Menung apa tu doctor? Mengenangkan masa depan yang semakin mencabar ker...ekekeke...Dah lama tak citer pasal anak dara nan sorang nih. Asyik citer pasal abang ngan adik jewr kan ibu nih. Ok...hari ni ibu citer pasal awak yer doctor.
Saja jer panggil qahirah ni doctor. Mana tau masin mulut ibu ni dah besar nanti jadi doctor. Anak dara yang makin banyak keletah, banyak akal dan banyak mulut. Kakak/adik yang penyayang. Tapi ada masa garang gak nih dan suka menyakat. Anak yang berhati kental, tahan sakit dan berani. Satu jer ibu tak boleh tahan, kalau nak susu tak boleh tunggu lelama. Nak skang jugak...tak kira.
Kenapa aku kata qahirah ni jiwa kental dan tahan sakit? Macam² yang dia dah lalui. Antaranya, masa usia 7 bulan, anak dara ni kena sakit mata. Sampai tahap MATA TERPAKSA DICUCI. Tak lama lepas tu kena Jangkitan Telinga @ Otitis Media plak. Gegendang telinga berlubang sket dan Kena Cuci Telinga. Pastu kena kudis buta. Ya! allah...memang macam² dugaan. Sampai anak dara ni dah lali dengan KESAKITAN.
Selamba jer di kopek luka yang dah kering. Kulit terlebih yang kat celah² kuku tu selamba dicabutnya. Kita ni rasa sakit, tapi dia tak. Sampai luka kita pon dia nak tolong kopek. Memang jenis tak penggeli. Suma benda nak di usiknya. Tapi kan...doctor qahirah ni alah dengan kucing. Nampak kucing dia takut...hahaha...
Antara aktiviti² qahirah kat nursery
Ini plak aktiviti untuk 2 tahun. Nampak tak Iman Qhalif disitu ☺
Doctor Qahirah ni dah tak sabar nak skolah. Nak pakai baju skolah macam kawan² kat nursery tu. Sian plak tengok. Nangis kekadang tu sebab nak gi skolah...huhuhu...Buat masa ni hantar playschool jer kat nursery tu, Tahun depan kita daftar skolah kakak yerp. Berapalah harga untuk tadika next year kan. Mesti naik lagi. Sebab tiap² tahun naik.
Note: Citer pasal anak jer lah pagi ni. Tak tau nak citer apa ☺
Extra Note: Mekasih buat pengikut baru. Nanti daku terjah yerp.