Nasi Kerabu yang sangat sedap. Bukan Nasi Kerabu jer yang sedap, Nasi Dagang pon sedap juga. Pendek kata semua lauk pauk dia sedap² lah. Even aku bukan asal dari Pantai Timur, tapi aku suka masakan dari pantai timur. Laksam salah satu makanan yang paling aku suka. Alahaiiiii...dah lama tak pekena Laksam.
Ni nak citer pasal Nasi Kerabu dan Nasi Dagang sedap. Kalau ada pasar malam, mesti tak sah kalau tak beli. Gerai ni ada kat pasar malam Khamis kat Seksyen 7, Bangi. Tapi kan, kalau ko nak membeli nasi ni, kena ada tahap kesabaran yang tinggi. Sebabnya kena beratur panjang. Setiap kali aku nak membeli, tak sah kalau tak ramai orang. Rasa macam tak sanggup nak menunggu lama. Tapi disebabkan kesedapan nasi kerabu nih, beratur panjang pon mak sanggup nok. Lautan api sanggup ku redah katakan...hehehe...Yang bestnya, muka abg nasi kerabu ni senyum jer even tak menang tangan melayan customer.
Selalunya aku tak amik daging bakar, tapi aku amik daging masak kicap kot. Tapi nak kata kicap, tak nampak plak kehitaman kicapnya. Ntah daging masak apa. Tapi memang sedap. Sambal pedas nak mamps dan sedap. Pastu budu kasi lebih. Sebab aku penggemar budu ^_^. Nasi Dagang pon sangatlah sedap, especially kuah kari ikan tongkol tu. Si Kimi klo makan memang dia hirup kuah tu. Menampakkan betapa sedapnya lah kan.
Kalau tengok pada banner, nama gerai ni 'Nasi Kerabu Seksyen 9, BBB'. Tak tau lah kalau dia ada buka kedai. Ada juga berniaga kat pasar malam lain. Tapi tak perasan plak kat area mana. Kalau orang² Bangi dan yang sewaktu dengannya nak merasa, bley lah datang kat pasar malam khamis kat seksyen 7 tu.
Note: Anak dara ku menunjukkan simptom² tak sihat. Dah mula batuk²...hurmmmm...