Bahayanya MICROSLEEP Ketika Memandu | Aku pon baru tahu pasal Microsleep ni. Bila teringat balik kisah aku yang pernah accident 5 tahun lepas, barulah aku sedar yang ianya berpunca dari Microsleep. Punyalah berderau darah aku time tu. 1st time accident. Dalam bulan puasa pulak tu. Memang Bahayanya MICROSLEEP Ketika Memandu. Tapi kan, Microsleep tu apa?
Apa Itu Microsleep
Microsleep ni situasi dimana korang sedang memandu kenderaan dan secara tiba-tiab boleh terlelap. Sekejapan dan hanya beberapa saat jer kau terlelap. Kau nampak kereta/lori yang masih jauh jaraknya tiba-tiba dah ada dekat depan mata. Pernah tak alami situasi macam ni? Ini lah yang dinamakan MICROSLEEP. Faham semua.
MICROSLEEP adalah keadaan dimana badan 'tidur' buat seketika. Segala input dari deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat diproses otak. Tempoh microsleep adalah antara 1 hingga 30 saat. Ia boleh berlaku walaupun mata masih terbuka. Seperti sebuah komputer, otak telah "shut down".
Pada kelajuan 70km/h, microsleep selama 3 saat menyebabkan kenderaan menyusur tanpa kawalan sejauh 200 meter. Dalam jarak 200 meter, nyawa boleh melayang dalam sekelip mata. Bayangkan apa yang boleh berlaku apabila kenderaan dipandu pada kelajuan 100 km/h. Inilah yang terjadi pada aku 5 tahun yang lepas. Korang boleh baca kisah sedih aku dekat [SINI]. Malas nak taip balik.
Lepas dah kebabomm tu kau pon terus blur. Erkkk... Macam mana boleh accident ni? Aku rasa aku tak tidur pon. Dan macam-macam perasaan lagi. Macam tak percaya yang kau dah langgar kereta orang. Alhamdulillah... yang melanggar dan yang kena langgar tak apa-apa. Memang Microsleep betul lah.
Ada juga yang berpendapat jika kenderaan dipandu dengan laju, akan kurang mengantuk akibat kesan 'adrenaline' yang meningkatkan upaya 'fight or flight'. (Fight or flight adalah sitiuasi dimana badan bersedia untuk menghadapi keadaan yang memberhayakan diri: lari atau lawan). Manakala jalan yang berbengkang bengkok seperti di Lebuhraya Karak akan menghilangkan rasa mengantuk kerana pemandu lebih fokus dengan cabaran ambil 'corner'.
Dua fakta di atas hanya mengundang bahaya. Kesan 'fight or flight' hanya seketika sahaja. Sistem badan akan 'burn out' dan akhirnya boleh menyebabkan microsleep yang lebih lama. Lagi bahaya ni. Kau dah ngantuk tapi kau memandu secara laju untuk hilangkan mengantuk. Jadi, apa yang harus dilakukan?
Tips Elak Microsleep
- BERHENTI
- LETAK KERETA DI TEMPAT YANG SELAMAT
- TIDUR
Tak payah lah tidur lama sangat. Lima minit jer dah cukup. Ulang 3 tips atas tu kalau korang start rasa mengantuk. Untuk pemanduan jarak jauh, berhenti berehat setiap dua jam. Untuk penumpang hadapan pula, janganlah masuk jer kereta kau terus tidur atau main handphone. Jadilah co-driver yang prihatin. Cuba buat macam ni:
- Bawa bersembang dengan pemandu untuk elakkan rasa mengantuk.
- Perhatikan cara pemanduan. Jika sudah mula membawa tidak mengikut lorong, tegur pemandu. Cadangkan untuk berehat seketika di stesen minyak.
- Sekali sekala lihat paparan dashboard pemandu. Adakah pemanduan terlalu laju? Ada tak lampu-lampu amaran yang menyala? Jika ada, tegur.
Ingat ni. Sejak aku accident dulu, memang ambil langkah lebih berhati-hati. Jarak masa dari rumah ke office pon ada lah delam 25 minit ke 30 minit. Tipu lah kalau tak ada rasa mengantuk kan. Kadang-kadang kalau datang ngantuk tu, aku bulatkan mata besar-besar, dok tampar-tampar pipi kuat-kuat lepas tu kuatkan volume radio. Sambil tu berdoa lah supaya DIA segarkan mata ni. Cukup-cukuplah sekali accident dulu. Trauma nya masih ada lagi. Especially boila kau dengar bunyi yang kuat atau dentuman. Berderau darah kau.. huhuhu...
Apa-apa pon, berhati hati di jalan raya. Sejauh mana kita berhati-hati sekali pon, kemalangan tetap berlaku atas sebab kecuaian pemandu lain. Sebelum memulakan perjalanan tu, mohon padaNYA supaya perjalanan sentiasa dipermudahkan. Thanks to Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris atas info ni.
Note: Dah lama tak jadi co-driver since ada anak kecik ni. Rindu pulak... hahaha...