Happy ibu bila anak dah sihat. Kalau boleh tak nak anak² jatuh sakit lagi. Biar ibu yang sakit. Tapi jangan anak. Sakit ni ibarat musuh ketat bagi seorang ibu. Tapi siapa kita nak menidakkan penyakit tu datang kan. Semuanya dari DIA. Apa yang seorang ibu boleh buat, tingkatkan immune system anak supaya anak kebal dari sebarang jangkitan penyakit. Erkkkk… panjang plak mukadimahnya.
Ni nak share. Si dobot Iman Harraz dah sihat. Ahad malam masuk hospital. Tengah hari khamis dah keluar hospital. Penginapan 5 hari 4 malam kami anak beranak kat situ. Kesian Harraz. Tak habis² dengan dugaan. Dari lahir sampai lah sekarang. Naik turun klinik dalam pantang. Naik turun hospital. Asyik kena cucuk. Baru nak masuk 4 bulan dah 2 kali masuk hospital. Nak kena mandi Bunga awak ni harraz.
Saat yang paling aku tak tahan, bila kena buat fisio. Tepuk² belakang badan dan dada. Pastu kena suction. Perghhhh… Memang aku tak tengok. Tak sanggup nak hadap. Luluh rasa hati. Baby kan…. Mana pandai buang kahak. Sampai tahap aku rasa macam nak jolok jer tekak si harraz ni nak bagi dia muntah. Rasa jerrrr… tapi tak buat pon…haha…Sampai kau rasa geram tiap kali anak batuk. Siap marah² batuk ngan kahak… ‘eeeiiii…jahat betul lah batuk ngan kahak ni’… Macam lah batuk ngan kahak tu ada perasaan….ppffttt…
Elok jer dok diam kena neb. Siap nak pegang lagi benda tu ☺
Kahak banyak dah terkumpul kat paru² kanan. Yang paling merisaukan, doctor cakap darah harraz dah kena jangkitan kuman. Risau giler. Tapi doctor tak cakap tahap keseriusan nya macam mana. Just on antibiotic, nebulizer dengan fisio. Baik jer harraz masa kena neb. Dok diam jer. Lega rasanya kot.
Alhamdulillah… Sepanjang duduk spital harraz tak demam. Cuma batuk tu yang teruk.
Terima Kasih kawan² ibu doakan Harraz.
Terima Kasih tak terhingga buat kawan² semua atas kiriman doa untuk Iman Harraz cepat sembuh. Rasa nak peluk sorang² nak ucapkan terima kasih. Hanya allah yang dapat membalasnya. Terima kasih jugak buat suami ngan anak² yang setia berulang alik bukak puasa dan sahur sama² kat hospital. Sesungguhnya bukak puasa dan sahur kat hospital sangatlah tak best…huhuhu… Doakan Iman Harraz terus diberi kesihatan yang baik. Next follow up lepas raya ni. Hope everything ok.
Note: Musim orang sakit. Hospital kat Bangi (An-Nur & Az-Zahrah) penuh. Aku siap call dulu KPJ Kajang tanya ada katil kosong ker tak.