Flower Chimp | Menawarkan Perkhidmatan Penghantaran Bunga Ke Seluruh Negara
Info Friday, August 17, 2018
Flower Chimp | Menawarkan Perkhidmatan Penghantaran Bunga Ke Seluruh Negara | Bunga… Siapa yang tak suka kalau terima kejutan berbentuk sejambak bunga kan. Perempuan dan Bunga memang sinonim. Kalau sebelum ni kita kena pergi kedai bunga kalau nak beli bunga. Tapi sekarang ni semuanya di hujung jari sahaja. Pilih jambangan bunga pilihan untuk orang yang tersayang. Dan serahkan sahaja kepada perkhidmatan penghantaran bunga. Mudah kan.
Flower Chimp | Menawarkan Perkhidmatan Penghantaran Bunga Ke Seluruh Negara
Kalau anda nak tahu, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran bunga keseluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak. Memang meluas betul rangkaian perkhidmatan yang disediakan sehingga menjadi pilihan utama pelanggan. Selain daripada itu, pelanggan juga dapat menikmati penjimatan dimana semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima akan mendapat penghantaran secara percuma.
Yang paling menarik, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka. Terdapat pelbagai pilihan jambangan bunga yang boleh dipilih. Antaranya jambangan sempena Hari Lahir, sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu. Harga yang ditawarkan oleh Flower Chimp untuk jambangan bunga juga amat berpatutan dari harga serendah RM89.00 sahaja. Memang berbaloi lah kalau beli.
Anniversary
Best nya kalau dapat ni ☺
Walaupon baru beroperasi dalam tempoh kurang dari dua tahun, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terlemuka dan menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Selain daripada itu, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG) dan mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian Flower Chimp di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019. Wowwww!!!
Mengenai Flower Chimp
Flower Chimp diasaskan oleh dua usahawan dari Jerman iaitu Lotz dan rakan kongsinya Niklas Frassa yang juga Pegawai Operasi. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga-bungaan. Dalam masa yang sama, mereka membuat kajian ke atas pasaran semasa dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan serta untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina. Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, Flower Chimp mahu mengukuhkan penjenamaan dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan.
Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain. Untuk maklumat lanjut tentang Flower Chimp, boleh layari:
layari www.flowerchimp.com. Sila hubungi Jabatan Pehubungan Awak kami menerusi emel: pr@flowerchimp.com atau telefon bimbit: +6013-886 9948 untuk sebarang pertanyaan berkaitan media.
Flower Chimp di Malaysia
Website: https://www.flowerchimp.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp
Call: 0364117235 / 01151164939