Telur Paling MERBAHAYA!! | Perghhhh... Tajuk kau. Boleh mengundang kontroversi betul. Lepas Lagu Berhantu, ni Telur Paling MERBAHAYA pulak. Ada ker telur yang merbahaya. Spesis telur apa yang merbahaya sangat tu? Sebab ada lah aku nak cerita ni. Memang bukan sebarang telur. Kalau bleh nak elak kalau terjumpa telur ni. Tapi tak boleh sebab kat mana-mana ada jer dia. Paling tak tahan, Telur Paling MERBAHAYA!! ni senang nak nampak sebab selalu ada dekat kaunter. Telur apa??
Tu dia.. Siap warning lagi. Apa lah yang bahaya sangat tu yerp. Sila scroll lagi... hehehe... ☺☺
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ini lah dia Kinder Joy Egg ni haaaa!!! Musuh ketat aku ni. Dan rasanya ramai ibu-ibu yang bermusuh dengan telur ni jugak sebab boleh mengancam duit poket dibuatnya. Mengundang bahaya betul. Sebiji telur ni jer dekat limahinggit. Anak aku ada 3. Harraz tak termasuk sebab dia kecik lagi. Kalau sorang nak telur, yang lagi dua orang tu mesti nak telur jugak kan.
Pernah Iman Hakimi teringin sangat nak beli. Aku tak bagi. Sekali dia kata nak beli pakai duit dia. Ok... Kalau pakai duit sendiri boleh lah beli #kedekutpunyaibu. Sekali adik-adik dia nak jugak. Tak kuasa lah ibu dia nak melayan. Nak nangis.. Nangis lah. Sebenarya bukan nak makan sangat pon. Dia nak mainan dalam telur tu jer.
Tagline bukan main lagi. Treat = Toy... Twice the joy. Memang menjadi lah joy nya kalau anak-anak dapat telur ni. Tapi ibu dapat apa? Dapat fobia ada lah. Fobia bila anak-anak dah start tunjuk nak beli telur ni. Ibu tak nak bazirkan duit beli sebijik telur yang agak mengarut ni nak. Ibu sayang duit. Daripada beli sebijik telur untuk sorang makan. Baik ibu beli telur ayam 10 biji yang harganya sama dengan sebiji Kinder Joy Egg ni ☺☺
Budak suka minta macam-macam
Sebelum ni memang diorang selalu jugak minta nak beli. Sekarang ni dah jarang sangat sebab dia tahu ibu dia tak akan beli punya. Kalau nak benda lain, ibu boleh beli. Tapi kalau nak sebiji telur Kinder Joy ni, ibu tak boleh nak tunaikan. Termasuk jugak kerepek dan gula-gula. Sekali sekala sahaja boleh. Tapi kalau hari-hari mintak jajan memang nak kena lah jawabnya sebab jajan tak bagus kan.
Kalau korang anak sorang, boleh lah pertimbangkan nak beli. Macam aku anak ramai ni, memang tak dapat lah nak tunaikan permintaan anak-anak nak telur mahal ni. Anak-anak ni kalau dengan abah dia tak ada nya nak minta macam-macam. Kalau dengan ibu dia ni, ada jer benda nak dibelinya... ppffttt...
Note: Hati seorang ibu... Tak boleh nak kata tidak bila anak nak makan/beli itu ini... hurmmmm...