Pilihan Kasut Menarik Di Hypershoe KIP Mall, Bangi | Iyer… Dekat Hypershoe. Kalau nak cari kasut, boleh cari di Hypershoe. Rupanya Hypershoe ni dah ditubuhkan sejak tahun 1996 lagi tau. Menawarkan kasut yang berkualiti dan terbaik untuk pelanggannya. Antara koleksi kasut yang terdapat di Hypershoe ialah Kasut Wanita, Kasut Lelaki, Kasut sukan, Kasut Kanak-kanak, kasut sekolah dan macam-macam lagi lah. Bukan itu saja, beg sekolah pon ada jugak. Kalau nak beli kelengkapan sekolah macam kasut, bag dan stoking, boleh terjah Hypershoe ni. Memang banyak Pilihan Kasut Menarik Di Hypershoe KIP Mall, Bangi.
Kalau korang nak tahu, terdapat 32 cawangan kedai kasut Hypershoe yang terdapat di sekitar Lembah Klang dan baru-baru ni, saya diberi peluang untuk menghadiri majlis pelancaran kedai kasut Hypershoe untuk cawangan terbaru yang terletak di KIP Mall, bangi. Memang meriah betul lah. Sampai-sampai jer dah ramai orang. Semua rambang mata tengok kasut-kasut yang terdapat di Hypershoe ni sebab harganya yang berpatutan dan murah. Design pon cantik-cantik tau. Sampai tak tahu nak memilih kasut yang mana. Anak pulak sibuk nak beli beg sekolah.
Jenis Kasut Dan Sandal Yang Terdapat Di Hypershoe
Mix Point Dan MP Sport (Men)
Memang banyak jenis dan pilihan kasut yang terdapat di Hypershoe. Antaranya Mix Point yang katanya menepati cita rasa lelaki untuk segenap usia. Dengan rekaannya yang terkini dan selesa, kasut Mix Point Men ditawarkan pada harga yang berpatutan dan mudah dipadankan dengan sebarang fesyen pakaian. Terdapat juga MP Sport untuk Lelaki dan MP Sport untuk Wanita
Antara sandal lelaki yang terdapat di Hypershoe. Banyak jugak pilihan tau.
Bukan setakat kasut casual dan sandal jer. Kasut MP Sport (Men) atau kasut sukan untuk lelaki pon ada. Kalau husband, boyfriend or adik lelaki yang sedang mencari kasut sukan, boleh cari dekat Hypershoe. Banyak pilihan warna dan harga pon berpatutan.
MP Sport (Women)
Pilihan kasut sukan untuk wanita. Siapa yang tengah cari kasut sukan tu. Silalah terjah Hypershoe. Menarik tau kasut sukan kat sini.
Vetini
MP Kids
Cute kan ☺
Banyak jugak pilihan sandal budak kat sini.
Kasut Pilihan Saya?
Memang tak tahu nak pilih yang mana sebab semua kasut dekat Hypershoe cantik-cantik. Tengok kasut tu, rasa nak. Tengok kasut ni, cantik jugak. Rasa macam nak beli. Tapi kena pilih satu jer. Acaner ni? Pilih punya pilih, maka ini lah pilihannya
Ada anak kecik ni susah kalau nak pakai kasut tinggi. Susah nak kejar anak nanti. Maklumlah... Anak tengah melasak. Jadinya kita pilih kasut sarung ni. Sedap pakai sebab rasa selesa dan lembut jer. Harga pon tak ada lah mahal sangat. Cuma RM69.90 jer. Tapi berkualiti tau.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Hypershoe atau nak buat pembelian kasut secara online, Silalah layari laman web mereka di:
Website
Facebook
Address
Hypershoe KIP Mall Bangi
Lot M-02, M-03, M-04, M-05, G-05/2,
KIP Mall Bangi, No 1, Jalan Medan Bangi,
Off Persiaran Kemajuan, Seksyen 6
Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor
Cawangan Hypershoe lain