Woot... woot... Ada yang terlepas pandang ker pasal Mattel warehouse clearence nih? Ok... Kalau ada yang tak tau lagi, Ni nak bagitau. Mattel Warehouse Clearance sedang berlangsung skang nih. Dah start 21 September rabu baru ni. Tapi tu untuk MAXIS Postpaid users yang dijemput untuk Exclusive Preview saja. Kalau korang nak serbu, detail seperti diatas yerp. Aku malas nak taip.
Ni antara barang² yang aku rajin nak tepek kat sini. Kalau korang rajin, gi lah tengok sendiri kat page [FB Page Warehouse Clearance] tu. Ada macam² hokay. Nak cari bag sekolah pon boleh. Brand Fisher Price antara brand yang terkenal dan aku suka. Ada gak yang murah. Rasa macam nak pergi jer. Nak cari mainan Harraz. Sian Harraz tak der mainan... huhuh... Orang gomen dah gaji kan. Apa lagi, gi lah serbu. Nak cari hadiah birthday untuk anak pon boleh nih. Erkkkk... Birthday anak dara Ahad ni lah.
Note: Have a great weekend uolls ☺
Psstttttt… Korang ada masalah Miss V atau kawasan intim ker? Masalah kegatalan atau ketidakselasaan pada kawasan tersebut? Penjagaan kawasan keintiman wanita adalah sangat penting tau. Bukan untuk wanita yang dah berumahtangga jer, malah yang muda belia pon patut amik tahu mengenai penjagaan kawasan intim nih. Jangan sampai Miss V dah kena jangkitan dan berbau baru nak cari ubat. Mencegah lebih baik dari mengubati kan.
Ni nak sharing dengan korang semua mengenai satu produk pembersih wanita iaitu Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU. Merupakan penjagaan semulajadi untuk kawasan intim yang bersih dan sihat. Pembersih kewanitaan Daun Sireh Sumber Ayu ni dah berwajah wajah baru yang lebih segar. Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated
Apa yang bestnya Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU nih? Ianya diformulasi dengan bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. Kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.
Bahan utama ekstrak Daun Sirih kini dipertingkat dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria. Formulasi ini diperhebat dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan. Terdapat enam wangian yang menarik. Memang tersangat lah wangi. Meh tengok nih:
• Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Orkid – Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.
• Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Mawar – Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis
• Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Floral – Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.
• Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Musk – Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.
• Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir – Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.
• Pembersih Wanita Daun SirihS UMBER AYU Fruity – Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur. Dan tak perlu rasau kerana ini juga di perakui Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah.
Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU boleh didapati pada harga RM 3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml). Boleh di dapati si semua pasaraya utama dan juga Farmasi sekitar anda
Siapa yang tak risau bila anak dah start batuk² kan. Bukan setakat batuk jer. Kalau sakit, demam dan terluka pon dah buat kau menggelabah kerisauan. Lebih² bagi ibu yang bekerja yang cutinya banyak dihabiskan untuk anak² bila anak² tak sihat dan baki cuti tinggal nyawa² ikan. Kalau cuti tinggal zero dan kebetulan kau kena cuti emergency, maka tolak gaji lah jawabnya. Kesian kan.
Ni kisah last week. Harraz batuk². Bagi ibu macam aku yang ada pengalaman anak admitted due to bronco pneumonia, bila anak dah start batuk sikit jer hati kau sebagai seorang ibu dah mula risau tahap langit ke tujuh. Risau yang amat sangat. Terbayang saat² dimana ahli physio masukkan tiub kat tekak anak kau untuk keluarkan kahak² jahat. Nangis wei. Aku tak nak benda tu berulang.
