Bersatu Menentang Kuman Dengan Adiwira Justice League Daripada Mandian Beaudex Kids
Info Wednesday, March 07, 2018
Bersatu Menentang Kuman Dengan Adiwira Justice League Daripada Mandian Beaudex Kids | Tu dia… Tajuk bukan main panjang lagi kan. Punyalah Jenuh memikir nak letak tajuk yang sesuai. Ingat senang nak jadi blogger? Pilih tajuk pon pening… Hahaha.. Ok… Back to the topik. Korang tahu kan, sebagai ibu, pemilihan mandian untuk anak antara perkara yang perlu diambil kira. Kita kena alert dengan kandungan yang terdapat dalam mandian kerana kebanyakan product mandian mengandungi Paraben, Alkohol dan bahan-bahan lain yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit. Jadinya.. Marilah kita Bersatu Menentang Kuman Dengan Adiwira Justice League Daripada Mandian Beaudex Kids ni.
Apa Yang Best Dengan Mandian Beaudex Kids
Yang bestnya dengan mandian Beaudex Kids ni kan ialah karektor adiwira Justice League seperti Superman, Batman, Supergirl dan Wonderwoman yang terdapat pada packaging mandian. Sangat menarik. Memang anak-anak teruja lah bila tengok. Seperti yang kita tahu, anak-anak kan suka dengan watak-watak adiwira ni. Pastinya waktu mandi lebih menyeronokkan dengan bantuan adiwira daripada Justice league ni… Gittew kan. Tapi memang betul pon. Si anak soleh Harraz ni excited bila dapat main air dengan mandian ni.
Pandai dah picit sabun. Ni kalau tak pantau memang cepat habis sabun ni ☺
Antara Produk Yang Ditawarkan Beaudex Kids
Untuk mandian Beaudex Kids ni, antara produk yang ditawarkan ialah Syampoo 2-dalam-1, Bubble Bath, Head-to-Toe Wash dan Yogurt Body Wash. Dalam rangkaian produk ini pula, terdapat dalam empat varian dengan karektor adiwira Justice League iaitu Superman Smashing Citrus Zest, Batman Awesome Apple Punch, Wonderwoman Sparkling Mango Mania dan juga Supergirl Dazzling Summer Berries yang melindungi si manja daripada kuman-kuman yang jahat dan menjadikan si manja lebih bersih dan segar.
Batman Awesome Apple Punch... Mandian Head-to-Toe Wash yang wangi. Jimat kalau beli yang ini sebab boleh pakai untuk shampoo rambut sekali kan.
Superman Smashing Citrus Zest.. Mandian yang bagus bukan hanya membersihkan kulit secara perlahan tetapi juga melembapkan, menjadikan kulit berasa lembut, selesa dan berbau harum.
Wonderwoman Sparkling Mango Mania.. Masa mandi menjadi lebih menyeronokkan dengan bubble bath. Boleh buat mandi buih ni.
Supergirl Dazzling Summer Berries.. I is jatuh cinta dengan shampoo ni sebab baunya yang tersangat wangi. Bau strawberry yang sangat kuat. Rasa macam nak makan jer.. hahaha...
Kandungan Beaudex Kids
Haaaaaa… Yang ni korang tak perlu risau sebab produk-produk daripada Beaudex Kids ni bebas daripada paraben, SLE/SLS dan sabun dimana ia direka khusus untuk memelihara kulit si manja yang sensitive dan halus serta selamat digunakan. Mandian ini juga turut diperkaya dengan ekstrak Isirung Oat, Susu Soya dan Susu Beras dengan menjadikan kulit si manja sentiasa lembut dan lembap. Mana ibu-ibu yang tercari-cari produk mandian yang bebas dari bahan kimia, boleh cuba produk Beaudex Kids ni.
Model tak berbayar ☺
Anak-anak kan suka main dekat taman dan explore benda-benda baru kan. Kadang-kadang bila balik rumah muka berpeluh dan badan berlengas. Entah apa yang di main kat taman pon tak tahu lah. Dah tentu kuman pon banyak melekat kan. Jadinya... Sila mandi dan sabun badan bersih-bersih dengan Batman Awesome Apple Punch ni. Si harraz ni pon sama, even duduk rumah, ada jugak kuman yang kita tak nampak kan. Dah lah suka usik kucing. Memang kena sental lah dengan mandian ni. Memang tersangat wangi baunya. Kalau bebudak ni mandi, dari luar dah boleh bau sabun ☺
Mengenai Beaudex Kids
Beaudex Kids merupakan jenama penjagaan yang mementingkan nilai-nilai kekeluargaan seperti kejujuran, berdedikasi dan komuniti. Produk ini bukan sekadar selamat digunakan, malah mudah untuk dimiliki selain dari produk yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Dengan kesedaran untuk memberikan hanya yang terbaik, lalu tercetuslah idea untuk menghasilkan Beaudex Kids.
Mengenai Bath & Kids
Bant & Kids baru saja dibuka dan dilancarkan pada 5 Januari 2018 yang dimiliki oleh AmLion, pengilang kepada lebih daripada 80 jenama produk penjagaan diri bagi lebih 30 negara. Merupakan kedai yang berkonsepkan penjagaan kebersihan diri. Ia menawarkan rangkaian menyeluruh produk Justice League seperti alat tulis, kasut, pakaian dan penjagaan kebersihan diri. Rangkaian penjagaan kebersihan diri merupakan produk di bawah jenama Beaudex Kids, yang mempunyai hak terhadap karektor Justice League di Malaysia. Tak lama lagi, Bath & Kids akan memperkenalkan karekter-karekter daripada Nickelodeon seperti Teenage Mutant Ninja Turtles, Paw Patrol, Blaze and the Monster Machines, Shimmer & Shine, Dora the Explorer dan Spongebob Squarepants. Wah... Bestnya.
Korang boleh kunjungi Bath & Kids yang terletak di Pusat Membeli Belah 1Utama, ditingkat 2 Lot 5212. Boleh juga mendapatkannya di farmasi dan pasar raya utama untuk mendapatkan adiwira kegemaran anak-anak. Untuk maklumat lanjut, boleh layari:
Korang boleh kunjungi Bath & Kids yang terletak di Pusat Membeli Belah 1Utama, ditingkat 2 Lot 5212. Boleh juga mendapatkannya di farmasi dan pasar raya utama untuk mendapatkan adiwira kegemaran anak-anak. Untuk maklumat lanjut, boleh layari:
Facebook
Instagram