Lindungi Mata Anak-Anak Dari Cahaya Biru Pada Skrin Gajet Semasa PDPR Dengan Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia
Gadjet Wednesday, August 04, 2021Lindungi Mata Anak-Anak Dari Cahaya Biru Pada Skrin Gajet Semasa PDPR Dengan Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia | Sejak pendemik yang tak tahu bila nak berakhir, anak-anak dan gejet jadi berpisah tiada disebabkan sekolah masih lagi ditutup. Untuk meneruskan persekolahan, perlaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran Di Rumah (PDPR) adalah medium terbaik untuk anak-anak terus mendapat Pendidikan. Kesian juga dekat anak-anak sebab belajar secara bersemuka tidak sama dengan belajar secara atas talian. Dengan talian internet yang ada masanya lancar dan ada masa line jadi putus-putus.
Memandang kan anak-anak saya yang PDPR pon seramai empat orang, memang saya dan suami ada dalam perancangan untuk membeli sebuah lagi monitor untuk keselesaan anak-anak semasa belajar. Mana tak nya, bila kelas anak-anak berlangsung serentak, ada yang kena mengalah dan terpaksa menggunakan telefon bimbit. Mana nak puas kan dengan skrin yang kecik.
Bila membuat tinjauan, saya tertarik dengan Stylish Monitor with Eye-Care Technology dari BenQ Malaysia sebab ianya mempunyai ciri-ciri dalam perlindungan mata dari sinaran cahaya biru pada skrin gajet. Rasanya ada lagi ibu bapa yang tak sedar yang cahaya biru dari skrin gajet adalah bahaya dan boleh mendatang kan risiko pada mata bila banyak masa anak terdedah dengan skrin.
Apa Yang Dimaksudkan Dengan Cahaya Biru Pada Skrin?
Keistimewaan Yang Terdapat Pada Stylish Monitor Eye-Care Technology GW2780T Series
1) Low Blue Light Technology / Teknologi Cahaya Biru Rendah
- Teknologi Cahaya Biru Rendah untuk menghilangkan cahaya biru (420 ~ 480nm)
- Teknologi Ringan Biru Rendah menyaring sinaran berbahaya (420 ~ 455nm) untuk mengurangkan kerosakan sambil mengekalkan kualiti gambar tanpa peralihan warna menjadi warna kuning.
Kalau anda nak tahu, cahaya
terbahagi kepada cahaya yang dapat dilihat (420nm ~ 780nm) dan cahaya yang
tidak dapat dilihat (cahaya inframerah> 780nm atau cahaya ultraviolet
<420 nm). Memandang kan kita hidup dalam dunia teknologi yang banyak
menghadap skrin gajet, ia nya membuatkan kita banyak terdedah dengan cahaya
biru dan sangat berbahaya bagi mata kerana cahaya yang memasuki retina boleh
menyebabkan kerosakan pada mata.