posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid
Ni namanya budak tak sabar nak naik darjah satu tahun depan. Testing baju skolah siap ngan kasut. Layan kan jer lah. Alhamdulillah...keperluan untuk Sekolah Kebangsaan dah selesai. Cuma untuk Sekolah Agama belum selesai lagi. Nak memilih sekolah agama pon dalam di lema juga ni. Tu nanti aku luahkan dalam next entry.
Memandangkan semua keperluan dah naik. Makanya....aku sebagai rakyat marhaen terpaksa berbelanja secara bijak dan berhemah. Cari baju skolah yang berkualiti tapi dengan harga murah. Skang klo nak berbelanja kena pandai bandingkan harga. Lagi pon budak lelaki klo pakai baju skolah...faham² lah kan. Baju skolah tadika pon hitam² dan koyak sana sini, inikan baju skolah rendah.
Jadinya kami shopping kat Pusat Pakaian Hari² sajork. Apa? Tak glamer? Fedulik lah. Orang bukan belek jenama baju anak ko pon kan. Ukur baju di badan sendiri sudah. Beli baju 2 pasang. Seluar plak terlebih sepasang. Jadinya 2 baju dan 3 sluar. Kena tambah baju lagi sehelai. Kasut skolah plak cari yang berpatutan. Tak sampai RM20 pon. Tapi beli sepasang lah. Nak kena cari lagi berpasang² gak ni. Total untuk 2 baju, 3 seluar, kasut, stoking dak kapur kasut bersamaan dengan RM100++.
Semalam plak aku cuti. Nak gi membeli buku skolah plak. Malas nak beli masa orientasi nanti sebab sure beratur panjang kan. Better beli awal. Gi smalam pon ramai juga parents yang borong buku skolah. Total untuk duit buku termasuk lencana dan tie skolah bersamaan dengan RM119.90. Ada juga member FB kata buku latihan tak perlu beli. Just belil buku tulis jer. Tapi aku beli semua. Tak per lah...aku kan ibu yang baru 1st time anak nak masuk darjah satu. Ke-excited-an dia tu lain macam sket...muahahaha...Tapi ada juga rasa terkilan bila dorang ckp tak pakai pon buku tu. Kalau tak pakai, kita buat kat rumah jer lah.
Ni shopping untuk skolah agama belum lagi. Ntah berapa plak charge nya nanti. Memang terasa lah perbelanjaan untuk skolah. Tu baru anak sorang. Klo anak berderet? Lagi banyak nak pakai duit wei. Dengan zaman barang yang semuanya naik khenn.
Note: Sabtu ni kimi ada orientasi. Siap ada latihan ke kantin lagi. Alahaiiii...macam tak caya jer anak aku nak darjah satu tahun depan.
posted from Bloggeroid
Mengimbas kembali gambar² baru kawin, gambar lepas dapat sorang anak dan gambar selepas dapat banyak anak...hahaha...banyak lah sangat kan. 3 tu dah kira ok lah banykan kennn.
Ni masa baru kawin. Seri pengantin baru tu masih ada lagi...cewahhh...Rezeki orang nak kawin kan. Dapat plak kerja baru. Tunggu maybank bagi surat tak tahu bilanya. So...kita grab offer yang datang dulu. Masa ni ada signing ceremony dengan Columbia Asia utk buat hospital Columbia Asia kat Nusajaya, Johor. Masih kurus lagi. Body maintain katakan.
Bila dah dapat anak sorang. Badan dah mula berisi. Serious...masa ni aku gemuk tau. Lemak berlipat ko. Perut plak muncit macam pompuan ngandung. Pipi bulat tembam. Lepas delivery anak pertama, suma baju bajan especially kemeja dan juga seluar kerja tak muat. Yang paling ngeri, jeans faveret Levi's muat takat masuk sampai paha saja. Ngeri dan sedih wei. Terpaksa beli sluar jeans, sluar kerja dan baju kerja baru.
Dan aku yang sekarang...badan kurus kering melidi. Pipi plak nampak sedikit cengkung. Penangan #makbanyakanak ker makan hati...muahahaha...Jeans feveret dah muat. Siap longgar lagi. Perut flat. Sluar kerja dan jeans pon dah longgar. Macam sluar pinjam plak. Terpaksa alter dulu.
