As salam uols. Salam pagi jumaat yang penuh barokah.
Perasan tak, lately cuaca sejuk semacam. Kalau sebelum ni buka kipas sampai 5. Tapi lately buka kipas 3 jer. Itu pon dah terasa kesejukannya. Nak mandi lagi lah...sejuk yang amat. Rumah plak tak der water heater.
Punca cuaca sejuk Suhu udara yang sejuk daripada biasa yang dialami di kebanyakan tempat,
terutamanya di kawasan pantai timur dan utara Semenanjung pada minggu ini adalah
disebabkan oleh tiupan angin timur laut yang agak kencang yang berpunca dari tanah
besar China yang pada ketika ini sedang mengalami musim sejuk.
Selain itu, keadaan litupan awan yang kurang di seluruh Semenanjung Malaysia
sepanjang minggu ini turut membantu merendahkan suhu pada waktu malam dan awal
pagi.
Boleh baca selanjutnya [DI SINI]
Patutlah khenn. Masa balik umah mertua kat gombak last week pon memang terasa kesejukannya. Dah macam kat Genting plak rasanya. Dengan angin kuat. Tak payah buka kipas pon tak per.
Note: Kejap jer dah jumaat.
Salah satu perkara yang menjengkelkan bila berada di atas jalan raya. Kedekut nak bagi jalan even dah lama lampu signal berkelip².
Aku kan pengguna tegar Highway silk dan tol sungai ramal tu. Sejak laluan kontra di buka waktu pagi, kurang sket lah traffic jammed. Kalau tak...memang sesak nak mamps pepagi. Tapi masalah bila nak masuk lane laluan kontra tu nak kena beratur panjang. Ikut mood kekdahnya. Ada masa kena beratur ada masanya plak smooth jer.
Bayangkan lah aku dari tol cash. Nak kena pecut masuk lane kanan. Terpaksa lah potong barisan sebab keta dah beratur panjang lepas lane kanan tu. *faham tak? Buat² fahan jer lah*. Bukan suka suki nak motong tau.
Awal² lagi dah bagi signal. Tapi kan...pemandu kat malaysia ni memang kedekut *tak semualah*. Lagi aku cucuk nak masuk, lagi dia cucuk kedepan. Ya! allah...lain lah kalau aku tak bagi signal. Yang ko kedekut sangat apsal. Tak luak apa pon klo ko bagi jalan. Lama kekadang aku tunggu nak masuk barisan. Kalau dapat masuk memang aku angkat tangan kat orang yg bagi tu. Sebagai tanda terima kasih. Atas jalan raya pon kenalah berhemah kan.
Macam² cerita, macam² ragam dan macam² dugaan bila memandu nih. Sabar jer lah kan.
Note: Klo betul tol naik, terpaksa lah cari jalan lain.
Nampak tak...Nama dan nombor HP aku. Ini lah yang buat kepala aku serabut 2 hari ni. Senin haritu dapat call dari sorang lelaki yang aku tak kenal. Dia tanya aku ada letak no HP ker dalam Twittter. Pastu dia print screen untuk bagi pencerahan apa yang berlaku. Apa² pon terima kasih kat mamat ni sebab inform aku.
Terkejut...hati dah berdebar²...darah dah naik kepala...rasa nak nangis dan macam² perasaan lagi. Siapa punya kerja ni? Aku tak pernah letak no HP kat laman sosial. Aku tak tau dari mana dia dapat no HP ni? Memang kurang ajar betul lah kan. Ko nak buat kerja haram, pastu letak no HP aku.
Aku tak tau apa motif dia. Setahu aku yang hidup 34 tahun ni...aku tak der musuh. Aku bukan kaki CLUBBING, kaki SMOKING dan LIGAT dari zaman remaja sampailah dah kahwin ni. Sepanjang aku hidup ni, aku tak der hubungan dengan LELAKI LAIN, BOYFRIEND ORANG atau pon SUAMI ORANG.
Di sebabkan orang yang tak bertanggungjawab ni lah aku dah terima 4 call dan 1 whatsApp sampai aku seriau nak angkat HP. Memang keji lah kau @CikaroBaek. Apsal ko private kan acc twittter ko tu? Takut?
Buat Gadis Sepi @CikaroBaek...Aku tak tau apa motif/tujuan kau. Bertaubatlah. Tak baik aniaya orang. Buat jahat dibalas jahat. Hanya allah yang dapat membalasnya. Semoga kau diberi hidayah.
Note: Try buat report kat SKMM, tapi nak kena bagi link twitter lah plak. Masalahnya dia dah private kan tweeter dia.