Pampers antara keperluan terpenting bagi seorang anak. Lebih penting bagi ibu seperti aku sebab aku kena survey harga pampers yang boleh tahan mahal jugak harganya. Bergantung kepada brand yang anak korang pakai lah. Sebab itulah pentingnya survey harga sebelum beli. Lagi penting kalau korang boleh beli masa ada promosi. Macam Promosi Huggies Terlajak murah Sempena Lazada Big Baby Fair yang akan berlangsung pada 26 Julai 2017 hingga 31 Julai 2017 nih.
Apa Yang Best Dengan Promosi Huggies di Lazada Malaysia Ni?
Bila dah jadi ibu ni. Harga murah memang menjadi pilihan. Memang ditunggu-tunggu lah kalau ada promosi pampers yang terlajak murah. Apa yang best dengan promosi Huggies di Lazada Malaysia ni sudah semestinya lah potongan harga yang berganda iaitu 80% tu. Macam [Huggies Dry Pants Jumbo Pack], harganya hanya RM79.90 untuk 3 bag hanya di Lazada. Maknanya… Harga untuk 1 bag tu jatuh pada harga RM26.63 tu, Memang tersangat murah.
Kalau tak sure anak pakai size apa. Boleh refer dekat chart ni. Lengkap dengan berat baby dan cadangan size apa yang patut di pakai. Ada chart untuk Huggies pants dan tape. Jangan salah tengok chart yer.
Buat ibu-ibu yang anaknya dah pandai bukak pampers sendiri macam anak soleh Iman Harraz aku tu. Korang pakaikan saja Huggies Dry Pants ni. Sarung jer macam pakai seluar. Nak bukak pon senang. Rujuk saja lah gambarajah tu… hehehe…
Banyak kelebihan Huggies Pans ni. Antaranya… Lilitan getah dibahagian pinggang yang memberi keselesaan, terbukti secara klinikal, blue quick dry layer dimana ianya menyerap cecair dengan cepat, menghalang kebocoran dan sesuai dipakai waktu malam kerana dapat memberi perlindungan semalaman.
Antara Jenama Terkemuka Sepanjang Kempen Big Baby Fair Di Lazada
Kalau dah namanya Big Baby Fair kan. Sudah semestinya terdapat jenama-jenama lain selain dari Huggies. Apa dia Antara Jenama Terkemuka Sepanjang Kempen Big Baby Fair Di Lazada yang potongannya sehingga 80% tu?
Macam-macam jenama terkemuka ada untuk pelbagai barangan termasuklah lampin, fesyen kanak-kanak dan kelengkapan bayi untuk Kempen Big Baby Fair Di Lazada iaitu Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Pediasure, Goo.N, Wyeth, Anakku dan Fisher Price dan banyak lagi lah.
Penghantarn Percuma Untuk Produk Terpilih
Dah lah potongan hebat sehingga 80% untuk Kempen Big Baby Fair Di Lazada. Dapat lagi penghantaran percuma untuk produk-produk yang terpilih. Memang penjimatan berganda-ganda dah nih kalau korang shopping dekat Lazada Big Baby Fair ni.
Peluang Menang Hadiah
Selain dari potongan hebat sehingga 80%. Lepas tu dapat pulak penghantaran percuma untuk produk terpilih, korang juga berpeluang untuk memenangi hadiah hebat dengan menyertai peraduan di social media Lazada Malaysia terutamanya di LINE Lazada Malaysia. Perghhh… Memang terbaik lah Kempen Big Baby Fair Di Lazada ni. Memang rugi kalau korang tak shopping dan grab peluang nih.
Jalan lupa Kempen Big Baby Fair Di Lazada yang bermula 26 – 30 Julai 2017 ni tau. Untuk maklumat lanjut, boleh layari:
Huggies
Huggies Jumbo Pack (Dry Pants)
Huggies Jumbo Pack (Dry Diapers)