Aku nak berisi balik ni. Kurus sangat pon tak cantik khenn. Mungkin badan aku akan naik lepas stop BF qhalif kot. Tak per...lagi beberapa bulan jer lagi. Gym kat office ni pon dah beroperasi. Nak kasi muscle sket badan ni...hehehe...Tapi rajin ker nak gi gym??
Note: Asyik citer pasal anak jer. Sesekali citer pasal ibu dia plak.
Hadiah-hadiahnya:
Pemenang pertama, kedua dan ketiga (Dipilih menggunakan random org. )
-Review blog
-Sticky post untuk review entry- 24 jam
Pemenang keempat, kelima dan keenam (Dipilih menggunakan random org. )
- Blog pilihan entry
- 1 entry setiap seorang
Top referral tertinggi untuk link entry ini
-Hadiah cenderahati dari blog ini- 2 pemenang
**tarikh tutup: 24.12.2013 ( Selasa )
Note: Jom join. Tanda sokongan buat rakan blog ☺
Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:
1. Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!
2. Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!
3. Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!
4. Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!
5. Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.
6. Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu? Orang susah, anak yatim? Rizki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat!
7. Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sadaqah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja keluarga dll.
Note: Jom amalkan. Smoga rezeki kita bertambah murah.
Makan Buah-buahan tempatan yer. Ada yang ingat buah lain ker? Buah import ker...hahaha...
Smalam Sport Club ada buat perta Jom Makan Buah kat office nih. Kenyang buah aku smalam. Ada buah durian, rambutan dan manggis. Dah lama aku mengidam manggis. Akhirnya dapat jugak makan smalam. Licin habis semuanya. Semuanya hantu buah. Tak padan dengan batuk dan skit tekak. Bedal juga buah rambutan. Banyak juga aku makan. Sekali hamik ko...batuk tak hingat malam tadi dan di tambah pulak dengan sakit gigi melampau sampai aku tak der mood nak memasak malam tadi. Dasyat kat penangan sakit gigi. Maaf yer anak². Malam ni ibu masak sedap. Ker nak gi pasar malam...hehehehe...
Alhamdulillah...dengan adanya SHAKLEE SR Vita-C Plus *iklan jap, sakit tekak dan batuk² aku dah beransur pulih.
Note: Alhamdulillah...dah 2 kali merasa bonus Shaklee ☺
Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 19 Disember 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
- Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
- Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2013.
tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Tak mesra camera dan yang susah betul nak amik gambar kalau bertiga.
Ini lah dia. 3 beradik...ImanQahirahQhalif. Abaikanlah anak dara ku yang seksi itu. Abang dengan adik dah sopan. Dapat kat anak dara ni, boleh plak dia bukak butang baju. Panas katanya. Haishhhh...kakak...kakak...
Memang susah nak amik gambar dorang dalam keadaan yang bersedia. Aku tengok anak orang senang jer nak bergambar. Ni kang bila sorang dah pandang camera, yang lagi 2 orang tu plak tak ready. Bila yang lagi dua orang ni dah ready, yang sorang ni plak gerak. Bila semua dah ready, tangan ibu plak gigil...hehehe...Nak buat photo shot kat studio, ntah bila lah.
Note: Kenyang buah hari ni sebab ada pesta buah kat office ☺
Nak citer pasal breastfeeding. Masih ada lagi ker yang belum tau apa maksud 'Exclusive Breastfeeding'? Mungkin ada lagi yang masih salah faham apa maksud Exclusive Breastfeeding ni kan. Dan aku salah sorang daripadanya. Pada tafsiran dan pemahaman aku, Exclusive Breastfeeding ni bila baby yang di beri minum Susu Ibu selama 2 tahun tanpa sebarang makanan dan minuman lain. Tafsiran ini adalah salah. Aku yang dapat ajaran sesat ker atau aku yang salah faham...ahaksss...Tapi ni dulu lah. Skang dah faham. Itu pon lepas jumpa info dari blog UmmuSaif.com
Bayangkan lah selama ni aku ingatkan Exclusive Breastfeeding ni hanya susu ibu semata² selama 2 tahun. Kagum betul aku bila ibu² menyusu di luar sana dapat exclusive breastfeed sampai 2 tahun tanpa makanan lain...haishhhh...Naik jeles tau. Meh baca apa maksud sebenarnya:
Istilah “Exclusive Breastfeeding” ini telah diperkenalkan oleh WHO. “Exclusive” bermaksud seratus peratus susu ibu tanpa makanan atau minuman lain termasuk air kosong. Dan ia hanyalah terhad kepada tempoh enam bulan pertama usia bayi. Selepas umur enam bulan, makanan seperti bubur boleh diperkenalkan secara perlahan-perlahan kepada bayi. Pada masa yang sama, pemberian susu ibu boleh diteruskan sehingga umur yang disarankan oleh Islam iaitu dua tahun.
