posted from Bloggeroid
Woot...woot..
Dapat email dari Edelman dot com petang selasa. Pagi rabu tergerak nak check email. Nasib sempat buat RSVP. Berbelah bagi gak nak pergi nih. Sebab kalau tak pergi, dah kali kedua aku tolak event dari Edelman. Tak best lah plak kan. Lebih² lagi bila membabitkan SHOPPING ni. Siapa yang tak nak.
Petang smalam call Farah Hayati. Tanya detail bagai. Part yang teruja tu bila dapat voucher. Haaaa...tunggu lah yer. Pastu ada sesi photoshoot untuk mother and child. Harus ibu dan anak² melaram kann. Harap² tak der lah halangan untuk ke sana nanti.
Note: Auto publish. Hari ni dan senin puan punya blog bercuti. Nak merehatkan diri. Hari selasa YB datang melawat kawasan yerp.
Pada pandangan mata dan hati aku ni lah. Gambar yang menceritakan segala² nya. Detik² kesakitan, cemas, suka dan juga sukar digambarkan. Meh tengok ni:
Fresh from oven
Dengan tali pusat pon tak potong lagi
Detik kelahiran Iman Qhalif. Saat² Iman Qhalif melihat dunia buat pertama kalinya. Aku masih berhutang kisah kelahiran Iman Qhalif yang pada aku cukup² mudah, cepat dan pantas. Alhamdulillah...ALLAH permudah kan urusan aku dari saat mengandung sampai lah melahirkannya.
Pengalaman indah yang takkan pernah luput dari ingatan. Even masa melahirkan anak pertama, aku masih ingat lagi detik² itu. Lagi sehari setengah Iman Qhalif nak masuk 2 tahun dah. Cepat betul masa berlalu. Gambar ni sebagai kenangan bila dia dah besar nanti.
Note: Nanti aku up entry pasal pengalaman bersalin anak ketiga yerp. Lama betul terperap citer tu. Draftnya dah ada ☺
Gambar kecik sudahlah. Kalau tak puas tengok silalah klik untuk tumbesaran yer. Tapi aku dah brush. Bisul plak mata uols kalau tengok nanti...muahahaha...
Lately ni aku tengok makin kerap plak gambar² tak senunuh ni kluar. Tanjat gegirl tengok tau bila bukak blog uols kluar gambar separa boleng. Macam² pattern gambar. Baik gambar pompuan maupon gambar lelaki. Sebab kat blog iols ni tak nampak plak gambar seksi meksi ni kluar. Sekali semalam terkeluar plak gambar macam nih....cissss....Tak suka lah.
Felisss lah. Tak nak lah kluar iklan² macam ni lagi. Buat sakit mata jer nengok. Nuffnang...tak kan tak peka dengan masalah ni kot. Silalah sensitive sket.
Note: Sakit kepala tak hilang lagi. Macam mana nak drive nih...huhuhu...ALhamdulillah, hujan lebat. Smoga air empangan naik lah hendaknya.
Mari mewarna bersama²
Pastu tak sampai seminit dua, dah ada yang terjerit² berebut kaler. Adoiiiii...Si kakak ngan adik lah yang paling kecoh. Si abang jadi stress sebab nak kaler tak boleh bila masing² berebut kaler. Bila dah macam ni memang gamat lah satu rumah. Lawak kekadang bila dorang bergaduh ni.
Ingatkan bila dah sibukkan dorang dengan aktiviti macam ni tak der lah nak bergaduh kann. Boleh lah si ibu nak merehatkan minda sambil nak membaca dengan aman. Tapi hampagas...sekejapan jer senyapnya. Setiap minit...setiap saat dan setiap masa...tak sah kalau tak der yang menjerit. Kang ibu lari nanti baru tau. Lari tak jauh pon. Masuk bilik jewr...hahaha...
Uolss...ada tak petua macam mana nak bagi adik beradik ni berkasih sayang? Tak nak gaduh²? Kalau tak bergaduh langsung lagi bagus. Dah nasihatkan kekadang kejap jer jalannya. Esok² buat lagi...haishhhh...
Note: Kepala dah start ding deng dong. Dah 2 hari tak cukup tido. Iman Qhalif asal malam jer dedar badannya.