Tidak suka membersih? Serahkan kepada pakar untuk melakukannya!
News Release Wednesday, October 11, 2017
Rumah adalah tempat perlindungan, namun tugas untuk membersihkannya supaya bebas kotoran kadangkala menjadi perkara merumitkan terutama apabila kotoran dan minyak degil terperangkap sejak bertahun-tahun lamanya. Antara perkara biasa dihadapi termasuk kotoran minyak licin pada lantai garaj yang mungkin menjadi kekal, kotoran minyak makanan yang degil pada permukaan meja dapur, kotoran degil pada roda kenderaan serta cap jari berminyak pada permukaan dinding.
Tidak ada sesiapa pun mahu menghabiskan masa berjam-jam untuk membersih dan menyental kotoran degil berkenaan – bukan anak anda, ibu bapa atau diri anda sendiri. Anda juga sedia tahu bahawa tidak kira berapa lama masa yang dihabiskan untuk menyental kotoran, ia tidak memberi jaminan kotoran itu dapat dihapuskan!
Jadi, jangan membuang masa dan dapatkan khidmat pakar untuk melakukan tugas berkenaan. Ia bukan sekadar pakar kerana khidmat yang diberikannya amat pantas dan cekap. Kami bercakap mengenai Penanggal Minyak Bertindak Pantas WD-40® Specialist™ yang merupakan satu penyelesaian berasaskan air untuk menanggalkan kotoran serta minyak dengan cepat.
Penggunaannnya cukup mudah iaitu dengan menyemburkan pada permukaan, biarkan beberapa minit sebelum bilas dengan air. Buih-buih berkuasanya berfungsi serta merta dan terus menghapuskan kotoran dengan pantas. Kesannya cukup menakjubkan dan boleh dilihat dalam tempoh singkat!
Anda boleh mencuba dengan menyemburkannya pada permukaan roda kenderaan dan hasilnya boleh dilihat serta merta apabila kotoran tertanggal dengan pantas menerusi kehebatan buihnya. Kemudian, lapkan ia dengan kain bersih dan tugas anda selesai! Sama juga untuk kotoran minyak pada permukaan lantai. Hanya semburkannya pada kawasan itu dan tunggu beberapa minit untuk melihat hasil menakjubkan, kemudian lapkannya.
Penanggal minyak berasaskan air yang berkuasa ini turut berfungsi pada plastik, besi dan selamat digunakan pada permukaan yang sudah dicat.
Ia juga mematuhi RoHS – yang bermaksud ia tidak menggunakan atau mempunyai tidak lebih daripada tahap yang dibenarkan dari mana-mana 10 bahan yang dilarang oleh Sekatan Bahan Terlarang Kesatuan Eropah. Bahan-bahan ini membahayakan alam sekitar, mencemarkan tapak pelupusan sampah dan berbahaya dari segi pendedahan pekerjaan ketika pembuatan dan kitar semula dilakukan.
(Bahan yang dilarang di bawah RoHS adalah plumbum (Pb), merkuri (Hg), cadmium (Cd), hexavalent chromium (CrVI), polybrominated biphenyls (PBB), polybrominated diphenyl ethers (PBDE), dan empat phthalates lain iaitu (DEHP, BBP, BBP, DIBP).
Oleh itu, cubalah Penanggal Minyak Bertindak Pantas WD-40® Specialist™ hari ini dan maklumkan kepada kami hasilnya. Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini – atau WD-40® Specialist yang lain – anda boleh ke pautan https://goo.gl/dXjhnn atau http://wd40.asia.