Neutrogena® Deep Clean Menjadikan Kulit Lebih Sihat Dan Cantik
Beauty Review Wednesday, April 12, 2017Neutrogena® Deep Clean Menjadikan Kulit Lebih Sihat Dan Cantik
Memiliki masalah kulit pada wajah merupakan antara perkara
yang sering dihadapi oleh para wanita seperti kulit berjerawat, kulit
berminyak. tona tak sekata, jeragat dan lain-lain lagi. Faktor ini menyebabkan
mereka yang mempunyai masalah kulit hilang keyakinan diri dan rasa malu untuk
berhadapan dengan orang sekeliling. Iyerlah… bila kulit tak berapa nak cantik
kan. Mula lah ada mata-mata yang memandang sinis.
Alhamdulillah… Aku tidak mempunyai masalah kulit wajah yang
teruk kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Tipulah kalau aku cakap kulit
aku bersih. Masalah kulit berminyak ada masa datang menyerang juga. Jerawat
apatah lagi. Lebih-lebih lagi bila usia dah makin meningkat ni. Jeragat dah mula
nak menyerang. Scary hokay. Tapi masih dalam kawalan lah. Jadinya… baik kita
bersiap sedia dengan menjaga kesihatan kulit wajah kita… haaa gittewww…
Bagi mereka yang menghadapi masalah kulit pada wajah,
pemilihan product penjagaan wajah yang tidak bersesuaian juga antara factor penyumbang
kulit makin teruk. Kalau tak nak kulit bertambah teruk, kena lah cari product
penjagaan kulit yang memfokuskan kepada penyelesaian kesihatan kulit bermula
daripada permbersih muka, serum pelembap, masker serta losyen perlindngan
matahari. Seperti product Neutrogena®.
Kenapa Neutrogena®? Sebab baru-baru ni aku diberi peluang
untuk mencuba sendiri product Happy Skin 24/7 kit dari Neutrogena®. Yang
bestnya, Happy Skin 24/7 kit dari Neutrogena® yang diberi untuk dicuba ini mengikut
kesesuaiaan kulit aku tau. Antaranya Deep Clean Cleansing Oil to Foam, Deep
Clean Foaming Cleanser dan juga Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub. Apa
fungsi nya? Ok… Aku terangkan satu persatu.
DEEP CLEAN CLEANSING OIL TO FOAM
- Untuk kulit normal / kombinasi - Dengan ekstrak Rosemary yang kaya dengan Nutrisi dan Antioksidan
- Proses Dual-transformasi (mengubah dari minyak gel kepada krim lembut berbuih). Menjadikan kulit lembut, mudah dicuci dan membantu kulit berasa bersih dan sihat
- Minyak-gel yang mengandungi ekstrak daun Oleifera secara perlahan-lahan membuang semua
DEEP CLEAN FOAMING CLEANSER
- Pembersih muka yang menyegarkan. Teliti dalam Menghilangkan kotoran, minyak dan sel-sel kulit mati di samping memberikan kawalan minyak yang berpanjangan untuk meningkatkan rupa dan rasa kulit.
- Formula ini terbukti secara klinikal. Buih berkrim yang membuang kekotoran kulit yang boleh terkumpul di dalam liang seperti minyak berlebihan, kotoran dan make-up.
- Formula kawalan minyak membantu mengurangkan permukaan minyak yang sama mengekalkan keseimbangan dan kelembapan semula jadi kulit untuk mengekalkan kulit yang jelas, segar dan sihat.
- Bebas Minyak
- Diuji Dermatologi
- Non-comedogenic
DEEP CLEAN BLACKHEAD ELIMINATING SCRUB
- Membantu untuk menghapuskan bintik hitam dengan berkesan dari yang pertama digunakan dan menghalang bintik hitam datang kembali, untuk kulit yang jelas & sihat!
- Microbeads yang boleh berkesan, tetapi terkelupas kulit dengan perlahan-lahan
- "Fighting Complex Blackhead", menembusi jauh ke dalam liang-liang untuk membubarkan minyak yang berlebihan untuk membantu menghapuskan bintik hitam degil. Menghalang pembentukan baru daripada terbentuk dengan penggunaan berterusan.
- Bahan-bahan semulajadi yang terbukti keberkesanan kawalan minyak. Jelas membantu dan memperbaiki liang.
- Diuji Dermatologi
- Oil free Hypoallergenic.
- Non-comedogenic
Best ker pakai Neutrogena® ni? Apa hasilnya? Mana yang paling
best? Tu dia. Soalan cliché yang orang akan tanya kan. Ok… Overall memang best
product Neutrogena® ni sebab product Neutrogena® adalah product yang berkualiti
tinggi dan terbukti secara saintifik untuk memberikan hasil yang berkesan pada
penggunanya.
Aku suka ketiga-tiga product yang terdapat dalam Happy Skin 24/7 kit dari Neutrogena® ni sebab aku dah cuba ketiga-tiganya. Untuk Deep Clean Cleansing Oil to Foam, baunya memang wangi sangat. Hanya tuangkan sedikit saja ditangan… dah berbuih. Sesuai untuk cucian muka dan juga untuk hilangkan kesan solekan. Untuk kaki-kaki make-up, korang boleh cuba nih. Memang best. Deep Clean Foaming Cleanser pulak, pon wangi jugak. Sesuai untuk kulit aku yang ada masanya berminyak jugak ni. Rasa bersih kulit muka lepas pakai.
Aku suka ketiga-tiga product yang terdapat dalam Happy Skin 24/7 kit dari Neutrogena® ni sebab aku dah cuba ketiga-tiganya. Untuk Deep Clean Cleansing Oil to Foam, baunya memang wangi sangat. Hanya tuangkan sedikit saja ditangan… dah berbuih. Sesuai untuk cucian muka dan juga untuk hilangkan kesan solekan. Untuk kaki-kaki make-up, korang boleh cuba nih. Memang best. Deep Clean Foaming Cleanser pulak, pon wangi jugak. Sesuai untuk kulit aku yang ada masanya berminyak jugak ni. Rasa bersih kulit muka lepas pakai.
Dan yang paling aku suka… Deep Clean Blackhead Eliminating
Scrub. Tersangatlah best bila pakai. Selalunya kalau scrub lain dia punya
texture kasar-kasar kan. Tapi Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub dari Neutrogena®
tak kasar. Halus dan lembut jer texture nya. Bila kau gosok kat muka pon rasa best sebab
kehalusan dan kelembutan texture nya tu. Lepas dah cuci lagi lah tersangat best. Sebab kulit
kau rasa halus dan bersih… Halus selembut kulit bayi gittew. Kulit muka pon rasa lembap.
Kalau korang nak kulit muka licin dan tak kasar macam jalan
tar tu… ekekeke… Boleh lah try Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub dari
Neutrogena® ni. Bukan setakat menghaluskan kulit dan mengawal muka yang berminyak macam aku ni.
Boleh juga menghapuskan bintik-bintik hitam @ Blackhead degil pada wajah. Packaging
pon menarik dan senang dibawa kemana-mana.
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang product Neutrogena®, boleh layari Facebook [Neutrogena Malaysia] dan Instagram [@neutrogenamy]