INILAH BARISAN KITA
YANG IKHLAS BERJUANG
SIAP SEDIA BERKORBAN
UNTUK IBU PERTIWI
SEBELUM KITA BERJAYA
JANGAN HARAP KAMI PULANG
INILAH SUMPAH PENDEKAR KITA MENUJU
MENUJU MEDAN BAKTI
ANDAI KATA KAMI GUGUR SEMUA
TABURLAH BUNGA DI ATAS PUSARA
KAMI MOHON DOA
MALAYSIA BERJAYA
SEMBOYAN TELAH BERBUNYI MENUJU MEDAN BAKTI
Sedih bila dengar lagi ni. Berkumandang kat radio HOT FM. Turut sama menyanyi. Semacam satu semangat. Rasa sangat sedih dengan situasi yang berlaku di LAHAD DATU, SABAH saat ini. Kita bergelak ketawa, bersuka ria, tapi mereka disana...berperang dengan perasaan takut.
Selamat berjuang buat para perwira negara. Semoga Lahad Datu, Sabah kembali aman seperti sedia kala. Dan semoga pencerobohan ini segera berakhir. Kita tak nak lebih ramai isteri² yang bakal menjadi balu dan anak² yang bakal menjadi yatim piatu. Sangat² sedih bila melihat anak² perwira negara kita yang terkorban terpaksa menerima hakikat kehilangan tempat bergantung kerana memperjuangkan negara tercinta. Yang lebih sedih sebab mereka masih kecil. Hilang tempat bermanja.
Note: Masih tercari-cari punca sebenar pencerobohan. Macam² versi cerita. Tak tahu mana satu yang betul² sahih.