Penantian itu satu penyiksaan kan. Alhamdulillah… Buat pertama kali nya income pengiklanan dari Google Adsense membuah kan hasil selepas hampir setahun… Perghhh… satu tempoh yang bukan sekejap yer. Bak kata pepatah… Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Banyak dugaan sebenarnya masa nak register account Google AdSense ni. Antaranya tak lulus lah. Bila dah lulus, earnings pon bermula. Tapi tak banyak. Lepas tukar domain, iklan pula tak keluar. Jadi progress earnings tergantung sepi.
Pic source: Google
Memang fed up juga lah. Berkat pertolongan seorang rakan blogger, akhirnya keluar juga iklan nya. Kalau tak silap, start bulan June dah ada balik earning yang dah lama terhenti sebab iklan tak kluar tu dan earnings tu jadi consistent setiap bulan. Dari monthly dapat $1 lebih, makin lama makin naik jadi $10 lebih. Paling tinggi dalam sebulan tu dapat lah $23.22. Memang teruja betul lah. Sampai lah cukup amount melebihi $100, baru lah kita cash out.
3 Cara cash out income dari Google AdSense
Ada 3 cara yang boleh korang pakai untuk cash out income dari Google AdSense ni. Iaitu:
Pic source: Google
- Cheque - Di mana korang akan terima cheque dalam masa 2-3 minggu atau pon lebih.
- Western Union - Merupakan perkhidmatan yang menguruskan penghantaran kiriman duit dan juga menerima duit dari luar negara. Korang boleh pergi dekat bank-bank yang menyediakan perkhidmatan Western Union atau korang boleh pergi sendiri dekat cawangan Western Union yang terdekat.
- Wire Transfer – Duit akan terus di masuk kan ke dalam account bank dalam masa 3 hari bekerja melalui Wire Transfer ni. Ia merupakan kaedah yang cepat, mudah dan selamat untuk menerima pembayaran.
Sebab tu penting nya korang masuk kan payment method dekat bahagian Payments GA tu dengan betul. Macam saya ni, mungkin pembayaran tak berjaya di buat sebab salah isi info. Terus payment jadi unsuccessful. Try kali kedua baru berjaya. Tapi tak pasti macma mana boleh dapat cheque sebab dah set Wire Transfer… huhu… Punya lah menunggu duit masuk. Asal check account, nan hado. Dekat sebulan menunggu. Finally… Jumaat last week cheque sampai. Baru tenrungkai kenapa payment Google AdSense tak masuk lagi. Iyer lah... Tak ada notification pon diorang akan hantar cheque.
1st time dapat cheque dari luar negara. Dah 1 hal pula nak kena pergi bank. Kalau boleh masukkan dalam mesih cheque tu ok juga. Ini kau kena pergi kaunter bank. Tak boleh masuk kan dalam mesin cheque tu sebab cheque dari oversea. Tapi tak susah pon dan prosesnya pon sekejap jer. Pergi saja bank dan tanya dekat kaunter macam mana nak cash in kan cheque dari oversea ni.
Nanti diorang akan bagi borang Deposit/Placement/Credit/Payment untuk di isi. Tak banyak pon detail nak kena isi. Cuma nama, nombor account bank dan juga amount. Dekat bahagian RM tu korang tukar kan kepada USD. Tunggu nombor giliran sehingga di panggil. Masa dekat kaunter pon tak lama. Diorang akan bagi form untuk korang isi income tu dari mana sahaja. Dah selesai. Proses untuk duit masuk dalam account akan mengambil masa dalam 3 minggu atau lebih... huhuhu... Ini untuk Maybank. Kalau bank lain saya tak pasti berapa lama masa di ambil. Jadinya… Kita tunggu lah duit masuk minggu depan yer.
Leceh sebenarnya kalau pakai cheque ni. Dah lah nak menunggu cheque bukan main lama lagi. Nak tunggu duit masuk after clear kan cheque pon ambil masa. Lagi senang Wire Transfer. Kena tunggu lagi 5 ke 8 bulan lagi baru boleh cash out income kedua dari Google AdSense… hehehe… Kena rajin update blog kalau nak dapatkan earnings yang consistent every month. Hopefully lepas ni terus masuk Wire Transfer.
Note: Banyak sebenarnya platform untuk tambah side income ni. Salah satu nya dengan blog lah ☺