Bila Tetamu Tak Diundang Datang Menumpang | Tajuk macam seram saja kan. Tetamu tak diundang mana pulak lah yang datang menumpang tu yer. Selalunya kalau ada tetamu yang datang bertandang ke rumah kita tu bawa rezeki kan. Tapi yang datang ni bukan tetamu yang seram tu. Tapi tetamu yang comel lagi berbulu. Siapa lagi kalau bukan Kucing. Bukan setakat datang saja-saja. Siap tumpang beranak dalam kotak yang ada kat rumah tu. Dalam banyak-banayk rumah dan tempat, rumah ku syurga ku juga yang dia pilih.
Bila Tetamu Tak Diundang Datang Menumpang
Actually dekat luar rumah tu memang ada kotak. Kotak astro memang nak buang. Tapi tak terbuang sampai lah pagi rabu atau khamis 2 minggu lepas tiba-tiba ada terdengar bunyi anak kucing. Memang sah lah ni ada kucing tumpang beranak dalam tu. Bila tinjau memang iyer… Ada 4 ekor anak kucing. Comel-comel pulak tu. Yang hairannya… grill kat rumah tu dah pasang jaring. Tinggi juga lah jaring nya. Tapi boleh dia panjat. Mungkin dah terdesak sangat cari tempat nak beranak kot.. hehe..
Masa mula-mula tu, tak terfikir pon nak bagi kucing ni makan. Teruk kan. Maklumlah… Kucing pon datang tiba-tiba. Tu yang blur sikit. Dah beberapa hari baru lah terhegeh-hegeh nak bagi kucing tu makan. Kesian tengok kucing tu. Dah lah anak dia menyusu. Memang cepat lapar lah kan. Macam kita susukan anak jugak. Kan cepat lapar… hehehe… Masa bagi makan tu, kucing tu tak makan kalau kita ada kat situ. Jadinya… Letak saja makanan dekat luar kotak tu. Makan lah dia. Rasa terharu pulak tengok pinggan tu licin. Tak ada sebutir nasi pon yang tinggal. Lapar betul dia.
Tetamu yang menumpang teduh ☺
Kucing ni memang garang. Tinjau dia dengan anak-anak dia dalam kotak pon dia marah. Macam nak terkam kita lah dibuatnya. Dalam pantang kot. Tu yang garang semacam. Memang sentiasa je dengan anak-anak dia. Tak tahu lah bila masa dia keluar. Kesian jugak tengok kucing dengan anak-anak dia duduk dalam kotak astro tu sebab sempit. Jadinya… kita pon cari lah kotak yang selesa sikit. Tapi tu lah, nak kena tunggu kucing tu tak ada baru boleh transfer anak-anak dia dalam kotak lain. Masalahnya… Mak dia sentiasa ada.
Asal tinjau, dia ada. Tengah malam tinjau lagi… Still mak kucing tu ada. Hubs cakap, kita transfer waktu pagi. Memang pagi-pagi dalam pukul 6 tu kebetulan mak kucing tak ada. Apa lagi… Cepat-cepat lah angkat anak kucing tu sebelum mak dia balik. Selesa lah sikit duduk dalam kotak yang baru tu. Nak kata kucing jalanan, bulu kucing ni bersih. Ada juga tanya dalam WA group kot ada siapa-siapa punya kucing kan. Tapi tak ada yang reply…. Hurrmmmm…
Rutin harian kita sekarang ni selain bagi anak-anak makan, kita kena bagi kucing makan jugak.. hehehe… Sebelum pergi kerja bagi kucing makan dulu. Alaaa… Gaul nasi dengan ikan jer. Sambil gaul sambil masuk dalam mulut sendiri sikit. Tindakan spontan gittew… kahkah… Malam sebelum tidur, bagi makan lagi. Kalau tak sempat, sehari sekali jer bagi makan. Ingat nak try bagi makanan kucing. Kalau tak sempat gaul nasi dengan ikan, bagi jer makanan kucing yang dalam pack tu kan.
Bila dah selalu bagi makan, kucing ni jadi tak garang dah. Tak ada nak menerkam kalau kita tengok dia dengan anak-anak dia. Dah boleh lah kalau nak belai-belai. Husband try dulu. Usap-usap kepala dia. Bukan main gedik lagi tau. Dan sekarang ni kita dengan huband pon jadi selalu bercakap dengan kucing. Siap pesan kalau nak membuang pergi turun bawah.. hahaha… Kita pulak sebelum pergi kerja siap bye bye kucing dengan pesanan tolong tengok-tengok kan rumah… kahkah…
Mentido jer ☺
Anak-anak dia comel tau. Geram jer nengok. Tak tahu lah apa status kucing ni. Nak bela ker atau biar dia menumpang saja dekat rumah tu. So far tak pernah lagi kucing tu berak merata. Kalau duduk rumah landed, ok lah nak bela. Ni duduk apartment macam susah sikit… hurmmm… Tapi kesian pulak tengok kucing dengan anak-anak dia tu.
Kelebihan Membela Kucing Dan Memberi Kucing Makan
Bagus kalau kita bela kucing dan bagi kucing makan ni kan. Kenapa tiba-tiba kucing ni datang? Kenapa tak datang dekat orang lain? Mungkin ini sebabnya:
- Mungkin… Allah sedang bagi tahu. Makanan kita hak kita itu. Bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu.Sebab itu ia datang pada kita.
- Mungkin… Allah sedang bagi tahu. Apabila kita memberi makanan. Kepada kucing itu. Rezeki lain akan Allah ganti. Yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu. Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu. Bagi lebih dari itu.
- Mungkin… Allah sedang bagi tahu. Apabila kita tak memberi makanan. Kepada kucing itu. Sebenarnya kita. Sedang menolak rezeki baru. Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas. Bukan hanya pada wang. Tapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi. Berilah pada haiwan. Kerana haiwan tak pandai Ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.
Begitu lah kisahnya. Jangan kita merungut pulak bila rasa tak masuk pon rezeki bila dah bela kucing or bagi kucing makan. Sebenarnya rezeki pon datang dalam pelbagai bentuk kan. Sama ada dari segi kewangan atau kesihatan, itu pon rezeki. Dipermudahkan urusan seharian pon rezeki juga. Janji kita bela dan bagi makan dengan ikhlas tanpa mengharap balasan. Cerita pasal kucing pon dah panjang kan... hahaha…
Note: Nak kena bagi nama dekat kucing-kucing ni.