29 February 2024 | Selamat Hari Lahir Yang Ke 8 Iman Harraz
Baby tahun lompat Thursday, February 29, 202429 February 2024 | Selamat Hari Lahir Yang Ke 8 Iman Harraz. Selamat kembali 29 February selepas empat tahun menanti. Alhamdulillah… Kita masih bertemu dengan tarikh yang unik Ini untuk tahun 2024 kerana hanya insan terpilih sahaja yang diberi anugerah olehNYA untuk lahir pada tarikh 29 February ini walaupun tarikh jangkaan kelahiran yang diberi oleh Doctor adalah pada 19 March 2016. Anak sis lah yang termasuk dalam kategori “BORN TO BE A LIMITED EDITION” ni.
Sis jangka kan tak awal seminggu, akan lewat seminggu dari tarikh jangkaan macam abang-abang dan kakak dia dulu. Siap berborak sambil usap-usap perut dan cakap kalau boleh jangan keluar 29 February. Haaa…. Rasa kan. Siapa suruh kau cakap macam tu kan. Benda yang kau tak nak tu lah yang Allah bagi. ‘Kun Fayakun’ - "Dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia". Begitu lah.
Genap usia kandungan 36 minggu yang sepatut nya tarikh tersebut merupakan tarikh untuk check-up, telah bertukar menjadi tarikh kelahiran untuk anak soleh Iman Harraz Bin Husaini dengan berat 3.1 kilo. Alhamdulillah sebab cukup berat nya. Dah lah keluar tahun lompat. Lahir pula dalam kerata ya. Dekat kerusi penumpang depan laluan kecemasan Hospital Islam Az-Zahrah, Bangi. Nasib baik dalam surat beranak tak tulis tempat lahit dalam kereta. Memang ‘RARE’ betul lah. Tapi instinct seorang ibu pun dah boleh rasa yang anak nya akan keluar hujung bulan February.
Ramai juga yang tanya macam mana boleh bersalin dalam kereta. Sebenar nya lepas habis pantang dan dah mula bekerja, sis dah karang baik punya cerita. Dari mula bersalin sampai lah kisah berpantang yang mencabar. Dugaan berpantang anak ke empat memang tersangat mencabar dan sedih. Sekali bila nak upload dalam blog, poofff…. Hilang terus ya. Tak jumpa jejak dalam erti kata lain, tak dapat di kesan. Tak tahu lah dah terdelete tanpa sengaja atau kau taip-taip tapi tak save. Tapi seingat sis memang dah save siap-siap.
Puas lah mencari. Godek juga dalam thumb drive, tapi tak ada rezeki. Terus down woihhh!!! Punya panjang cerita tiba-tiba hilang begitu sahaja. Rasa nak nangis. Ada masa rasa macam nak taip balik kisah pengalaman bersalin anak ke empat yang tempat lahirnya di dalam kereta ni. Walaupun dah 8 tahun berlalu, tapi detik-detik cemas dan situasi yang kelam kabut di tempat kejadian masih segar dalam ingatan. Betapa cemas dan kelam kabut nya suami dan nurse-nurse kena sergah pukul 3.00 pagi tu. Ehhh!!! Ni nak cerita pengalaman bersalin ke nak buat ucapan? Hahaha…
Mukadimah saja dah panjang. Kita kembali kepada tajuk asal balik lah ya. Buat anak soleh Ibu Abah… Iman Harraz Bin Husaini, SELAMAT HARI LAHIR yang ke 8 TAHUN. Barakallah fii Umrik. Semoga dikurniakan ketetapan hati dan kekuatan iman dalam apa juga cabaran yang datang. Rajin mendirikan solat lima waktu. Diberi kecerdasan akal dan kesihatan yang baik. Menjadi anak yang soleh dan penyejuk mata, hati, jantung, limpa Ibu dan Abah. Ketahuilah… Anak-anak Ibu adalah harta dunia akhirat yang paling berharga. Yang menjadikan Ibu lebih kuat dan lebih semangat untuk menempuh hari-hari mendatang yang penuh dengan cabaran.
Alhamdulillah... Rezeki birthday boy dapat kejutan kek, baloon dan bouquet coklat dari Makwong, Maksu dan Opah. Semoga bertambah murah rezeki kalian semua. Memang dah tahu diorang nak buat surprise.
Birthday boy pun tak sihat. On and off dah seminggu. Mula dengan demam sahaja. Kelmarin dah start batuk. Pagi ni pergi klinik, Doctor cakap mild Pneumonia. Paru-paru sebelah kiri ada bunyi dan terkena jangkitan sikit. Lama juga Doctor check Ibu dah risau sebab next week nak cuti-cuti Malaysia. Tambah risau bila Doctor cakap kalau tak baik juga kena admitted. Tapi Doctor cakap tadi kalau mild Pneumonia insyaallah dalam dua ke tiga hari dah sembuh. Cuma kena pantau sahaja dan pastikan makan ubat. Dapat 5 jenis ubat dengan dua jenis antibiotic.
Kalau ikut sejarah kesihatan, Iman Harraz memang jarang sakit. Alhamdulillah sangat. Risau juga sebab Harraz ada sejarah Pneumonia masa baby dulu. Bulan kelahiran pula tu bulan tak sihat. Tak sihat sebab nak tambah umur. Semoga Iman Harraz cepat sembuh sebelum kita jalan-jalan nanti.