Pengumuman yg di buat oleh PM Najib malam tadi pada sidang akhbar tergempar. MH370 ended at southern indian ocean. Lautan yang paling terpencil didunia...lautan yang sunyi dan jauh dari daratan. Ya! Allah..sedihnya. Al-fatihah buat penumpang dan anak kapal yang beragama islam. Bertabahlah buat semua ahli keluarga yang terlibat. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Seantero dunia sedang bersedih saat ini di atas tragedi yamg menimpa MH370. Tamat sudah spekulasi. Speechless jap masa PM buat pengumuman. Even tak der ahli keluarga yang terlibat, tapi sebagai rakyat Malaysia, perasaan sedih itu tetap ada.
Abang yang rajin melayan karenah adik². Time baik macam ni lah. Cer kalau bergaduh? Fikir sendiri lah ☺
Iman Hakimi bin Husaini. Semalam dah selamat export dia kat kampung. Gombak jer pon. Saja umpan dia nak dok ngan atok tak? Sekali dia kata ok. Tu yang gi menghantar smalam. Boleh belajar dan buat kerja sekolah skali ngan Maksu and Makwong. Sebelum ni pernah hantar gak. Tapi tak sampai sminggu dah bad mood...nak balik. Kali ni tak tau macam mana lah plak.
Hasihhhhh...ibu dah bula rindu kat awak dah ni abam kimi. Baru satu malam tu. Kalau dekat asyik nak bertekak jer kan. Gaduh² manja gittew ngan anak. Ni bila dah tak der terasa rindu lah plak dengan mulut yang banyak bertanya sampai tak tau nak jawab apa dah.
Macam mana erk orang boleh hantar anak kat kampung lama²? Tinggalkan anak kat kampung bagi parents jaga. Ko kat sini kerja macam biasa? Isshhhhhh...aku tak boleh lah berjauhan dengan anak. Satu malam ni pon dah merindu, ini kan plak berhari². Ada 4 hari lagi nih. Bertabahlah ibu.
Note: Lemah betul badan bila pekena air sejuk/air batu ni kan. Jarang sbenarnya minum air sejuk ni. Tapi sebab cuaca panas sangat. Tak menahan dibuatnya. Tak boleh diamalkan slalu.
Bila kerajinan tahap maksimum tetiba datang ko. Maka terhasil lah Kek yang di beri nama Moist Choc Leleh Lapis Cheese. Pepagi ahad aku dah bangun. Ingatkan nak buat malam sabtu tu. Tapi mata ni dah kuyu sangat. Lupakan lah hasrat tu yerp. Kita buat pagi ahad jer lah.
Ini bahan²nya. Memandang kan aku ni jenis suka kerja yang simple, cepat dan tak memeningkan kepala. Jadinya bahan² untuk kek coklat tu aku beli yang ready made sajork. Cuma campur butter, telur 4 biji dan air...hehehe...aci lah kan. Kalau uols rajin, boleh jer buat sendiri. Aku kan terlebih rajin...ngeee...Ni resipinya:
BAHAN-BAHAN KEK COKLAT:
2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder* (*disatukan dan di ayak)
BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE:
250 gram krim cheese
60 gram gula halus
1 biji telur gred A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum
CARA MEMBUATNYA:
Panaskan kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyal. lenser juga kertas tadi. Ketepikan..
UNTUK KEK COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak. Ketepikan.
UNTUK LAPISAN KEJU :- Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil2.
UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :- Tuang satu bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak).
Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari tin. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.
Bakar lapisan kek pertama selama 15 minit. Bakar pada suhu 160 C (terpulang pada jenis oven masing-masing)
tuang adunan cream cheese diatasnya dan bakar selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan bakar lagi selama 25-30 minit mengikut jenis oven masing-masing.
Inilah hasil kek aku sebelum dan selepas di tabur coklat leleh. Meleleh ailio aku menengoknya...hahaha...Ikut kretiviti memasing lah nak menghias macam mana yerp. Takkan itu pon aku nak ajar kann. Aku bagi 2 versi. Kukus dan bakar. Sebab aku tak beli periuk kukus lagi. Bakar jer lah dalam oven. Pastu kan, acuan kek yang bulat tu pon tak der...sob..sob...Pakai loyang pon boleh jer.
