...
Uolss...ada tak petua macam mana nak bagi adik beradik ni berkasih sayang? Tak nak gaduh²? Kalau tak bergaduh langsung lagi bagus. Dah nasihatkan kekadang kejap jer jalannya. Esok² buat lagi...haishhhh...
Note: Kepala dah start ding deng dong. Dah 2 hari tak cukup tido. Iman Qhalif asal malam jer dedar badannya.
Tgk anak panah tu. Nampak sipi² jer
Kejadian hari sabtu lepas 29 March 2014. Masa tu on the way nak gi kedai bakery nak cari bahan² dan loyang kek. Projek nak buat Blueberry Cheesecake haritu. Masa kat traffic light simpang empat ni. Aku nampak ada sorang makcik ni berjalan dari satu kereta ke satu kereta yang lain. Masa tu traffic light merah. Tertanya² juga apa yang dibuatnya. Bila diperhati betul²...jual tisu rupanya.
Ya! allah...hati ni dah rasa sebak. Bila tengok fizikal makcik ni. Memang dah agak berumur. Bertudung labuh. Kaki tempang. Dalam keadaan cuaca yang panas terik lagi tu. Berjalan dalam keadaan fizikal yang macam tu. Allah hu akhbar. Memang sedih sangat². Dalam hati ni berdoa dapat jumpa makcik nih lagi. Anak dara aku tu macam biasa. Soalan bertubi² macam peluru:
'Ibu...nenek tu kenapa?'
'Ibu...kenapa kaki nenek tu?'
'Ibu...kaki nenek tu sakit yer'
'Ibu...mana anak dia?'
'Ibu...nenek tu tak der rumah ker?'
'Ibu...rumah nenek tu kat mana?'
'Ibu...rumah nenek tu ada hantu ker?'...ppffttttt...
Sampai satu tahap aku cakap 'nanti kalau jumpa nenek tu ibu tanya yer kakak'...phewwww...Dah habis membeli. Maka pulanglah ke pangkal jalan kan. Sejam jugak lah. Sekali masa sampai jer kat traffic light, makcik tu ada lagi. Kat simpang lain plak dia. Bayangkan lah betapa lama makcik ni kat situ. Aku pon pusing² lah beli nasi dulu.
Alhamdulillah...dari jauh dah nampak makcik tu. Traffic light hijau lah plak. Tak perrr...dengan kadar slow nya aku drive sampai lah bertukar kaler merah. Dari dalam keta aku tengok makcik ni berjalan kat Mr. Black aku ni. Buka tingkap, aku hulurkan sumbangan. Ya! allah....luluh nya rasa hati ni. Merah padam macam sunburn muka dia sebab berdiri kat tengah² panas traffic light tu. Dia hulurkan 2 tisu. Panjang doa nya. Aku aamiin kan jer. Pastu dia usap² kepala Qhalif.
Tengok gaya macam bukan orang sini. Tapi tak kira lah apa bangsa dan negara sekali pon kan. Aku memang tak boleh tengok orang² macam ni. Nak plak macam sebaya mak² kita. Gigih berdiri dalam cuaca panas dengan keadaan diri yang tak sempurna demi mencari rezeki. Kalau dia nak menipu, itu antara dia dengan allah. Yang penting aku ikhlas.
Note: Murahkan rezeki orang kalau kita nak murah rezeki. Bak kata tagline Denaihati,com...Hidupkan untuk memberi ☺
Bila orang yang tak der skill menjahit macam ni lah. Pakai benang hitam pon jadilah senah. Asal boleh kann. Bukannya orang nak belek pon baju anak ko. Tapi lencana tu hantar kedai lah. Sebab nak jahit lencana kat poket baju tu aku tak lulus lagi. Aku ni bukannya tak reti jahit langsung. Setakat jahit yang simple dimple tu luluslah. Jahit seluar sendiri dan seluar somi yang terlebih panjang tu lepaslah. Nampak kemas lah jugak jahitannya. Kes malas nak suruh kedai jahitkan. Berjimat cermat gamaknya.
Kenapa lah name tag skang tak macam jaman skolah kita dulu? Pakai pin jer kan senang. Tak yah nak jahit². Pastu nanti naik darjah 2 lain plak kaler name tag nya. Kaler mengikut darjah kot.