Dah faham? Bagus. Maksudnya 'Exclusive Breastfeeding' ni bayi yang menyusu ibu sepenuhnya selama 6 bulan tanpa air kosong dan minuman yang lain.
Hasil pumping petang semalam. Alhamdulillah...Hasil tenusu ibu untuk budak 1 tahun 8 bulan 5 hari masih meriah lagi. Rahsianya? SHAKLEE dan Air masak 3 liter sehari itu harus yer. Hasil pon ikut mood juga. Kekadang banyak kekadang sikit. Tapi tetap bersyukur. Supplement tu hanya tambahan untuk menambah kesihatan diri. Kalau makan supplement, tapi minum air tak cukup, think negative, malas pump...maka jangan haraplah nak dapat hasil susu yang meriah yer. Ingat tu. Peringatan buat diri sendiri juga nih.
Buat ibu² yang berhasrat nak fully breastfeed anak², di nasihatkan menimba ilmu, banyakkan membaca dan jangan malu bertanya pada orang yang berpengalaman pasal breastfeeding ni. Malu bertanya sesat jalan. Bukan senang nak fully breastfeed ni tau. Semangat yang kental dan tinggi perlu ada.
Note: Haku klo bab² BF ni memang hover.
Abaikanlah rupa bebola daging yang hodoh itu. Tapi rasanya sedap hokay. Letak 5 ketul jer. Penjimatan di situ sebab nak makan berulang kan. Lagi pon buat tak banyak. Kejam kan sampai bebola daging pon nak catu...muahahaha...
Weekend haritu buat spaghetti. Requested by Iman Hakimi. Dah lama minta ibu dia ni buatkan. Tapi asyik lupa nak membeli sos spaghetti. Jadinya...ahad hari tu berlaukkan western food untuk lunch. Memandangkan cendawan dalam tin nan hado. Aku pon terfikir nak try buat Bebola Daging. Buat penambah perisa. Resipi di hujung jari khennn. Minta tolong pak cik google dan jumpa lah resipi yang simple ni.
Bahan² nya
- 400g daging kisar
- 1/2 cawan breadcrumb (atau boleh digantikan dengan 3 sudu besar tepung jagung)
- Garam (agak² lah)
- Basil Kering (jenis serbuk kasar)
- Lada sulah
- 3 ulas bawang putih (cincang halus)
- 1 biji bawang besar (cincang halus)
Cara² nya
- Campurkan kesemua bahan hingga sebati
- Bulat² kan ikut saiz
- Didihkan air dalam periuk (api kecil)
- Masukkan bebola daging
- Biar hingga bebola timbul dan toskan
Senang kan. Memandangkan ada bahan² yang tak der, jadinya aku derhaka sket lah. Lagi pon aku cari resipi yang tak pakai telur sebab telur dah habis. Aku gantikan dengan tepung jagung. Lada sulah plak aku letak lada hitam. Basil pon tak der. Senang kan. Nanti nak buat lagi. Nak buat banyak². Nak goreng boleh, nak bakar pon boleh.
ImanQahirahQhalif memang suka makan spaghetti. Bertambah² dorang makan especially kimi. Siap puji melangit...'pandainya ibu masak', 'sedapnya ibu masak', 'nanti masak macam ni lagi yer ibu'. Amboiiii...kalau tak puji tu maknanya ibu masak tak sedap lah yer...hehehe...
Note: Seronok jer bila anak² puji masakan kita. Seronok jer tengok bila anak² berselera makan masakan kita.
Gulai Ikan Tempoyak di gandingkan dengan Ikan Masin. Makan plak dengan nasi panas² campur dengan kicap. Memang lah mantop wei. Dua lauk ni jer dah cukup. Sambil taip sambil kecur liur membayang kan lauk yang aku masak weekend baru nih.
Tempoyak ni datangnya dari Kampung Gajah, Perak yob. Opah dan Mak Mertua terchinta yang bagi. Ada banyak lagi kat umah tu. Jadinya....masakan berasaskan tempoyak lah jawabnya yob. Nanti nak buat Tempoyak Ikan Bilis plak. Pon sodap kan. Terbayang sudah...muahahaha...
