Bercinta betul nak citer pasal Raya. Orang lain dah berkajang² entry pasal Raya. Kau... Mood masih ke laut china selatan. Bukan apa. Nak edit gambar. Nak letak watermark bagai. Blogger part time kan. Dengan keja office lagi. Tapi harini ku gagahkan jugak update pasal Raya. Tapi teaser jer lah dulu yerp. Ada masa nanti #makanakempat ni sambung lagi.
Kemahen tema raya korang kan. Sedondon sehati sejiwa gittew. Cantik jer nengok. Tema aku tahun ni colourful. MakPak biru + Anak² orange = Colourful. Nama jer orange tapi tak sama kaler orange nya. Masa cari baju raya bebudak ni haritu... Baju Kimi dah jumpa. Baju Qhalif ngan Harraz nan hado plak size. Jadinya beli baju Kimi lah dulu. Jumpa jer kaler orange seakan sama, beli lah untuk Qahirah, Qhalif ngan Harraz. Gasaklah tak sedondon pon. Apadehal dengan kaler baju kan. Janji hati dan jiwa sedondon gittew.
Preparation pon lebih pada anak² jer. Ibu Abah recycle balik baju lama. Pakai sekali sekala jer pon. Bersederhana di jaman GST yang mencekik darah nih. Nak cari baju Qahirah bukan main susah lagi sebab saiz banyak tak der. Nak cari jugak kaler orange kan. Mendapatlah sebab susah gak nak cari kaler orange. Mekasih lah husband sebab susah payah mencari merata² baju anak dara nih. Finally jumpa jugak.
Pengajarannya dimasa akan datang... Sila cari kaler baju yang senang nak cari hokay. Untuk raya tahun depan dah sesiap pilih tema kaler pon. Dasat kau #makanakempat. Raya tak habis lagi kau dah fikir tema kaler untuk Raya tahun depan... Hahahaha...
Note: Susah betul ank amik gambar anak beranak nih. Ada jer yg tak ready ☺☺