Memang sedap. Serious...super duper sedap. Kalau tak silap, sambal ni sangat terkenal kat Negeri Pahang sana. Betul ker? Kalau salah sila betul kan yer...ahaks...Aku kenal ngan sambal ni pon bila member office bawak. Dia suruh testing. Tak beli pon tak, cuma rasa. Tapi kalau nak, mak dia memang buat sambal ni. Memang member ni orang pahang. 1st time aku makan sambal belimbing hitam...hurmmmm...memang sedap. Belilah sebekas.
Pastu kan, soh lah hubby rasa. Dia pon kata sedap. Makan nasi panas ngan sambal ni pon jadi lah, berselera ko. Bertambah² nasinya. Kebetulan MERTUA datang rumah. Keluarkan lah sambal ni. Lagi sekali...SEDAPPPPPP. Alahaiiiii...rasa rugi plak beli sebekas. Apalagi kan, mak repeat order nok. Terus order 5 bekas. Agak lama gak lah tunggu. Siap hubby tanya 'bila nak dapat sambal ni'...hahaha...dah terjebak yer bang. So...semalam baru dapat. Penantian satu penyiksaan. CIs...tunggu sambal pon satu penyiksaan kan...hahaha...
Ko nampak tak. Ada 5 bekas disitu. Ni tamak ker gelojoh ni...muahahaha...Jangan salah faham yer. Ni nak bagi kat MAK dan MERTUA yer. Pastu hubby nak bawak sebekas. Spare dalam bag katanya. Jangan lupa nak makan sudah lah yer abang. Untuk bulan posa pon ok juga nih. Klo tak sempat nak masak sahur, makan ni jer lah. Haishhhh...bilalah nak ganti posa nih.
Ada yang terliur ker? Nak sebekas? Maaflah klo ada yang terliur yer. Harga sebekas RM5.00. Kalau nak...meh datang bangi ☺☺. Memang sedap. Tak rugi kalau beli.
Note: Rasa sakit plak tekak nih. Nak demam ker...haishhhh...
Owh...banyak nya comments awaiting moderation
Sebelum ni memang aku setting komen² akan terus masuk tanpa perlu ditapis. Tapi skang ni setting dah berunah kepada moderated komen.Antara sebabnya:
- Banyak sangat komen dari Anonymous yang ntah apa². Buat semak jer kan. Dan tak relevant langsung dengan entry. Jadinya...bila komen anon ni masuk, aku terus delete jer.
- Senang aku nak terjah kamu balik. Selalunya, sebelum aku published komen, aku akan terjah kamu dulu dan tinggalkan jejak. Sebagai tanda penghargaan kerana sudi komen kat blog aku nih. Komunikasi dua hala katakan. Ko komen blog aku, aku komen blog ko. Kalau ko tak komen, aku pon tak komen gak...hahaha...bley gitu? Tapi aku tak macam tu tau. AKu kan rajin komen. Tapi tu lah, bila aku rajin komen kat blog si polan tu, si polan tu tak pernah langsung nak tinggalkan jejak kat blog aku. Tak tau lah kenapa. Blog orang lain ok plak dia komen. Iyer lah, blog aku kan buruk, citer pon tak best agaknya. Mak terasa noks. Jadinya...sama ada aku jadi silent reader atau aku tak terjah blog dia lagi. Sudah cukup..cukup sudap...ahaks...
Itu lah antara sebabnya. Terima Kasih banyak² dekat kamu semua yang tak jemu² bertandang kat rumah kedua aku nih dan tinggalkan jejak. Seronok baca komen² dari kamu semua. Walaupon entry aku tu kekadang ntah apa² jer kan. Sayang kamu ketat² ☺☺☺
Note: This week internet connection ada masalah kot, so...lambat sket lah nak approved komen² tu...haishhhhh...Nak up entry ni pon amik masa...huhuhu...
Entry pagi ni dimulakan dengan IntanBerlian Mega Giveaway 2013. Sebagai
sokongan kepada rakan bloger ☺☺. Smoga adalah rezeki hendaknya...in shaa
allah...
Syarat² pon senang dan simple sangat. Antaranya letak banner GA nih dan
letak link yang sponsor hadiah untuk GA Intan Berlian Mega Giveaway 2013.
Ok...ni link nya yer ina:
- Jubah Muslimah Moden & Gorgeous Dresses
- Awanazstyle Muslimah Shop
- House Of Pines
- Scarf Sweethoney
- Celesta Hijab
- Lalin Closet
- My Online Boutique For You
- The Bag Galore
- Rinieescorner
- Coklatmanis2u
Dah siap. Senang jer kan. Apalagi...jom join beramai² ☺☺. Hadiah pon menarik.
Note: Hati masih panas, bukan sebab sakit gigi tapi sebab internet masih belum sembuh lagi. Nak buat entry pon amik masa. Hanggggggg...jer dari semalam...haishhhhh...hilang mood nak berblog.
Hati panas...panas hati...haishhhhh...geram betul. Petang baru nak up entry. Bukan apa, line tenet problem kot. Ker blogspot yang problem? Dari pagi nak buat entry tapi tak lepas²...hangggggggg...memanjang. Kat dashboard pon sama gak. Tak bley nak view bloglist...adoiiiiii...asyik nak kena refresh banyak kali. Pitam mak noks.
Sorry lah sayang² suma. Ada blog yang aku tak bley nak tinggalkan jejak. Kotak komen tak memberi kerjasama. Bley fengsan nak tunggu loading yang memanjang tu. Mana yang lepas tu, ok lah. Yang tak lepas tu...minta maaf jer lah. Nanti mak terjah yer noks.
Hari ni aku masih lagi bertahan. Bertahan degan sakit gigi. Haiiiii...tak habis² lagi pasal kisah sakit gigi kau tu yer fiza. meluat agaknya korang nak baca kan...gasaklah...hahaha...Tabahnya kau mak jemah. Jangan tak tau. Hari sabtu gi klinik petang. Klinik pertama dah tutup. Gi klinik kedua, dah tak amik patient lagi sebab nak tutup. Patient yang datang tu pon last minute gak. Cis...aku terlambat.
Kenapa gi petang? Sebabnya somi aku tu ada class. Every weekend dia ada kelas. Takkan aku nak gi klinik dengan anak². Sapa yang nak tengokkan dorang? Takkan nak soh Gadis jaga kaunter klinik tu kot. Nak tak nak, terpaksalah tunggu somi tercinta balik gak. Tapi tu lah, nan hado rejekinya nak cabut gigi nih ha. Treatment tak dapat, tapi dapat ubat. Aku gi amik ubat jer. Sebab tak menahan sakit gigi nih,
Perhatian...nasib dentist tu tanya sama ada aku pregnant atau breastfeed baby. Sebabnya kan, PONSTAN tak sesuai untuk ibu mengandung dan menyusukan ibu yer sayang² suma. Sebab ubat tu terlalu kuat. So...dentist bagi ubat antibiotik dan ubat tahan sakit. Skang ni aku bergantung pada ubat selain dari doa nabi yunus tu. Harap maklum. Bila nak gi dentist? Esok kot...in shaa allah. Kalo aku ada up entry, makna nya aku tak gi dentist lah yer...hahaha...
Note: Sakit gigi buat hati pon cepat sakit...APTB...