Bila Computer, Printer Dan Internet Jadi Satu Keperluan!!! | Berbeza betul belajar masa zaman kita dulu dan belajar di zaman yang serba serbi nya canggih macam sekarang nih. Dah lah subject makin bertambah. Baru darjah 1, tapi dah kena belajar 10 subject. Kita dulu 5 subject jer kot. Diorang punya silibus pon makin mencabar. Kita dulu silibus simple jer untuk budak sekolah rendah. Tapi sekarang... subject dia memang KBAT. Aku nak mengajar pon macam seram jer sebab kau pon tak berapa nak tahu sangat. Iyerlah... Dah nama pon peredaran zaman. Mesti lah setiap tahun ada jer benda baru kan.
Bila Computer, Printer Dan Internet Jadi Satu Keperluan!!!
Tu baru subject yang banyak. Belum lagi projek sekolah yang diorang kena buat. Memang kesian sangat-sangat. Bagi aku kan, antara cabaran ibu bapa di zaman serba moden ni... Bila sistem pendidikan sekarang memerlukan setiap rumah sebuah Computer, sebuah Printer dan juga talian Internet untuk pembelajaran anak-anak. Mungkin ada yang persoalkan 'perlu ker semua tu? sebab baru sekolah rendah kot'. Bagi aku sangat perlu sebab ada kerja sekolah diorang yang memerlukan semua benda tu.
Kenapa? Sebab baru darjah 1 anak kau dah kena buat Folio. Sekolah lain aku tak tahu lah. Tapi sekolah anak-anak aku ni kena buat. Kita dulu sekolah menengah baru start buat kajian/tugasan/folio. Tapi sekarang ni darjah satu dah kena buat macam-macam. Agak tough jugak lah bagi aku. Nak cari info dan gambar kau memerlukan computer, printer dengan internet jugak kan. Gigih ker kau nak cari gambar dalam majalah atau surat khabar satu-satu?
Honestly... Kat rumah aku memang tak ada surat khabar pon. Majalah pon yang ada Pa & Ma yang dah berkurun. Zaman teknologi sekarang orang membaca melalui internet jer. Jadinya... Untuk kerja folio anak-anak memang search dari internet jer. Macam aku, kat rumah ni memang dah ada computer dengan printer. Tapi talian internet tak ada lagi. Harap kan Handphone jer lah. Tapi mana puas search pakai Handphone kan.
Macam mana dengan parents yang tak berkemampuan. Iyerlah.. Tak ada computer, printer dan sebagainya. Boleh jer buat manual. Cuma kekemasan pon diambil kira jugak. Untuk tugas sekolah anak-anak ni kan, ianya termasuk dalam peperiksaan tau. Tapi tu lah. Bila kena buat folio ni, ibu dia lah yang over. Nak kena cari info and gambar semua. Bukan aku buat 100% tau. Ada part yang anak-anak kena buat jugak. Amboiiii... Banyak cantik nak suruh ibu buat semua kan. Selain dari tu kau kena standby jugak A4 paper, fastener for paper dan yang sewaktu dengannya jugak tu.
Jadinya... Bersiap sedia lah untuk tahun ni punya folio. Selain daripada tu kan, ada sesetengah sekolah yang dah start sistem VLE FROG. Apa pulak VLE FROG ni. Ianya adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Kiranya kerja sekolah kau boleh buat secara online pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Setiap pelajar akan diberikan password untuk masuk dalam sistem VLE FROG ni.
Nanti aku citer detail pasal sistem VLE FROG ni. So far, anak-anak buat kat sekolah jer. Tak pernah lagi lah cikgu suruh buat dalam sistem lagi. Mungkin masih dalam percubaan. Tapi kan... Memang kena ada pon 3 benda ni dekat rumah. Sebab macam satu keperluan jugak dan penggunaannya berterusan sampai anak-anak membesar kan. Bukan setakat masa anak sekolah jer nak pakai. Dah masuk Universiti pon nak kena ada jugak kan. Tak tahulah bila ada rezeki nak amik line internet ni.
Note: Bila mood blogging dah start merudum. Seminggu 2-3 entry jer. Tak boleh jadi nih... huhu..