Note: Iman Hakimi batuk². Iman Qhalif tak berapa nak sihat dan batuk². Asyik nak mengempeng jer kerjanya. Tak nak lepas klo boleh. Jadinya....si ibu tak cukup tido.
Tak tau lah kenapa. Lately badan cepat betul rasa letih. Mungkin sebab faktor umur yang makin meningkat remaja kot...hahaha...Serious...Mata ni asyik mengantuk jer. Pukul 9.00 pm tu dah rasa berat. Macam di gam² mata nih. Badan jangan cakaplah, lemah gemalai. Rasa malas nak buat kerja rumah. Oooppssss...jangan buat spekulasi yang aku mengandung erk. Bendera merah nippon paint baru jer habis.
Rutin harian lagi lah. Hari² non stop kot. Stop pon time tido. Itu pon kena kacau kalau qahirah nak susu dan iman qhalif minta disusukan. Lagi bertambah letihnya sejak dear hubby kena standby. Pepagi aku nak kena hantar kimi gi skolah. Kalau qahirah ngan qhalif tak bangun lagi, terpaksalah tinggalkan dorang kat umah tu. Tapi sebelum tu pintu toilet dah tutup dulu dan juga benda² tajam aku dah simpan. Takut lambat plak kimi sampai skolah. Nak kluar simpang tu paham² lah kan. Nak kejut bukan main liat lagi. Jadinya...kena tinggal lah yerp.
Pastu balik umah amik bebudak tu plak. Kekadang masih tido lagi. Ada masa dah bangun. Tapi dorang tak nangis pon. Elok jer buka tv sendiri. Kalau dorang bangun, hangkut skali hantar abang gi skolah. Pastu patah balik gi nursery. Macam tu lah rutin harian skang nih. Balik dari office nak masak plak. Kalau rajin, memang sedap lah lauknya. Kalau letih teramat sangat, kita makan megi senang dimasak lazat di makan sajork.
Tapi perasaan letih...lesu...lemau ni memang tak boleh di layan sangat. Kalau dilayan memang menjadi² rasanya. Kena lawan perasaan tu. Semangat FIZA...semangat. Buang energy negative tu jauh² ☺☺
Note: Last week aku mimpi kena patuk ngan ular tedung hitam. Ada yg nak masuk meminang ker...hahaha...Terasa bisanya ko. Seram lah plak kann. Mimpi itu mainan tido.
Perkongsian dari Usrati di IKIM FM ptg semalam. Doa Nabi Muhammad S.A.W yang sangat patut untuk kita teladani. Doa supaya Allah berikan kita kekuatan.
Ya! Allah, dengan pengetahuanmu pada yang ghaib dan kuasamu atas makhlukmu, hidupkanlah aku ya! allah sekiranya kehidupan itu baik untukku dan matikanlah aku ya! allah sekiranya kematian itu baik untukku...
Aku memohon rasa takut padamu baik dalam keadaan terang-terangan mahu pon dalam keadaan sunyi-sunyian.
Aku memohon padamu Ya! Allah perkataan yang benar pada saat redha dan saat marah...
Aku memohon padamu ya! allah kesederhanaan saat kaya dan saat miskin...
Aku memohon padamu ya! allah kenikmatan yang tidak akan pernah putus.
Aku memohon padamu ya! allah keredhaan atas semua yang telah engkau telah tetapkan...
Aku memohon padamu ya! allah kehidupan yang damai setelah mati dan kurniakan aku nikmat dapat melihat wajahmu dan kerinduan untuk bertemu denganmu dengan tanpa adanya sesuatu yang membahayakan dan menyesatkan...
Ya! allah, perindahkan diri kami dengan iman dan jadikanlah kami orang yang mendapat hidayah dan menyebarkannya kepada orang lain.
Note: Amin...salam pagi jumaat, penghulu segala hari :-)
posted from Bloggeroid
Tak best entry tanpa gambar kan...haha...Dia SUAMI saya dan saya ISTERI dia.
Perkongsian pagi di IKIM FM dari seorang Ustaz pagi semalam. Tersengih² aku mendengarnya. Ni nak share ngan uols semua. Mengenai KEBAHAGIAAN dalam PERBEZAAN.
