Salam pagi jumaat yang penuh barokah. Semoga solat kita diterima olehNYA. Sama² lah kita perbaiki mana yang kurang. Especially bab kusyuk dalam solat.
Ni ada tips dari Ustaz Nor Amin untuk khusyuk dalam solat:
- Faktor pemakanan, jauhkan diri kita memakan makanan dari sumber yang tidak diketahui, contohnya makanan yang bertanda halal semata-mata. Makanan merupakan faktor yang paling penting untuk mendidik jiwa. Sunnah nabi, berenti sebelum kenyang dan makan ketika lapar. Bila kita makan banyak kita akan mengantuk dan menguatkan nafsu kita. dalam masa yang sama susah untuk kita melaksanakan ibadah kepada Allah dengan sempurna.
- Ambil wuduk dengan sempurna jangan ambil wuduk seperti batuk ditangga, kerana wuduk yang baik akan membuatkan solat menjadi baik, menentukan solat itu diterima ataupun tidak ialah berasal dari wuduknya.
- Sebelum memulakan solat disunnatkan kita membaca istiqfar, 3 khul iaitu Surah An-Nas, Surah Al-Falak, Surah Al-Ikhlas. fadhilat surah ini ialah untuk mencegah dari gangguan syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk melalaikan manusia ketika solat.
- Semasa solat hadirkan diri kita seolahnya sedang berhadapan dengan Allah, rasa kehinaan kita kepada Allah, rasa taubat dengan segala kesalahan yang telah kita lakukan, sesungguhnya diri kita akan merasa gerun dan takut akan segala siksaan Allah terhadap segala dosa yang telah kita lakukan.
- Ketika solat perlu kita mentadabbur makna bacaan kita dalam solat, untuk memelihara hati kita supaya ia khusyuk dalam solat. Jika tidak tahu mentadabbur makna bacaan dalam solat maka boleh kita membayangkan segala perkataan dalam solat kita.
- Kalau boleh dirikanlah solat secara berjamaah kerana berjamaah pahalanya 28 pahala, jika hati kita tidak khusyuk masih ada pahala lagi. Lagipun solat berjamaah ini susah untuk diganggu syaitan. Hal ini berbeza dengan solat berseorangan kerana solat berseorangan pahalanya 1 sahaja jika tidak khusyuk habis ditolak oleh Allah. Sesiapa yang solat berseorangan diibaratkan sepertimana kambing yang berpisah dari kumpulannya dan mudah menjadi mangsa kepada serigala yang sentiasa mengintainya.