Baby Leap Year Dah 2 Tahun!!! | Dah tak baby lagi dah. Sebab dah bertukar jadi toddler. Umur pon dah bertambah. Masa memang begitu pantas bergerak kan. Special day untuk budak yang lahir tahun lompat. Boleh pilih tarikh 28/2 atau 1/3. Jadinya... Harini kita perasan tarikh 29 February lah yer. Lagi 2 tahun baru merasa tarikh yang betul. Siapa suruh pilih tarikh lahir 4 tahun sekali kan. Tu lah... Tak sabar sangat nak keluar. Kalau nak ikutkan, tarikh awak dijangka lahir bulan March tau. Tapi semua Allah dah tentukan.
Baby Leap Year Dah 2 Tahun!!!
Happy Birthday To You Iman Harraz Bin Hussaini. Anak istimewa dari adik beradik yang lain. Istimewa sebab apa? Abang-abang dan Kakak awak lahir dekat labour room. Tapi awak memilih untuk lahir di dalam kereta pukul 3.13 pagi. Pengalaman yang tak boleh ibu lupakan. Pengalaman pertama seumur hidup selepas 3 kelahiran. Masih terbayang betapa kelam kabutnya abah dan semua nurse-nurse kat situ. Tarikh lahir pon rare. Hanya ada 4 tahun sekali jer.
Semoga Iman Harraz menjadi anak yang soleh. Diberi akal yang bijak pandai dalam membuat apa jua perkara dan keputusan. Diberi kesihatan yang baik. Dan menjadi penyejuk mata ibu dan abah. Ibu tak boleh lupa betapa fragile nya awak. Hari ke 6 awak dah admitted due to bacaan jaundice yang tinggi. Rupanya Prolonged jaundice due to UTI (Urinary Tract Infection) kat saluran kencing. Lepas tu admitted lagi due to Pneumonia pulak. Tangan tu dah banyak kali kena cucuk and badan pon dah banyak masuk ubat. Alhamdulillah.... Sekarang ni awak membesar dengan sihat.
Bab susu pulak. Masih lagi merasa nikmat susu ibu walau pon dah campur susu. Tak ada tanda-tanda nak berhenti menyusu. Lagi galak menyusu adalah. Bangun tengah malam banyak kali dah macam awak tu baby dalam hari. Geram jer rasa tau. Ibu tak nak paksa. Just follow the flow sampai awak berhenti sendiri ok. Pengalaman dengan abang-abang awak. Macam-macam ibu buat tapi tak jalan. Last-last sendiri yang tak nak.
Development pulak sama macam budak-budak lain yang sebaya macam Harraz. Setakat simple words tu boleh dah sebut. Faham bahasa dan faham arahan. Hobi Harraz kalau korang nak tahu dia suka menyapu. Pantang aku sebut 'sapu rumah'. Mula lah dia pergi amik penyapu dan penyodok. Melasak tu biasalah. Budak tengah membesar. Ibu pon tak sempat nak buat kek. Tengok lah weekend ni kalau rajin. Nanti kita potong kek yer 🎉🎂🎊
Note: Makin membesar ni makin susut dah badan tu. Rindu dengan Harraz yang montel ☺