Buat SUAMI, kalau ISTERI lari dari rumah. Paling jauh pon dalam bilik jer dia menyorok. Bukan mengada², tapi minta SUAMI datang dekat dia...pujuk. Orang perempuan ni kan suka dibelai manja dan dipujuk mesra...tak gittew. ISTERI plak, kalau SUAMI panggil 'oooiiii', itu tandanya mesra. Bagi kita kasar, tapi bagi mereka gurau senda. Jangan sentap plak yerp.
Pesanan buat ISTERI. Kalau SUAMI bercerita tentang masalah yang sedang dihadapi, si ISTERI tolonglah jangan menyampuk. Tugas kita hanya mendengar. Kalau kita menyampuk, bukan selesai masalah tapi menambah masalah. Pesanan buat SUAMI pula, kalau isteri bercerita tentang masalah, silalah menyampuk...bagi pandangan. Sebab ISTERI akan rasa seronok.
Nampak tak pointnya di situ? Kita ni berbeza dengan pasangan. Sebab tu kena saling lengkap melengkapi, SUAMI kena faham ISTERI dan ISTERI kena faham SUAMI. Perbezaan tu bukan halangan untuk BAHAGIA kan. SUAMI tak boleh bahagiakan diri dia sendiri atau ISTERI tak boleh bahagiakan diri dia sendiri. Itu get lost namanya...kata ustaz. Maknanya...kita kena saling membahagiakan antara satu sama lain.
Note: Mahal betul tong air erk. Memang amik kesempatan betul peniaga ni tau.
Mari kita berkarya di atas kertas.
Memasing kusyuk berimaginasi di atas sehelai kertas. Tak menahan tengok si kecik nan sorang tu. Siapa lagi kalau bukan Iman Qhalif. Beriya ko kan dik.
Haippppp...apa tiru² ni...hahaha...Masa ni kat umah PIL, Gombak. Kalau sorang dapat kertas dan pensil, yang lagi dua orang budak tu pon kena ada jugak. Nanti berebut². Erk....baru perasan. Kimi ngan Qahirah right handed. Qhalif left handed. Kidal kah kamu dik?
Note: Sangat² down dan sedih. Kalau bukan rezeku ku, redha kan lah aku. Mungkin ada rezeki yang lebih besar lagi kan....In shaa allah....Think positive.
Dari catuan peringkat pertama sampailah peringkat ketiga. Kawasan Bangi dan sewaktu dengannya terselamat. Tiada dalam senarai. Senyum meleret iols. Sekali bila masuk peringkat ke empat ni. Bangi termasuk plak dalam senarai. Terus termenung. Ok...operasi mencari tong air akan bermula. Untung lah tokei kedai tong. Suka suki naikkan harga kan.
Sebelum ni my dear hubby ada bagitau memang akan ada catuan air peringkat ke empat ni. Dan akan di catu sampai air empangan kembali normal. Effect nya pada aku, my dear hubby kena standby sampai hujung bulan nih. Sian tau. Iols pon kesian gak sebab hari² kena hantar kimi gi skolah. Agak kelam kabut sket lah bila kena handle anak sesorang di waktu pagi kan.
JADUAL CATUAN BEKALAN AIR
- Jadual catuan berdasarkan konsep pembekalan air: setiap zon bergilir-gilir dua (2) hari dapat air dan dua (2) hari tiada air (Zon 1 bergilir dengan Zon 2; Zon 3 bergilir dengan Zon 4) di peringkat masing-masing
- Untuk zon yang dijadualkan ada air, pengguna dijangka mendapat bekalan air pada jam 4 petang pada hari pertama zon tersebut dijadualkan ada air. Bekalan air dijangka berterusan selama kira-kira 41 jam sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi 2 hari selepas itu.
- Untuk zon yang yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9:00 pagi pada hari pertama zon tersebut dijadualkan tiada air.Tempoh tiada air dijangka selama kira-kira 55 jam sehingga dibuka semula pada jam 4 petang 2 hari selepas itu.
- Oleh kerana perbezaan jarak di antara kolam air dengan setiap premis pengguna; dan perbezaan paras ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air, masa sebenarpengguna mendapat bekalan air dijangka berbeza beberapa jam dari masa yang dijadualkan.