Terlebih rajin plak haku weekend tu. Buat spaghetti. Pastu buat homemade Meatball lagi ko. Rajin tak rajin lah khenn. Kimi asyik request nak spaghetti jer. Cendawan dalam tin nan hado, Jadi nak tambah penyedap. Buat lah meatball dengan penuh kasih sayang. Sodap plak tu. Nanti mak kongsi resipi meatball yang simple lagi senang yer noks.
Note: Dah lama tokey pulut mangga tak bukak gerai. Mengidam dgn pulut mangga dia yang sedap dah ni,
Alhamdulillah...berjaya juga menjejakkan kaki ker Big Bad Wolf Book Sale 2013 jumaat aritu. Plan asalnya nak gi pepagi sabtu tu. Kononnya lah kan. Sekali plan bertukar. Dari nak bawak QahirahQhalif gi jumpa paed kat Az-zahrah jumaat malam tu, kita gi BBW dulu lah. Esoknya baru gi Az-Zahrah.
On the way nak masuk MIECC tu dah berderet² keta. Tapi bila masuk dalam banyak lagi parking nya. Letih juga nak naik tangga. Nasib tak bawak stroller. Sampai² jer dah teruja tengok buku² yang berlambak tu. Orang pon boleh tahan ramai juga. Sebelum membeli buku, kita isi perut dulu. Kat atas tu ada di sediakan gerai² makan. Harga pon boleh tahan mahal. Nasi lemak seciput harganya dua hinggit.
Hajat di hati nak letak si abah dan anak² kat playground ni jer. Erkkk..abah tukang jaga jer...ahaks...Boleh lah si ibu membelek dan memilih buku dengan amannya tanpa gangguan. Sekali fees mahal lah. RM10.00 untuk sejam. Socks plak RM2.00, anak aku 3 orang. Total RM36.00. Sejam tu belum tentu cukup untuk aku khennn. DI sinilah fasa kesediham bermula sebab terpaksa angkut askar² ku. Faham² lah bila dgn anak² ni kan. Macam² karenah.
Apa² hal, kita babywearing dulu. Si qhalif plak buat perangai. Merengek nak tido gamaknya. Letak dalam Boba 3G nih, tak sampai 10 minit dah lelap. Tapi kan, frust sebab tak dapat nak pilih² buku anak² dan novel. Iyerlah...nak membeli kena lah baca juga sket² jalan ceritanya kan. Si dia plak jenis tak suka crowded² nih dan bukan jenis kaki buku.. Aku rembat mana yang sempat jer...huhuhu...
Yang paling frust, ada bahagian buku kanak² yang aku tak gi. Aku masuk ikut pintu lain. Section buku kanak² ni ada dekat main entrance depan. Masa nak bayar baru perasan sebab kluar ikut situ...uuwwaaaaaa...nak nangis rasanya sebab banyak buku² yang menarik dan murah. Macam buku smurf tu. Nak juga membelek buku anak² kat situ, tapi kang ada yang pandang² jeling², naya haku. Aku suka beli buku anak² nih.
Nak tunjuk hasil rembatan pon malu ko. Sebab tak banyak sangat pon yang dirembat. Tak sempat nak memilih dan membelek sebab ada orang dah rimas dan penat dengan crowded dalam tu. Pengajarannay...next time kalau ada lagi aku nak gi sorang². Suruh si dia hantar jer. Aman sket kan. Harap² ada lagi lah tahun depan.
Note: Tak terfikir plak nak amik cuti on weekday gi BBW....haishhhh...
I turned my daughter into a genius... just by switching off the TV!
All the evidence about the effect of too much TV on children's development. A 2004 study by the American Academy of Paediatrics spelled it out. 'Early television exposure is associated with attention problems at age seven.' There it was, on my computer screen, from the highest authority. Watching too much telly when she was little had fried my darling girl's brain.
Then someone gave me the amazing book The Brain That Changes Itself, by Canadian doctor Norman Doidge.
It explores the concept of 'neuroplasticity', which suggests the brain is capable of constant change. Dr Doidge gave me hope that I might unfry Peggy's brain, if I could rein back the TV even now. But how to do it, without it seeming like a punishment?
After asking around other parents, I was surprised to find how many of them already had TV controls in place. One family had given up television entirely. They had a set to watch DVDs on together and that was it. Incidentally, this is also Madonna's system.
