Masih mencari² menu terbaik untuk ibu menyusu?? Baca entry ni sampai habis ☺☺
Agak mencabar juga berpuasa dan dalam masa yang sama kita menyusukan anak. Bley gigil badan dibuatnya. Sebab tu lah pentingnya sahur yerp ibu² menyusu di luar sana. Jangan skip sahur. Pastikan menu² untuk sahur tu dari sumber makanan yang boleh maintain kan production susu.
KURMA
Seperti dalam Hadith "Sebaik² makanan untuk sahur adalah tamar/kurma "
BUAH-BUAHAN
Sediakan pada sebelah malam untuk menjimatkan masa
GREEN SMOOTHIE/JUS
Makanan yang berwarna hijau akan menambah kandungan lemak di dalam susu badan dan akan memberi kita lebih TENAGA. Blend bayam, straawberry, flax seed, vanila yogurt, fresh milk pada sebelah malam dan hidangkan di waktu sahur.
Boleh juga buat jus kurma. Cuma perlu buah kurma dan fresh milk...sedap.
TELUR REBUS
Kaya dengan protein dan Omega 3. Boleh ambil telur rebus atau separuh masak semasa sahur, jangan digoreng sebab goreng akan rosakkan telur kuning dan menyebabkan telur kuning jadi transfat yang bahaya.
OAT
Dapat memberi tenaga yang lebih lama. Bagi yang biasa amalkan oats untuk sarapan, makanlah organic rolled oats dengan susu kambing.
LENTIL SOUP (SUP KACANG DHAL)
Menambah susu badan
ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
Memberi rasa kenyang lebih lama dan betenaga lebih lama
AIR
Elakkan dari minum air dengan banyak sewaktu sahur tetapi kerapkan pengambilan air selepas Maghrib sepanjang malam. Ni ada tips minum air untuk cukup kan 8 gelas sehari.
- 1 gelas selepas bangun sahur
- 1 gelas sebelum makan sahur
- 1 gelas selepas sahur
- 1 gelas sebelum berbuka
- 1 gelas selepas berbuka
- 1 gelas sebelum terawikh
- 1 gelas selepas terawikd
- 1 gelas sebelum tidur
Note: Tengok gambar kurma teringat kurma kat umah yang nak habis. Kena beli ni.