Menarik tak tajuk tu? Info ni bukan untuk Ibu yang menyusukan anak saja yer. Boleh juga untuk anak yang menyusu botol. Pernah terlintas difikiran korang tak pasal masalah ni? Honestly… Aku pernah terfikir pasal ni. Anak Nangis Nak susu, Ibu nak Solat, Mana Lebih Utama? Kau nak dahulukan yang mana satu?
My Koala Bear ☺
Dapat pulak anak kau jenis koala bear. Asyik nak melekap jer. Pantang nampak kau tak ada depan mata dia. Kau masuk bilik, dia ikut. Kau masuk dapur, dia ikut jugak. Kau sidai baju, terkedek-kedek mengikut. Kau masuk bilik air, dia meraung depan pintu bilik air sambil ketuk pintu. Pada hal kau dak amik wudhu. Abang-abang dan kakak ada jer dengan dia. Kalau ada orang pon macam tu perangai dia apatah lagi kalau kau berdua jer dengan dia.
Kalau kau solat dalam keadaan anak yang menangis macam kena rotan, memang tak kusyuk dibuatnya. Kalau kau susukan anak, tapi anak kau amik masa yang lama untuk menyusu especially time waktu solat yang singkat macam maghrib, macam mana nak buat tu? Ini ada jawapannya.
Tentu situasi ini kerap dilalui oleh para ibu yang ada anak kecil dan menyusukan anak dengan susu ibu. Kadangkala bila anak menangis kerana hendak menyusu, ibu terpaksa melewatkan waktu solatnya. Apakah cara ini betul mengikut hukum Islam? Menurut penerangan seperti dipetik daripada laman web [Mufti Wilayah Persekutuan], perkara ini perlu dilihat daripada dua situasi.
Situasi pertama
Jika waktu solat berbaki amat pendek maka hendaklah diutamakan perlaksanaan solat kerana kewajipan solat sudah menjadi mudayyaq, atau sempit.
Situasi kedua
Jika waktu solat berbaki masih panjang maka hendaklah si isteri menyusukan anak kerana mentaati suaminya, dan juga menghilangkan dahaga anaknya, serta menghilangkan perkara yang boleh mengganggu khusyuk solat.
إِذَا أُقِيمَتِ الصَّلاَةُ وَحَضَرَ العَشَاءُ، فَابْدَءُوا بِالعَشَاءِ
Maksudnya: Apabila solat hampir dilaksanakan lalu didatangkan makan malam, maka mulakan dengan makan malam.
Hadis ini menunjukkan bahawa matlamat solat adalah untuk mendatangkan khusyuk. Justeru perlu dihilangkan perkara yang mengganggu khusyuk sebelum solat.
Ini dikuatkan dengan hadis lain bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لَا صَلَاةَ بِحَضْرَةِ الطَّعَامِ، وَلَا هُوَ يُدَافِعُهُ الْأَخْبَثَانِ
Maksudnya: Tidak sempurna solat ketika makanan dihidangkan, dan tidak sempurna solat bagi orang yang menahan dua benda kotor (kencing dan tinja).
Hadis riwayat Muslim (no. 560)
إِنِّي لَأَدْخُلُ فِي الصَّلاَةِ وَأَنَا أُرِيدُ إِطَالَتَهَا، فَأَسْمَعُ بُكَاءَ الصَّبِيِّ، فَأَتَجَوَّزُ فِي صَلاَتِي مِمَّا أَعْلَمُ مِنْ شِدَّةِ وَجْدِ أُمِّهِ مِنْ بُكَائِهِ
Maksudnya: Sesungguhnya aku sedang berada dalam solat dan aku ingin memanjangkan solat itu, kemudian aku mendengar suara tangisan bayi, justeru aku ringkaskan solatku kerana aku tahu betapa terkesannya perasaan ibu (yang menjadi makmum Nabi – pent.) itu mendengar anaknya menangis.
Hadis riwayat al-Bukhari (no. 709)
Hadis ini menunjukkan hati ibu perlu tenang dan tidak terganggu dangan tangisan bayi, perasaan rimas dan gusar kerana anaknya lapar.
OK... Jelaskan penerangannya. Macam aku.. Setiap kali nak solat, ada masa anak soleh Iman Harraz anak nangis. Pada hal dah bagi susu. Ntah apa masalah pon aku tak tahu. Aku bentang sekali sejadah kecik. soh dia duduk situ. Buat pekak telinga jer lah dia nangis. Solat macam biasa. Nanti senyap lah dia bila kau tak layan. Siap follow kau solat. Comel jer nengok.