Merawat Batuk Dan Selsema Bayi Dengan NARINAR FLUtherapy | Menjadi seorang ibu ni bukan sesuatu yang mudah ye. Banyak cabaran dan dugaan dalam membesarkan anak. Terutama sekali penjagaan untuk anak dalam fasa yang berumur sebulan hingga 2 tahun dimana antibody mereka belum cukup kuat untuk melawan penyakit. Tambah membimbangkan dalam tempoh tumbesaran tu, anak diserang demam, selsema dan batuk. Pemberian ubat adalah tidak sesuai untuk umur dibawah 2 tahun. Jadi… untuk mencari alternative, ada juga rawatan tanpa menggunakan ubat untuk Merawat Batuk Dan Selsema Bayi Dengan NARINAR FLUtherapy.
Bila bercerita mengenai batuk dan selsema ni kan, teringat peristiwa masa Iman Harraz berusia 4 bulan. Beliau diserang dengan bronco pneumonia sehigga dimasukkan ke ward hampir seminggu. Satu pengalaman yang agak ngeri juga lah bagi aku. Sebab tu bila Harraz start batuk dan selsema aku mula risau. Takut kejadian lama berulang kembali. Kalau anak korang ada selsema atau batuk ni, korang boleh cuba petua hilangkan batuk dan selsema denga Narinar Flutherapy. Mari aku kongsikan apa yang best dengan Narinar Flutherapy ni.
Boleh baca: Pneumoni | Doakan Iman Harraz Cepat Sembuh
Boleh baca: Pneumoni | Doakan Iman Harraz Cepat Sembuh
Mengenai Narinar
Ianya diasaskan oleh Pn. Shazren Shah atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Erin yang juga merupakan pengarah Urusan Syarikat Narinar Group Sdn Bhd. Narinar ditubuhkan berdasarkan pengalaman yang dialami dimana anak Pn. Shazren sendiri yang menghidap sakit kronik. Bermula dari situ beliau menggunakan formulasi Narinar secara konsisten dan menjumpai solusi terbaik melalui pati tumbuhan dan bungaan yang digabungkan dengan Teknik terapi urutan atau sentuhan sehingga beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Aromaterapi.
Kelebihan Narinar Flutheraphy
Tak perlu risau. Poduk Narinar adalah 100% Natural dan Bebas Bahan Kimia kerana ianya diperbuat dari Pati tumbuh-tumbuhan dan bungaan segar. Ia juga selamat digunakan kerana sudah melalui tiga siri ujian penyelidikan bersama UPM juga Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) bagi memastikan tahap keselamatannya. Kelulusan KKM juga telah diperolehi dan terbukti selamat untuk digunakan oleh bayi, kanak-kanak dan orang dewasa. Terdapat 3 jenis produk yang dikeluarkan oleh Narinar iaitu:
- NARINAR FT FLUtherapy
- NARINAR TT Tummy Therapy
- NARINAR ST Sleep Therapy
NARINAR FT FLUtherapy
Berfungsi untuk mengurangkan simptom batuk dan selsema. Memang aku tak suka betul kalau anak kena batuk dan selsema ni. Diperbuat daripada bahan semula jadi iaitu gabungan minyak pati asli seperti lavender, lemon dan pudina. Yang istimewanya, ia turut mengandungi gam arab (Boswellia Carteri) yang bagus untuk kesihatan. Lepas ni tak payah nak cuba petua hilangkan batuk dan selsema sebab dah ada NARINAR FLUtherapy ni.
Cara Penggunaan pula dengan titiskan dua hingga empat titis di tapak kaki dengan menggunakan teknik Vitalex, dada dan belakang badan. Teknik Vitalex ni perlu urut pada point saraf yang tertentu saja. Calit nipis di hidung jika hidung tersumbat. Ulang setiap 15 hingga 30 minit untuk 2 jam. Selepas selsema atau batuk berkurang, jarakkan kekerapan.
Untuk demam pula, boleh lakukan sama macam teknik batuk dan selsema. Titiskan satu hingga dua titis di pelipat kaki dan tangan serta titiskan dua hingga empat titis disepanjang tulang belakang. Boleh rujuk video dari Sentuhan Ibu ni.
NARINAR TT Tummy Therapy
Ianya sangat sesuai untuk bayi kembung perut atau perut tak selesa. Diperbuat dari gabungan 100% ekstrak pati aloevera, serai wangi, lemon dan pudina yang sangat segar untuk kelegaan segera dari perut kembung, sembelit dan cirit birit di sampaing sesuai digunakan untuk melindungi kulit dari gigitan serangga.
Cara pengguaan pula, jika sembelit.. titiskan dua hingga empat titis dan urut lembut perut secara membulat ikut pusingan arah jam. Untuk cirit birit pula, titiskan dua hingga empat titis dan urut lembut perut pusingan lawan arah jam.
NARINAR ST Sleep Therapy
Ini untuk anak yang ada masalah untuk mendapat tidur yang lena. Dikhususkan untuk memberi ketenangan pada bayi dan anak-anak kecil. Ianya gabungan 100% pati semulajadi dari ekstrak lavender, epal hijau, oren, bunga chamomile dan bidara. Sesuai juga untuk ibu bapa yang ingin melegakan tekanan/stress dengan segera kerana aromanya yang segar dan menenangkan sangat membantu hormon dalam badan menyeimbangkan emosi diri dan anak-anak.
Cara penggunaan pula. Titiskan satu hingga dua titis di tangan dan sapu di titik nadi pergelangan tangan dan juga belakang telinga. Urut lembut di bahagian tengkuk serta sapukan juga di bahagian tapak kaki.
Testimoni Narinar
Memang ketiga-tiga produk ini sangat best kerana ia merupakan produk bayi organik yang boleh merawat kembung perut, hilangkan batuk bayi, merawat selsema dan macam-macam lagi lah. Dan baunya sangat lah wangi dan segar. Aku sendiri sudah merasai keberkesanannya selepas mencuba pada Iman Harraz baru-baru ni bila Harraz diserang demam. Yang hairannya, asal malam jer badan dia dedar.
Bila anak dah start demam ni memang aku risau betul lah. Terus titiskan minyak NARINAR FLUtherapy. Dah dua tiga hari jugak lah badan Harraz dedar on and off. Memang dalam tempoh tu aku tak putus sapu minyak NARINAR FLUtherapy. Alhamdulillah... setakat pagi ni dah tak demam. Bila dah demam, mesti lah dengan package selsema juga kan. Tapi mungkin aku kerap sapu NARINAR FLUtherapy tu, selsema dia tak teruk lah. Tak ada lah sentiasa meleleh. Pagi ni pon nampak macam dah kering. Memang terapi selsema bayi lah ☺
Packaging nya pon comel jer dan mudah untuk dibawa kemana-mana. Memang korang patut cuba produk NARINAR THERAPY ni sebab aku dah rasa hasilnya dan memang terbaik. Untuk sebotol Narinar ni bersamaan dengan 10ml. Korang boleh beli sebotol atau korang boleh beli NARINAR T-Series) Pack Combo yang terdapat Narinar Flutheraoy, Sleep Time dan Tummy Time. Untuk special discount, boleh pakai code fizarahman10 Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai produk dan harganya atau nak buat pembelian, boleh layari: