Kena Saman Dengan RHB Bank Dan Rumah Nak Kena SIta | Taktik Panggilan Dari ‘Scammer’
Info Monday, March 26, 2018
Kena Saman Dengan RHB Bank Dan Rumah Nak Kena SIta | Taktik Panggilan Dari ‘Scammer’ | Makin menjadi-jadi penggilan dari scammer sekarang ni. Sebelum ni pernah beberapa kali aku terbaca pasal orang yang dah terkena dengan scammer ni. Diorang akan buat panggilan dan menyamar sebagai lawyer, pihak bank, polis dan sebagainya lah untuk menipu orang. Tapi tak sangka pulak, dalam baca kisah-kisah orang yang kena tipu ni, sekali boleh terkena dekat diri sendiri miggu lepas @ 20 March 2018
Apa perasaan kau bila dapat panggilan dari seseorang yang mengatakan dia nak datang rumah dan nak sita semua barang-barang dalam rumah? Gila berderau darah aku semalam jangan cakap lah kan. Allah jer yang tahu. Kisahnya… Aku dapat call dari nombor 011-23728164. Chinese guy yang call. Tapi macam tak berapa fasih sangat lah cakap Bahasa Melayu. AKu pon tak berapa nak faham sangat. Lepas tu dia pass dekat Malay guy untuk explain dekat aku. Nama budak tu Ahmad Tajudin. Tak tahu lah nama betul atau nama menyamar. Antara dialog:
Scammer: Hello! Ini Puan Afizah Binti Abd Rahman?
Aku: Iyer saya
Scammer: Ic nombor xx0707-14-xx86
Aku: Iyer betul
Scammer: Alamat rumah Ax-xx, Apartment Kajang Impiana, Taman Kajang Impian
Aku: Betul
Scammer: Saya dari bahagian logistik Makhmah Tinggi Kajang. Nak datang rumah puan dalam pukul 12.00 tengah hari untuk sita barang-rumah puan.
Aku: Haaaaa!!! Kenapa pulak nak sita rumah saya? Tak ada surat taka da apa nak sita rumah saya kenapa?
Scammer: Itu bukan masalah saya. Saya Cuma dapat arahan dari mahkamah untuk buat report polis dan sita barang-barang rumah puan. Kalau puan nak tahu, puan boleh call lawyer kami En. Azhar nombor HP 016-6980788
Aku: Betul ke ni? Ker awak scammer? Scammer kan?
Scammer: Terpulanglah pada puan. Kalau scammer kita akan terus sambung ker IPD and mahkamah terus.
Aku: Ok lah (Terus letak call padahal dia tak habis cakap lagi)
Memang WTFish betul lah kan... Notis semua tak ada tiba-tiba kau call cakap nak sita rumah nak buat report polis bagai. Bila tanya atas sebab apa? Tak boleh nak jawab. Suruh call lawyer. Setahu aku, hutang semua dah bayar.!!!! Lepas dia ada sebut pasal sambung line pada IPD and mahkamah tu, aku dah agak dia ni penipu. Memang scammer nak menipu kan. Letak jer HP aku terus search nombor 011-23728164 dan keluar lah link pasal ‘scammer’ ni. Rupanya ramai yang kena. Memang dasar penyamun. Tak hilang lagi debar aku ni woihh!!! Bongok betul 😡😡😡
Lepas tu aku call husband. Cerita semua. Yang buat aku risau, anak-anak ada dekat rumah. Dah lah alamat semua betul. Buatnya diorang tu scammer gila yang sanggup buat apa saja dan datang betul-betul, memang mengundang padah. Sampai macam tu sekali lah aku fikir. Scary sangat. Terus husband cakap dia akan balik rumah. Lega lah sikit kan.
Tak lama lepas tu, aku dapat call dari nombor pejabat 03-26982537. Aku tak call pon lawyer azahar tu. Tapi dia sendiri yang call aku. Lawyer lah sangat kan. Dia explain lah kenapa rumah aku nak kena sita. Katanya aku kena saman dengan RHB bank sebab hutang kereta dah lama tertunggak. Dia dapat arahan dari pihak RHB untuk saman aku pasal duit kereta yang dah lama tertunggak tu. Aku pon saja lah dengar and layan sebab aku tahu dia penipu. Berlawan-lawan lah cakap. Tapi jenis penipu ni memang dah biasa susun ayat. Tak nak kalah tu. Nak tunjukkan yang dia tu bukan scammer.


Hello!! Hutang kereta dah lama selesai beberapa tahun lepas. Aku dengan husband pergi sendiri RHB untuk bayar baki tertunggak and geran kereta pon dah dapat on the same day selesaikan semua hutan kereta tu. Surat dari RHB pon ada aku simpan mengatakan aku dah buat full settlement. Ada kisah pasal kereta tu. Korang boleh baca dekat [SINI]. Bila dah cakap macam tu boleh pulak dia kata nak semak balik kan. Kenapa sebelum nak menipu tu tak semak dulu?
Sampai hari ni tak ada pon scammer penyagak tu call. Husband tanya.. Kenapa tak kenakan scammer tu balik? Dia nak kenakan kita, biar kita kenakan dia balik. Tak terfikir pulak aku sampai ke situ. Aku ni jenis cepat menggelabah. Bila dah dapat call macam tu, memang kau rasa blank kepala. Badan dah gigil. Jantung dah berdebar-debar sebab 1st time kena macam ni kan. Tak expect pon nak kena.
Cuma aku kesian dekat orang yang dah terkena. Ditipu beribu-ribu. Mungkin jenis cepat menggelabah dan tak tahu nak buat apa dan tak pernah dapat info pasal scammer ni. Especially makcik pakcik dan orang kampung. Siapa tak menggelabah bila dapat call macam ni dengan membabitkan mahkaman, polis dan lawyer kan. Yang kau perasan, kebanyakan yang kena ni orang perempuan. Mungkin sebab orang lelaki ni tak mudah nak kena tipu kot.
Kalau nak tahu, mula-mula dapat call ni yang cakap chinese guy (tak ingat nama sebab dah gelabah sangat). Lepas tu dia pass dekat malay guy untuk explain. Nama dia Ahmad Tajudin dari nombor HP 011-23728164. Nombor lawyer pulak 016-6980788 (azhar). Tapi aku tak call pon. Dia sendiri yang call dengan nombor pejabat 03-26982537.
So… beware semua. Kalau naik nombor-nombor 011-23728164, 016-6980788 dan 03-26982537 dekat HP korang, sila abaikan penyangak-penyangak ni. Antara modal diorang… hutang kad kredit, hutang kereta, loan bank, personal loan dan macam-macam lagi. Kalau nak elak dapat call dari scammer ni, korang boleh download apps Truecaller. Aku dah tahu lama pasal apps ni. Tapi dok bertangguh nak download. Bila dah kena, terus download. Beringat sebelum kena.
Note: Kadang-kadang kan, benda yang kita tak expect tu lah boleh jadi dekat kita.