For others, it was only after 5pm or one hour of screen time a day, either telly, video game, or computer. I started cutting back in the Christmas holidays. Over about four weeks, we got her telly watching down to an hour at night, plus the occasional DVD watched together.
Senang kan cara dia. Tutup jer TV. Tapi boleh ker? Nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan. Kalau ikutkan apa yang aku baca, Kanak² di bawah dua tahun harus dilarang daripada menonton mana-mana televisyen dan dua hingga lima tahun hanya menonton satu jam sehari. Nak share juga salah satu tips dari Adlil Rajiah [saatakukaupilih.bloggspot.com] berdasarkan apa yang diberitahu oleh Dr. Sherine, Child Psychiatrist Hospital Gleneagles, Penang pada beliau iaitu:
Don't expose to too much things in a box.
"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."
"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."
"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."
Ada [10 Tips berguna dari Child Psychiatrist (pakar mental kanak-kanak)] yang di kongsikan. Memang info yang sangat² bagus dan berguna untuk parent² di luar sana. Silalah baca kalau kita nak menambah dan memperbaiki ilmu keibubapaan ni.
Note: Ada macam² cara nak lahirkan anak GENIUS ni sebenarnya kan. Mungkin ini salah satu caranya.
How time flies. Kejap jer dah 20 bulan budak tecik ni. Rindunya dengan bau baby. Kan best kalau baby ni tak besar². Macam tu jer saiznya...hahahaha...Macam nak baby lagi jer...muahahaha...
Alhamdulillah. Perkembangan Iman Qhalif yang soleh lagi bijak sama juga macam kanak² lain yang seusia dengan nya. Makin banyak akal. Yang paling tak tahan. Tak nak orang pegang masa berjalan. Kita ni punyalah risau kan. Antara lain:
Pandai menulis dah. Siap buat body art lagi. Kalau menulis pon guna bahasa sendiri lah. Sendirik tulis sendiri faham khennn.
Nak makan dan minum sendiri. Tak nak ibu dia suap dah. Kalau tak memang dia tak nak makan. Dah dapat makan, pandai plak tu cakap 'eemmmm...dap...dap' sambil angguk² kepala. Layannnn..
Pandai merajuk. Yang tak tahan siap guling² atas lantai ko. Kalau kat mall buat guling² macam ni memang nak kena lempang dik...hehehe...tipu jer. Takkan lah ibu nak lempang anak kan.
Pandai dah main ipad. Siap berebut dengan kakak dan abang lagi. Cute jer tengok jari jemari cute dia tu dok selak² screen ipad. Tapi skang memang nak kena sorok ipad ni. Sekali sekala boleh lah main.
Breastfeeding is the best. Alhamdulillah...masih mendapat khasiat susu ibu. Skang ni kalau menyusu memang macam² gaya bebas dibuatnya. Menyusu sambil berdiri, meniarap ala² superman...ikut suka hati dialah nak buat gaya macam mana. Ibu dia ni lah yang tak tahan kan sebab kekadang sampai tertarik nipp tu dibuatnya....aauucchhh...Nak tergelak nengok gaya ISA (Ikut Suka Aku) si Qhalif yang soleh ni.
Antara development lain. Dah ada beberapa perkataan yang qhalif boleh sebut. Takkan aku nak letakkan semua perkataan tu kot. Over plak nanti khennn. Antara nya sebutan ALLAH. Abah tu sudah semestinya lah kan. Ibu ntah bila nak sebut. Ada terbaca kat FB. KITA NI SIBUK AJAR ANAK SEBUT PERKATAAN IBU/ABAH DULU. SEPATUTNYA KITA AJAR ANAK SEBUT PERKATAAN ALLAH DULU INSTEAD OF IBU/ABAH. Sentap aku sebab kena ngan batang hidung sendiri kan. Ibu²...sila ajar anak² sebut perkataan ALLAH dan kalimah² dulu yer.
Jangan tak tau, Qhalif dah pandai baca doa makan. Tapi kan...setakat tadah tangan dan amin kan jer lah...hehehe...ok lah tu kan ☺☺
Jangan tak tau, Qhalif dah pandai baca doa makan. Tapi kan...setakat tadah tangan dan amin kan jer lah...hehehe...ok lah tu kan ☺☺
Note: Breastfeeding journey. Ada 4 bulan lagi untuk lengkap 2 tahun...yeehhaaaaa...
Babywearing daddy uols. Sambil babywearing sambil tolak stroller.
