Melayan perasaan di pagi hari. Tak tau lah kenapa...tetiba perasaan sedih meresap secara tiba² dalam diri ini. Sambil taip, sambil dengar lagu OPICK...Ya! Allah, bertambah sedih jadinya. Jangan bersedih wahai Fiza, ALLAH kan ada. Kata² semangat buat diri sendiri.
sekiranya engkau beriman kepada Allah SWT,
percaya kepada ketentuan qada’ dan qadarnya –
hikmah tersembunyi.
Jangalah bersedih wahai
jiwa yang tenang, kerana
bersangatan sedih itu
membuatkan dirimu
dinodai Syaitan.
Janganlah bersedih wahai
jiwa yang lara, kerana
bersama engkau ialah
Allah Yang Maha
Mendengar rintihan
hamba-hambanya.
“Allah melapangkan bagimu supaya
engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu
supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau
dari keduanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain
Allah.”
SEMAKIN Allah sayang kepada seseorang hambanya,
SEMAKIN kuat ujian buatnya...
SEMAKIN kuat ujian buatnya...
Kadang-kadang, ALLAH sengaja
menghadirkan seseorang untuk membuat kita JATUH dan PUTUS ASA kerana DIA
mahu kamu BELAJAR untuk berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain
selain dariNYA..
Kebahagiaan itu umpama mengutip
serpihan kaca yg pecah.. Ada yg berjaya mengutip dgn banyak dan ada yg
sedikit.. TETAPI!! tiada seorang pun yg berjaya mengutip kesemuanya..
manakala semasa mengutip, pasti ada yg akan terluka.. Kuatkan hati..
Walau apa pun terjadi, mesti redah.. biarpun susah, biarpun payah kerana kita ada ALLAH.. Cukuplah ALLAH bagi kita.. ALLAH sebaik2 pemelihara.. ALLAH sebaik2 penjaga.. ALLAH is first and foremost!
Bila engkau letih dan hilang semangat, allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka, Allah telah mengira titis air matamu
Bila engkau rasa tenggelam dan masa meniggalkanmu, Allah tetap bersamamu
Allah tetap bersamamu bila engkau kebuntuan akal, maka Allah adalah penunjuk jalan
Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah
Allah akan berterusan memberikan ujian sehinggalah pada satu masa,
hamba-Nya itu takkan dapat minta pertolongan pun daripada manusia. Dan
semua manusia takkan dapat menolong dia pun. Sehinggalah hamba-Nya itu
akan hanya berpaling dan meminta pertolongan dari Dia sahaja.
Note: Buat orang² yang diuji, ambillah masa untuk bersunyi-sunyi dengan Allah. Peringatan buat diri sendiri dan juga kamu semua...Ketahuilah, mereka yang bahagia atas penderitaan orang lain tak kan pernah bahagia selama-lamanya. What goes around comes around. Remember? It's the price you have to pay for it. Harga sebuah kebahagiaan tak kan pernah mampu di beli dengan melukakan hari orang lain.