Kenapa tak bagi makan ubat? Kau tau kan, pemberian ubat batuk dan demam kepada anak² kecil terutama berumur 3 tahun ke bawah tidak dibenarkan. Banyak kajian yang dilakukan membuktikan bahawa ubatan ini sebenarnya tidak membantu dalam melegakan batuk dan selsema mereka. Sumber [SINI]. Macam Harraz ni dah macam² ubat masuk dalam badan dia since kena UTI (Urinary Tract Infection) due to Prolonged Jaundice. Admitted sampai 7 hari. Lepas tu kena [Bronco Pneumonia] plak. Admitted 5 hari. Dah berapa banyak ubat yang masuk selama Harraz admitted tu? Kalau boleh aku nak elak bagi ubat dah.
Tu yang bila Harraz start batuk aku dah cuak giler. Jadinya moh lah kita try buat Garlic Steam. Nasib last week aku cuti seminggu. Ada hikmah disebaliknya. 4 hari berturut² aku buat sehari 2 kali. [Minyak Herba Asma Mujarab] pon sapu jugak. Kita usaha, tawakal dan berdoa sebab yang menyembuhkan tu DIA. Macam mana nak buat garlic steam ni? Ramai yang dah sharing macam mana nak buat. Tapi aku nak share jugak...hehehe... Senang jer.
Pakai rice cooker senang. Banyak sikit wap yang keluar. Kalau pakai air panas letak dalam bekas, air tu cepat sejuk. Letak air dalam periuk. Tak payahlah kau isi penuh². Suku sudah lah. Ketuk bawang putih dalam 5-7 ulas. Letak dalam periuk yang berisi air tadi. Titiskan dengan minyak Habatussauda dalam 2-3 titik.
Bila perik dah panas dan dah mula berasap, wap kan lah muka anak tu kat periuk tadi, Jangan tundukkan muka anak tu ke bawah sangat. Panas wei. tiarapkan dia dalam 90 degree. Towel tu aku tutup kejap jer sebab wap tu macam tak kena sangat kat muka. Bukan tutup penuh pon. Tapi tak yah tutup tower. Biar jer dia pusing² kan kepala. Janji wap kena kat muka. Buat lah dalam 5-10 minit.
Menangis jangan cakaplah. Sebab tu hati kau kena kental dan tabah kalau nak buat garlic steam nih. Memang menangis² dibuatnya. Kalau tak tabah sila buat teknik lain. Tapi lagi bagus dia nangis sebenarnya. Hasilnya... hati kau rasa puas sebab keluar lendir² pekat dari hidung. Bak kata [Doc Khairul]... Memang effective untuk keluarkan lendir/ kahak, especially kalau nasal blocked.
Masa Harraz admitted haritu pon physiotherapist tu siap pesan kalau anak batuk, rajin² lah buat teknik percussion . Alaaaa... yang tepuk² dada ngan belakang badan tu. Tangan dalam keadaan melengkung ke tengah. Macam dalam gambarajah diatas. Ini bagi melonggarkan kahak² jahat dan degil yang dok melepak kat paru². Buat dalam 15 minit. Make sure sejam atau setengan jam sebelum tu anak tak minum susu lagi, Ini bagi mengelakkan muntah.
Boleh jugak buat macam nih. Member yang sharing. Katanya serasi dengan anak dia. Dia buat 3 hari berturut². Hilang batuk ngan selsema anak dia. Tips lain boleh jugak buat minyak bawang putih. Caranya... BAKAR BAWANG PUTIH. CAMPURKAN DENGAN OLIVE OIL SIKIT DAN PICIT² BAWANG PUTIH YANG DAH DIBAKAR TADI BERSAMA OLIVE OIL BAGI SEBATI BAWANG PUTIH DEGAN OLIVE OIL. AMARAN... SAPU SIKIT DULU TAKUT KULIT ANAK JENIS SENSITIVE. KALAU OK BOLEH PROCEED SAPU KAT DADA, BELAKANG BADAN DAN TAPAK KAKI.
Alhamdulillah... Sejak buat garlic steam ni, ada lah nampak perubahan. Dah tak batuk malam². Tak terganggu dah tidur Harraz. Kena rajin buat kalau anak dah start batuk.
Note: Kita ni alau boleh nak anak sihat jer sepanjang masa kan. Tapi tu lah...