Phewwwww... Seminggu cuti raya maka seminggu lah blog bercuti. Konon nak update entry birthday anak bujang ni on 1st Julai Haritu. Tapi bila kau dah duduk rumah, memang tak ada maknanya nak bukak blog. Lebih-lebih lagi nak menaip entry dengan menggunakan HP comel kau tu. Tak puas nak enaip rasanya. Harini ni dah start bekerja. Jadinya... Moh lah meriahkan blog dengan entry baru.
1 Julai 2017 baru ni genaplah usia anak pertamaku Iman Hakimi 10 tahun. Lama aku menunggu bukaan sampai 10 cm. Tapi start admit pukul 9.00 pagi, bukaan baru 3 cm sampai lah 8.00 malam, bukaan hanya berganjak setakat 5 cm. Maka jalan penyelesaiannya.. Induce lah. Maklumlah, anak pertama tak ada pengalaman lagi. Admitted jer, kau pon terbaring kat katil. Tak reti nak berjalan sana sini. Sepatutnya kena banyak kan berjalan kan. Benda dah lepas pon. Tepat pukul 10.52 pm, lahirlah putera sulung ni ha dengan seberat 3.3 kg. Boleh tahan besar jugak lah dengan saiz badan aku yang petite nih. Normal pulak tu... Alhamdulillah...
Selamat Hari Lahir my handsome boy Iman Hakimi Bin Husaini. Doa ibu abah setiap masa... Semoga ditetapkan hati dan dikuatkan iman. Jaga solat sebab salah satu bekalan bila ibu abah dah tak ada nanti ialah doa anak yang soleh. Jaga adab sopan dan hormat orang tanpa mengira usia. Semoga membesar dengan sihat. Jadilah abang yang baik untuk adik-adik teladani.
Banyak yang dah boleh diharap dengan anak bujang sorang nih. Dah boleh kemas rumah, goreng telur, gosok baju sendiri, jaga adik. Dah nama pon anak sulung kan. Kena ajar buat kerja rumah. Tapi tu lah, kadang-kadang nak kena bersuruh baru nak buat. Bila ibu bagi arahan kan. Kalau dengan abah dia, tak payah suruh dia dah buat. Rajin gi surau. Dia lah tukang panggil kawan-kawan. kadang-kadang kawan datang panggil. Hope rajin ke surau sampai bila-bila lah yer.
Ingatlah... Bahawa yang pertama itu yang paling istimewa. Dialah tempat kasih pertama tercurah. Dialah peneman tatkala sunyi dan lara. Dialah penghibur tiada pengganti. Dialah yang pertama menghuni rahim mulia ini 💑👦💋💗. We love you so much abang Iman Hakimi.
Note: Beli kek jer ☺