Amacam...ada macam abah mithali tak, ker macam Mr. Mama...hehehe...Ni masa nak gi spital HKL smalam. Menapak punyalah jauh. Sangatlah hazabnya mencari parking. Hangin jugak lah smalam. Nak tak nak, terpaksalah tolah stroller. Tapi kan...berebut plak. Anak dara nak naik stroller juga.
Si qhalif plak pe'el nya kalau berjalan tak nak orang pegang. Nak jalan sendiri. Macam dah beso sangat kan. Pastu suka melencong. Penat wei ibu dia yang petite lagi kurung kering ni nak mengejar. Jadinya...babywearing lah. Dok dediam dalam tu.
Ni ada tips macam mana nak pilih baby carrier. Highly recommended gambar yang kanan ni. Kaki baby tak tergantung macam dalam gambar kiri ni. Cer kalau kaki kita tergantung macam ni. Sakit tak? Ini kan kaki budak. Aku pon baru nak berjinak² dengan babywearing.
Memang best pakai Boba 3G nih. Sesuai dan selesa dengan size aku yang petite ni. Tapi aku tak sempat nak posing dengan Boba bila dah terkena muntah qhalif masa gi Sunway Lagoon haritu. Baru rasmikan dah kena muntah...huhuhu...
Note: Kejap jer dah khamis. Tak sabar nak tunggu gaji.
posted from Bloggeroid
Botak adalah lebih baik dari rambut gonjeng.
Rentetan dari peristiwa KEPALA SERABUT SEBAB QHALIF [Silalah baca klo nak tau]. Kata sepakat telah di buat...cewaaahhh ayat ko jemah. Kita motak kan terus rambut qhalif yang soleh ni. Itu pon tunggu luka² kat kepala tu kering dan sembuh dulu. Kejam lah klo ko nak botakkan time luka tak baik lagi khennn, Mau berdarah kepala budak nih.
Amacam fesyen rambut baru saya ni?? Hansome tak? Macho tak?...hehehe...Alhamdulillah, senang jer qhalif potong rambut. Elok jer duduk diam. Tak nangis pon. Macam sesuai jer qhalif yg soleh ni dengan imej botak. Ibu pon tumpang syiok gosok² kepala dia yang tajam² tu ...ahaks...
Note: End month ni nak bawa qhalif gi spital. Nak check apa masalah kulit dia ni. Lagi pon nak menghabiskan balance PM Care yang ada tu ☺☺
Ppsstttt...SHAKLEE tengah buat promotion OMEGA GUARD. Banyak khasiat OMEGA GUARD ni. Antaranya:
- Mengurangkan penyakit jantung
- Mencegah saluran darah dan pembekuan darah
- Membantu mengurangkan paras kolestrol
- Mengurangkan Strok (Ahmar)
- Mengurangkan penyakit darah tinggi
- Mengurangkan keradangan
- Membantu perkembangan otak kanak-kanak
- Mencegah kanser
- Mengawal masalah psikiatri dan mental
- Membantu memberi kesan positif terhadap senggugut
Omega Guard Shaklee sangat berbeza dengan minyak ikan jenama lain kerana ia mengandungi satu rangkaian penuh 7 asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA,DHA,ALA dan lain-kain lagi. Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan ikan.
Antara lain khasiat Omea Guard adalah, terdapat 1001 manfaat Omega Guard dan salah satunya untuk kesihatan kulit. Kalau anda atau anak² ada masalah² kulit seperti berikut, adalah amat sesuai amalkan Omega Guard ni.
- Ia amat sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah ekzema
- Kepada mereka yang mempunyai kulit yang sangat sensitif terhadap cahaya matahari, Omega Guard dapat membantu meningkatkan ketahanan kulit anda.
- Ia membantu menstabilkan protein di dalam kulit bagi memastikan kulit tetap anjal
- Amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat,parut jerawat dan ruang pori terbuka
- Ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka-luka ringan
Source: SayangVitamin @ Nad
Menarik tak? Tertarik tak nak beli? Rugi kalau tak beli sebab skang tengah promotion. Kalau nak HARGA KASIH SAYANG dari saya, meh pm saya laju². Jangan malu...jangan segan. Kalau tak cukup budget pon tak per. Ada skim cepat kaya untuk anda. Skim bayar dua kali pon voley.
Fiza (SID 970025)
Call/SMS/Whatsapp 018-2910156
afizhrahman@gmail.com