To Allah we belong and to Allah we return. ARMAN DANI 21 OCTOBER 2011 - 16 MAY 2014 Al Fatihah Doa Mummy, semoga Aman tenang di sana sayang. Mummy akan sentiasa merindui Aman dalam setiap nafas Mummy. #armandani #alfatihahforaman #prayforaman
Speechless....Tak dpt nak tahan airmata dan akhirnya gugur juga. Buat Lady @ Molie Arie, kamu insan terpilih. Salam takziah buat lady, hubby and family. Al-fatihah buat anak syurga Arman Dani. Yang akan manunggu mommy dan babah di SANA. Smoga tabah dan redha dengan ujian dariNYA.
Lady...kawan alam maya yang aku kenal dari blog LADY OF LEISURE. @ LITTLE PARLOUR. Suka baca sebab lady pandai masak dan gambar² dlm blog suma cantik². Dari sebelum ada aman, mengandungkan aman dan sampailah kelahiran Arman Dani...The one and only, Memang aku ikuti perkembangan mereka. Dari blog, berpindah pula ke IG. Terkejut bila dapat tau aman sakit. Quote dari lady yang buat aku luluh:
Ya Allah, i love my son so much, if my son can be cured, please grant him strength and speedy recovery, but if Allah love him more, i will accept it. Only Allah knows what is best for him and for us.
Dan hari ni...Aman kembali pada penciptaNYA. Pada hari jumaat...penghulu segala hari. Allahu akhbar...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Ujian dan dugaan yang sangat berat. Tapi aku tahu...lady seorang yang tabah.
AL-FATIHAH