Jadinya...kena selesaikan hal² rumah sampai hari sabtu ni. Sebab ikut jadual hari ahad ni Zon 3 start catuan. Kena basuh baju bajan. Kena pesan kat anak² jangan berak....hahaha...gurau jer. Kena pesan jangan main air. Mandi kena ala kadar. Kena beli pinggan dan cawan plastik gak ni. Nak jimat air katakan. Bertabahlah buat mereka yang terlibat termasuklah iols. Biar tak der letrik dari tak der air. Orang yg ada anak² kecik macam aku ni terasa jugak lah.
Note: Sama² lah berdoa supaya air empangan kembali penuh.
Dengan rajinnya aku taip balik pada yang tak boleh nak baca atau malas nak klik gambar tu.
Terima kasih bebanyak pada orang yang menyebarkan no HP aku tu yer. Smoga mendapat balasan yang setimpal di atas perbuatan ko yang menganiaya orang. Ko sebarkan no HP aku utk SERVICE SEKS. Sampai lelaki2 gersang call/sms/wassup tgh2 malam minta service. Pastu ko sebarkan plak no HP aku kat website untuk FREELANCE ESCORT ASSISTANT. Bertalu2 lagi HP aku ni sampai fobia nak pick up phone. Tak per lah. Kat dunia ni ko lepas. Ko tunggulah kat akhirat nanti ye.
FYI...aku bukan kaki clubbing...bukan kaki sosial..tak kacau suami/boyfriend orang. Apatah lagi nak bermusuh dgn orang. No HP aku ni aku gunakan utk buat SHAKLEE. Full stop!!!
Luahan perasaan aku tempoh hari. Ingat tak pasal kes [Dugaan | Nombor HP Di jaja untuk Khidmat Seks!!!]. Nombor HP tu bukan saja di jaja kat TWITTER jer, tapi dekat laman sosial CHEONG dot net ker dot com...tak sure plak. Gi lah search kalau nak tau. Kali ni untuk kerja FREELANCE ESCORT ASSISTANT. Curlasss ko jah. Nanti bley tambah dalam resume untuk job ni. Assistant untuk project, memang kerja aku, tapi untuk escort assistant ni bukan bidang kerja aku yerp.
Aku try buat aduan kat SKMM, tapi tak boleh sebab link twitter dia dah deactivate. Aduan untuk twitter ada form disediakan. Tapi nak submit macam mana sebab link tak der. Aku call plak SKMM tanya macam mana. Bley plak operator tu cakap tak boleh nak buat apa² sebab twitter tu internationl dan ada form untuk di isi. Dia hanya boleh selesaikan kalau membabitka dalam malaysia. WTFish lah kan. APa guna SKMM?
Mekasih banyak² pada kawan² yang bagi nasihat dan kata² semangat kat aku. Report polis pon tak buat lagi ni. Ntah bila nak gi nya. HP masih lagi hot line. Tak tau lah kerja orang gila mana nih. Ko rasa apa yang ko buat ni sebagai gurauan ker...phuiiiii....Menyusahkan hidup aku. Pesanan aku untuk orang ni:
Siapa pon kau dan apa motif kau, hanya ALLAH SWT yang dapat membalasnya. Biasalah....hidup kita ni sentiasa dalam perhatian dan juga sentiasa diperhatikan. Diperhatikan oleh ALLAH yang sentiasa memerhatikan kita setiap masa walau di mana saja kita berada. Tak boleh nak lari dah sebab DIA sentiasa ada dengan kita. Diperhatikan oleh malaikat Munkar dan Nankir. Yang mencatat segala amalan dan perbuatan kita.
Dan yang paling bahaya, sentiasa diperhatikan oleh orang disekeliling kita....STALKER. Ni yang bahaya. Setiap gerak geri kita sentiasa dalam perhatian. Nak update status lelebih pon tak boleh. Nak berblog lebih² pon kena tengok ayat gak. Bak kata Kak KIAH propa...JAGA², ADA YANG MEMERHATI. Banyak orang macam ni kat sekeliling kita kan. Berhati² lah yerp.
