Tutorial Bergambar Cara Buat Highlight Cover Untuk Instagram Insta Story
Info Tuesday, August 21, 2018
Tutorial Cara Buat Highlight Cover Untuk Instagram Insta
Story | Bila tengok orang lain punya Highlight Cover Untuk Instagram Insta Story semua nya cantik-cantik. Kita punya highlight cover gambar apa yang kita upload dekat insta story tu saja lah. Tetanya-tanya juga macam mana diorang buat bagi nampak cantik dan cute macam tu sebab kita pon nak buat buat macam tu jugak. Teringin juga nak cantikkan Highlight Cover Untuk Instagram Insta Story. Nampak kemas sikit dan kalau PR tengok pon rasa yakin nak hire job dekat kita kan… kahkahkah… Perasan saja lah. Follower pon sendu jer. Ok… Kembali kepada tajuk.
Kita pon cuba lah try buat sendiri. Punya lah beriya cari background yang cantik-cantik. Tapi bila buat… hurmmm… Kenapa tak cantik macam orang lain punya ni. Rasa tak puas hati betul lah. Bila try adjust, tak centre pulak gambar dengan background. Senang cakap senget benget lah. Kita pon usaha lah cari tutorial. Jumpa lah Tutorial Cara Buat Highlight Cover Untuk Instagram Insta Story yang simple dan senang saja nak buat rupanya. Kalau korang nak cuba, ikut steps ni:
Tutorial Cara Buat Highlight Cover Untuk Instagram Insta Story
1. Korang kena download PhotoLayers apps ni dulu. Sesuai untuk pengguna iPhone and Android.
2. Lepas dah download, sila lah pilih background yang diminati dekat google tu. Nak background palin? Bunga-bunga? Belang-belang? Ikut suka hati lah. Yang pasti, korang kena pilih background yang menegak.
3. Lepas dah pilih background idaman kalbu, sila lah save
4. Buka PhotoLayers app dan pilih background yang dah di save tadi. Klik 'done'. Akan keluar background macam dalam gambar ni. Lepas tu klik dekat 'Add Photo'
5. Jangan cari background saja. Cari juga gambar yang nak letak dalam Cover untuk Instagram Insta Story. Kalau boleh, icon yang nak dicari tu cari yang PNG sebab icon PNG ni background dia clear/transparent. Contoh seperti gambar di atas.. Search 'beauty icon png'.. Ni cover untuk 'Beauty'. Tak ada apa-apa background color kan. Add photo tu, klik 'done'. Dan 'save'. Gambar tu memang automatic terletak dekat center. Tak perlu adjust lagi. Kecuali kalau korang nak besarkan gambar tu.
6. Kalau ada icon yang korang minat tapi ada background color macam dalam gambar di atas ni, tak perlu risau. Background putih tu boleh di buang. Buat macam step nombor 4 atas tu. Lepas tu pergi dekat bahagian bawah, klik dekat 'cut' tu.
7. Lagi mudah sebab korang tak perlu buat secara manual. pilih 'auto' dan korang letak gambar bulatan seperti dalam gambar di atas pada background putih tadi. Automatic background putih tu hilang.
8. Dia akan jadi macam ni. Klik je 'done'. Nampak tak... Background putih tu dah tak ada kan. Magic betul... hehehe... Lepas tu sila lah 'save' gambar tu.
Masa mula-mula download PhotoLayer apps ni memang tak berapa nak reti buang background macam tu sebab ada icon yang kita minat ada background. Tapi try and error. Tapi bila buat asyik lah tak jadi. Kita ni biasa lah, selagi benda tu tak jadi selagi tu lah rasa tak puas hati. Cuba jugak and cari balik video Tutorial Cara Buat Highlight Cover Untuk Instagram Insta Story ni. Akhirnya menjadi jugak. Tak ada masalah dah nak buat kalau ada background sebab boleh buang.
Sekarang ni bila dah pandai buat bila-bila masa boleh tukar Highlight Cover yang baru kan. Masa nak buat pon jadi cepat sebab dah pandai. Tak macam sebelum ni... Terkial-kial dibuatnya. Korang kalau teringin nak buat Highlight Cover Untuk Instagram Insta Story boleh lah ikut steps ni. Sama-sama kita cantikan highlight cover. Baru lah Instagram kita nampak kemas, cantik dan tersusun kan.
Note: Selamat mencuba ☺