Ok. Kita sambung cerita. Berkenaan entry aku smalam pasal FLIGHT TO DHAKA??. Gelak besar iols bila baca komen² uols baik di IG, FB dan juga BLOG. You made my day lah. Bukan gi bebetul pon ke Dhaka tu. Cuma trial to check and test the facilities at KLIA2 and to gauge view from public for the improvement of the facilities.
Pada yang masih belum tau apa itu Operational Readiness And Transfer Trial (ORAT) atau dalam bahasa melayunya Kesediaan Operasi dan Pemindahan Lapangan Terbang. Ia nya adalah percubaan bagi menguji kemampuan sebenar fasiliti di KLIA2 boleh dilaksanakan dan juga menilai sama ada kualiti kemudahan itu sesuai dengan nilai wang yang dilaburkan kerana KLIA2 akan menjadi sebahagian daripada KLIA sedia ada iaitu pintu masuk utama negara. Fokusnya supaya kemudahan disediakan benar² berkualiti agar dapat menampung jumlah pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 serta tidak menjejaskan imej negara.
Sumber: [SINI]
Kiranya smalam kitorang ni pelancong kononnya. Gedik pilih penerbangan antarabangsa. Sekali dapat ke Dhaka ko. Redha jer lah. Siap dapat bagasi bagai. Buat procedure macam nak gi melancong betul². Gi check-in. Dapat tiket kapal terbang ko. Timbang bagasi bagai. Last minute kena tukar flight gi Singapore plak...hahaha...Kena check passport. Siap kena raba lagi...cisss...Masa nak masuk kat tempat scanning tu. Lupa nak bukak jam. Sekali dia berbunyi daaaa. Kena lah buat spot check satu badan. Tak pasal² kena raba. Tapi dengan orang pompuan yerp.
Layan gak ah smalam. Announcement penerbangan. Siap flight delay lagi ko. Macam betul² nak naik flight jer. Memang besar lah KLIA2 nih. The art Hybrid Airport kan. Which is expected to open for commercial operation on 2 May 2014. 1st time join ORAT ni.
Note: Tak sabar nak balik Gombak. Dah kerinduan teramat dengan Iman Hakimi ☺