Membantu Masalah Dalaman Wanita Dengan Mama Sutra | Bila jadi ibu yang berkerjaya ni kan, kita memang memerlukan tenaga yang lebih dan luar biasa lah. Berserta dengan kepantasan masa membuat kerja. Mana tidaknya.. Pagi-pagi nak kena bangun sediakan keperluan anak-anak nak bersekolah. Nak buat sarapan lagi. Dengan nak uruskan anak kecik. Phewwww… Memang mencabar. Tapi seronok sebenarnya sebab ada macam-macam ragam anak-anak yang kita boleh tengok.
Letih?? Tipu lah kalau saya cakap tak letih kan. Dengan hadap kesesakan jalan semasa pergi dan balik kerja lagi. Nak ambil anak-anak dari sekolah dan nursery yang pit stop nya ada 3. Maknanya 3 tempat saya kena pergi. Mau tak letih. Balik kerja pulak nak kena uruskan rumahtangga seperti memasak, basuh baju, sidai baju dan macam-macam lagi lah. Inilah rutin harian saya setiap hari. Tu baru hari biasa. Kalau weekend? Lagi lah bertambah kerjanya.
Membantu Masalah Dalaman Wanita Dengan Mama Sutra
Tapi kan… Dua tiga hari ni saya perasan yang badan ni rasa lain lah. Rasa macam lebih segar dan bertenaga daripada biasa. Naik turun tangga pon tak ada lah rasa mengah sangat walaupon dukung anak yang umur 2 tahun tu. Kalau buat kerja rumah pon, rasa macam bertenaga je. Tak ada pulak rasa letih… Hurmmmm… Memang best lah rasanya. Sebelum ni jangan cakap lah. Naik tangga nak menuju ke tingkat 2 tu pon dah rasa mengah. Sebab rumah tingkat 2 kan. Dengan dukung anak dan bawak barang lagi.
Memang terasa lah keletihan tu. Nak buat kerja rumah pon rasa malas dan lesu saja. Kalau tengok muka pon boleh tau muka letih dan lesu. Bila umur dah makin meningkat ni, badan pon nak kena jaga juga kan. Bukan luaran saja yang kena jaga. Dalaman pon sama juga sebab nak pakai lama kan. Bila fikir-fikir balik.. Owhhh... Baru teringat yang saya ada minum Mama Sutra selepas diperkenalkan oleh seorang kawan. Patut lah badan ni rasa ringan dan bertenaga. Bukan itu saja tau, bau badan pon macam dah makin berkurang.
Apa Kelebihan Mama Sutra?
Bila cari-cari info fasal Mama Sutra, banyak rupanya khasiat dan kelebihan yang terdapat didalam sebotol Mama Sutra ni. Antaraya:
• Membantu merawat masalah keputihan dan haid yang tidak teratur.
• Membantu merawat masalah vagina berbau.
• Membantu mengetatkan faraj.
• Membantu merawat masalah lelehan yang banyak pada faraj.
• Membantu melambatkan proses monopous.
• Membantu mengurangkan masalah sengugut.
• Membantu membuang angin dalam badan.
• Membantu menghilangkan bau badan.
• Memberi tenaga dalaman wanita.
• Membantu merawat masalah dalaman dan memudahkan untuk mendapat zuriat.
Kandungan Di dalam Mama Sutra
Nampak tak? Antara kandungan yang terdapat di dalam Mama Sutera. Tak perlu risau sebab semua bahan-bahan nya dari semulajadi. Statusnya pon adalah Halal yer.
Cara Pengambilan Mama Sutra
Tak boleh main bedal saja tau. Ada sukatan pengambilan nya juga. Sehari hanya perlu makan 2 kali sahaja. Amalkan 1 sudu pada waktu pagi sebelum bersarapan. Dan 1 sudu pada waktu malam sebelum tidur. Apa rasa Mama Sutera ni? Ok... Honestly rasanya sedap. Ada rasa masam-masam manis. Rasa macam tak cukup 1 sudu lah. Nak bersudu-sudu dibuatnya.. haha...
Tapi korang kena ingat yer, pengambilan apa-apa minuman kesihatan atau supplement sekali pon, air kena minum secukupnya tau. Lagi satu, memandangkan dalam kandungan Mama Sutra ni terdapat madu, jadinya memakai sudu plastik adalah lebih baik instead of pakai sudu besi. Ingat tau. Packaging nya pon comel dan mudah untuk dibawa kemana-mana.
Teringin nak mencuba Mama Sutera? Korang boleh dapatkan Mama Sutra dengan Harga RM40.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM45.00 (Sabah & Sarawak) untuk 250ml. Berpatutan kan harganya. kalau nak tahu maklumat lanjut, boleh layari:
Facebook Page : www.facebook.com/MamaSutraHQ
Instagram : www.instagram.com/mamasutrahq
Telefon : 014-711 6101
.
Oh! Ya... Kalau korang dah mencuba Mama Sutra dan berminat untuk menambah pendapatan sampingan, boleh lah mendaftar sebagai agent. Pendaftaran adalah percuma. Jangan lepaskan peluang ini.