Dan ini rupanya selepas dipotong. Nak jugak tunjukkan hasilnya kan. Iyer lah....kang nnt ada yang tanya macam mana rupa kek coklat lapis cheese ni. Nampak sangat aku tak seni dalam nak amik gambar kan...hahaha...jadi lah. Sebenarnya ni second time aku buat. 1st time dulu memang buruk bebenor rupanya. Malu nak letak dalam blog. Yang 2nd ni ok lah. Menjadi. Practice make perfect katakan. Next time nak try buat kukus plak.
Alhamdulillah...dapat lah bawah setengah potong untuk Mertua. Smalam balik umah PIL (Parent in law). Hantar Iman Hakimi. kat umah atok. Menghabiskan cuti skolah kat sana. Haiisshhhhh...dah start rindu ngan anak bujang ku itu :-(
Note: Best plak membaking ni. Next project nak buat Blueberry Cheese Cake plak. Resipi pon simple jer.
Ok...ni nak share satu aplikasi terbaik untuk tau waktu² solat mengikut kawasan. Tak tau lah uols memang dah tau pasal aplikasi ni atau aku yang ketinggalan jaman baru nak tau pasal benda ni...ahaks...Tapi nak share jugak kalau ada yang belum tau. Aku kata ianya terbaik sebab apa tau:
Sudah semestinya lah disertakan waktu² solat pukul berapa kan. Yang bestnya, waktu solatnya automatik mengikut kawasan. Contohnya...aku skang kat Cyberjaya, bila balik umah, ianya akan bertukar kawasan Bangi/Kajang. Dan bestnya:
Akan ada notification bila nak masuk waktu solat. Dalam pada nak tunggu azan tu, akan berkumandang alunan ayat² al-quran. .Bila masuk jer waktu, berkumandanglah azan dengan doa selepas azan nya sekali. Bukan tu jer tau, siap dengan terjemahan hadis skali. Haaa...best kan. Lagi,,dan lagi...dan lagi best:
Ada notification juga untuk solat Dhuha. Macam biasa, dalam masa menunggu masuknya waktu sunat Dhuha, akan berkumandang alunan Doa Dhuha dari kumpulan nasyid UNIC tu. Terpulang lah kalau nak dengar sampai habis kan sebab akan di ulang² Doa Dhuha tu sampai masuk waktu solat Dhuha. Kalau yang tak hafal doa Dhuha ni lagi, eloklah dengar sampai habis. Aku hafal doa Dhuha dan terjemahannya sekali ni pon bila hari² dengar kat IKIM fm. Ni pon salah satu cara nak menghafal surah² al-quran kan. Dah tua bangka ni baru nak hafal ko. Tak senunuh betul. Tak per, masih belum terlambat untuk perbaiki keadaan diri yang serba kekurangan nih.
Ok...jangan lupa download tau. Sesuai untuk android application. Untuk pengguna itunes, tak tau boleh ker tak. Cer try.
Note: Banyak komen sedang menanti untuk diluluskan. Nantikan terjahan dari YB comel jap lagi yer...haha...
Kat tempat lain tak tau lah sedap ker tak sedap. Tapi kalau kat pasar malam Seksyen 7, Bangi ni memang sedap pada tekak aku yang kuat makan tak padan dengan badan kecik nih..haha..Dapat plak makan time panas². Memang nikmat tak terkata. Melecur lidah pon tak per ko.
Nak membeli pon beratur gak nih. Tak pernah beli tak beratur dan tak pernah beli dapat ayam yg dah sejuk. Memang dapat fresh baru goreng dari kuali. Si Iman Hakimi kalau gi pasar malam ini lah yg ditujunya. Setiap kali gi memang tak sah kalau tak beli. Seketul RM6.00, tapi beso lah ayamnya.
Ok...petang ni ada pasar malam. Uncle bob lagi lah kita. Terbayang² dah ni ayam uncle bob tu memanggil². Jadinya...malam ni kita gantung kuali yerp. Pasar malammmmm...tunggu kami datang...hehe...
Note: YB masih busy bee. Ni pon melencong jap. Nak pilihanraya kajang kan...ekekeke...
Hi! I am Fiza. A cute Mom with 4 active Kids. A part time Blogger and a career woman's who makes the blogging platform as a part time job.
For Advertising, Advertorial, Collaboration or Product Review, kindly contact me at:-
Email: afizahrahman@gmail.com