Note: Kalau aku dapat orang yang sebarkan ni HP aku ni, memang siaplah ko.
Bento datang lagi. Harap² tak bosan yerp..hehe..Hari ni kita pakai bento box baru. Spongebob Squarepants. Cute tak? Ibu yang over bila tengok bonto box yang tersangatlah cute. Dalam gambar nampak macam besar jer. Tapi bila dah dapat. Alahaiiii...tomeinya. Bento Iman Hakimi pagi ni Spaghetti jer, Menu simple. Hiasan pon simple sajork.
Ini plak bento untuk QahirahQhalif dan juga ibu dia. Spaghetti untuk mereka. Blueberry cheesecake untuk ibu mereka. Cute tak bento box mickey mouse tu...hehehe....Iols makan kek jer uols. Lebihan cheesecake ada lagi. Kepuasa bila buat kek sendiri kan. Rasa nak makan jer bley amik dalam freezer. Tak yah gi kedai kek. Nantikan bento yang seterusnya yerp.
Note: Hari ni mak mertua kena operation. Ada fibroid. Smoga urusan dipermudahkan olehNYA dan pembedahan berjalan dengan lancar.
As salam senin uols. Lewat bersiaran. Kebizian pepagi ni. Dapat tugas baru. Benda yang aku tak pernah buat. Strees jer rasa. Tak suka betul main ngan nombor² ni. Ok...tak nak strese², meh jamu mata cheesecake iols ni.
Amacam. Ada rupa Blueberry Cheesecake Secret Recipe tak...hahaha...ferasan jer ko jemah. Macam biasa. Bila kerajinan dan semangat waja datang membuak², main bakar² lah kan. Maka inilah jadinya. Sebiji kek. Kali ni aku buat malam². Nak tunggu anak² beradu, memang tak lah kan. Silap² aku yang beradu dulu. Jadi nya kita buat dalam keadaan sedikit huru hara.
Antara bahan² yang diperlukan. Dah lama betul aku peram resipi ni. Bertahun gak lah. Tapi skang baru nak buat. Resipi memang simple. Macam biasa, aku kan suka yang simple..haha..Kali ni tak der pakai tepung yang ready made yerp. Sendiri buat. Alaaaaa...cheesecake, setakat pakai tepung 2 sudu jer. Ni resipinya:
Base:
1 paket biskut oreo (hancurkan)
2 sudu butter (yang telah dicairkan)
1
- campurkan / gaulkan butter dan biskut (sampai boleh dikepal)
- masukkan dalam loyang
- tekan² sampai padat (gunakan bontot gelas)
Filling:
500g cream cheese (philadelphia brand)
100g gula
100ml sour cream (pauls brand)
1 sudu tepung gandum
2 biji telur
sikit esen vanilla
- pukul satu persatu (mula dengan cheese cream diikiuti dgn bhn lain)
- Tuangkan filling ke atas base tadi
- Bakar pada suhu 150°C selama 25 - 40 minit
- Biar kek seketika dalam oven supaya kek tak terkejut dan merekah secara mendadak. Hamik ko, ko ingat orang jer bley terkejut. Kek pon bley terkejut gak tau,,,ahaks....
- kemudian, simpan dalam peti sejuk selama 4 jam
Simple jer kan resipinya. Biskut oreo tu aku hancurkan dengan intinya skali. Tak kosa aku nak asingkan. Buang masa dan tenaga jer. Campur jer lah. Keju tu plak aku pakai brand lain. Philadelphia cheese dah habis. Memandangkan aku buat kek memalam. Semalamam aku letak kek tu dalam freezer. Bangun pagi tu baru letak blueberry jam.
Alhamdulillah. Tercapai gak hasrat nak buat cheesecake. Lpas ni bley lah buat kek sendiri. Gigih tak gigih lah aku hari sabtu tu. Sanggup gi YUMMIE BAKERY ngan QahirahQhalif semata² nak beli loyang kek. Ramai plak tu orang. Memasing dah start membeli untuk buat kuih raya kot. Dapat jugak lah bekalkan blueberry cheesecake ni untuk mertua dan mak. Next time nak buat lagi. Ada balance bahan² tu.
Note: Bila skolah dah start, jalan pon start sesak.