Dah lama tak sharing pasal parenting tips. Bukan mudah nak jadi parents ni sebenarnya, Banyak benda kau kena belajar... belajar... belajar dan belajar lagi even anak kau dah berderet sebab ilmu parenting ni luas. Lagi banyak kau membaca, lagi banyak benda yang kau baru tahu. Alangkah bagusnya kalau kita baca dan kita amalkan sekali. Tapi tu lah, bila berhadapan dengan anak, lupa apa yang dibaca... ppffttt...
1. Kalau kita berasa sukar mendidik anak-anak, bersabarlah. Tengoklah betapa sukar kita nak didik diri sendiri untuk istiqamah solat awal waktu, solat berjemaah, baca Al Quran sekurang-kurangnya semuka sehari, puasa Isnin dan Khamis dan sebagainya. Tambah-tambah lagilah untuk mendidik orang lain. Maka bersabarlah dalam mendidik. Dalam banyak-banyak keadaan, matlamat kita untuk anak-anak sudah benar tapi kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.
2. Tuntutlah ilmu secara berterusan. Walaupun perkara asas. Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.
3. Jangan label anak. Boleh kata anak malas tapi jangan label dia 'pemalas'. Panggil nama anak dengan nama yg baik sebab itu adalah labelnya.
4. Letakkan misi dan visi yang jelas kepada anak. Jadi hamba Allah yg baik. Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yang baik. Ditambah dengan acquired knowledge ilmu akademik. Sesungguhnya lebih SUKAR didik anak jadi BAIK daripada didik anak jadi CERDIK.
5. Anak bukan milik kita tapi amanah Allah kepada kita. Didiklah anak mengikut kehendak Pemberi amanah. Jangan bawa anak2 kepada kita, tapi bawalah anak-anak kepada Allah.
6. Ibu sama dengan bulan Ramadhan sebab ibu adalah madrasah anak-anak dan bulan Ramadhan adalah madrasah ummah. Ibu adalah cuaca dalam rumahtangga. Doa ibu lebih mustajab dari doa ayah kerana sayangnya lebih berakar kepada anak daripada ayah. Sebab itu hadiah terbaik seorang ayah utk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.
7. Pendidikan anak-anak bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya. Yg sudah berkahwin dan ada anak2 tidak terlambat untuk membuat kebaikan. Didiklah isteri secara berterusan. Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.
8. Didiklah anak dengan Al Quran. Ibnu Sina, Hafiz Al Quran pada masa umurnya 7 thn. Ini antaranya kerana semasa dalam kandungannya ia telah dididik oleh ibu yang hafizah Al Quran. Kita bukan hafiz Al Quran tetapi pastikanlah anak-anak sekurang2nya kenal huruf Al Quran melalui kita. Ambillah barakah ini.
9. Ibu bapa pemimpin kepada anak-anak. Pemimpin yang baik adalah yang besar pengaruhnya kepada anak-anak. Skrg ni anak2 tadika lebih percaya Ustazah di sekolah daripada ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan daripada ibu bapanya. Akhirnya, ibu bapa hilang pengaruh kerana dunia tanpa sempadan amat besar pengaruhnya.
10. Tingkatkanlah pengaruh dari rasa cinta kepada kepercayaan. Dalam rumahtangga, dipercayai adalah lebih utama daripada dicintai. Contoh: Berapa ramai isteri yg mencintai suaminya tapi tidak mempercayainya.
11. Walk the talk. Didiklah diri kita dalam usaha mendidik anak-anak kita. Bantulah anak-anak menjadi soleh dan solehah dgn membanyakkan amalan SUNAT. Oleh itu, untuk mendidik anak-anak mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.
12. Niatkanlah kebaikan yg kita lakukan seperti sedekah dsbnya sebagai tawasul anak-anak menjadi baik. Cth: moga dengan sedekah ini, tetaplah solat anak-anak ku.
13. Sayangilah anak-anak kerana kita sayang dia bukan kerana sayang diri kita. Cth: kita jadikan anak-anak kuda lumba untuk kebanggaan kita. Anak dapat result yang baik terus war-war kan. Anak yang tak dapat result elok diamkan dan dimarah kerana memalukan kita. Jangan membezakan anak-anak yang pandai dengan yang kurang pandai.
Perkongsian ni aku dapat dari WhatsApp group tadika PASTI. Perkongsian untuk kebaikan bersama walaupun diri ini serba kekurangan. Aku akui, aku bukanlah ibu yang sempurna. Tapi aku cuba jadi ibu yang terbaik. Nak didik anak jadi Soleh, kita as parents perlu jadi Soleh dulu