Woot.. Woot... Today is the day. Althea turns 1 today!!
Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to you Althea Korea
Happy Birthday to you
Harini
bersamaan dengan 20 Julai 2016 merupakan ulangtahun Althea Korea [https://my.althea.kr] yang pertama. Althea?
Siapa Althea ni? Meh nak bagi tau. Althea merupakan website online yang menjual
barangan kosmetik dan juga penjagaan diri yang berasal dari Korea. Kalau nak
fefeeling dapat barang dari over the sea, bley gi website althea sebab barangan
yang terdapat dalam kedai online ni akan di pos direct dari Korea tau.
It's soooo PINK!!
Apa yang
best dengan website Althea Korea ni, barangan yang ditawarkan adalah sangat
berpatutan harganya kalau dibeli ketika promotion. Buat kaki² mekup dan juga yang pentingkan penjagaan
kesihatan dan kecantikan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Anda boleh
terjah website Althea Korea ni. Macam² ada. Memang rambang mata dibuatnya sebab
kau tak tau nak pilih yang mana. Kalau boleh nak beli semua… hahahaha…
Saya
berpeluang shopping kat website Althea Korea baru² ni. Rasa bertuah sebab
antara yang terpilih dapat voucher sempena sambutan ulangtahun Althea Korea
yang pertama nih. 1st time shopping dengan Althea tu. Meh tengok
barang apa yang saya beli:
- Nursing Lip Balm RM50.00
- Witch's Pouch Selfie Like Shot Dual Lipstic | Selfie Coral & Red RM25.00
- Mamonde | Rose Water Multi Soothing Gel RM30.00
- Skinfood | Black Sugar Mask RM20.00
- Innisfree | Green Tea Mint Fresh Shampoo RM25.00
Bersempena dengan ulangtahun Althea yang berlangsung dari 20 - 31 Julai 2016 ni. Anda berpeluang memenangi hadiah² menarik dan tawaran² yang hebat. Antaranya:
Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit
For orders placed on 20/7 onwards. While stocks last.
Free Goodies for first 1,500 shoppers
Jangan lupa pakai kod ni. Full size beauty products. While stocks last.
Birthday Giveaway. Pick 3 Top Sellers for 100% REBATE!
Rebate will be credited into your account.
#AltheaTurns1 Instagram Contest
- Got your Althea party kit? Wish us a happy birthday with #altheaturns1 and stand a chance to win amazing prizes such as Macbook Air, Ipad Air 2, iPhone 6S, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea credits and beauty hampers from Althea!
- Prizes total worth KRW10,000,000 to be won.
- Contest starts from 20th July - 15th August, 2016.
*Terms and conditions apply. Please refer to www.althea.kr and Althea Facebook for more information.
Note: Apalagi... Cepat terjah website Althea ☺☺
Bukan sebarang permintaan. Memang banyak permintaan dari anak². Setakat nak buku kaler... Nak kaler warna atau nak makanan si ibu boleh bagi lagi. Tapi permintaan nan satu ni buat ibu garu kepala yang tak gatal, pening kepala secara tiba² dan hati rasa sendu tak semena². Permintaan dari the one and only Princess in my heart. Apa permintaannya???
Haritu #qahirah request:
Q: Ibu... Nak baby lagi
I: Tu, kan ada baby #ImanHarraz
Q: Tapi kita nak baby girl. Sian kita sorang² pompuan. Tak der kawan 😔😔
Kau ghase??? Touching sentap syahdu dan macam² emosi bercampur baur ibu kau ni dengar nak. Tak der permintaan lain ker kakak? Masih terbayang sakit bersalinkan Iman Harraz bulan february haritu. Ni dia nak soh kau beranak lagi. Nak soh bagi dia adik pompuan. Kalau ibu beranak lagi dapat plak baby boy. Acaner tu kakak?
Alahaiiii kakak. Kawan jer lah ngan ibu yerp kakak. Walau pon ibu garang. Walaupon ibu hari² jadi makkauhijau dan tarzan. Skang ni kita ayik jadi kawan bergaduh jer. Sebab kakak suka cari pasal dengan ibu kan. Kekadang ibu sengak suka cari pasal ngan kakak.... Hahahaha.... Tapi satu hari nanti kita pasti akan jadi kawan baik jugak kakak. Sebab dalam umah tu kita berdua jer pompuan kakak.
Korang jangan usul kat aku soh beranak lagi sorang yerp. Umur dah makin lanjut ni memang tak sesuai dah nak mengandung lagi, Cukuplah pengalaman [Penangan Darah Rendah] yang buat aku pitam kat skolah Qahirah awal tahun haritu. Korang yang masih muda ni silalah menambah umat Muhammad. Kalau mengandung dah melebihi usia 35 tahun memang terasa kelainannya.
Lagi pon expenses untuk anak² kecik ni makin meningkat. Baby jer skang ni RM450 kat tempat aku. Paling tinggi kat area Bangi ni RM500 untuk seorang baby. Tu belum masuk expenses lain lagi. Kalau boleh memang tnak tutup kilang dah. Tapi kita hanya merancang. Siapa kita yang nak menidakkan apa yang telah dirancangkan olehNYA. Kalau diberi rezeki lagi, aku terima. Setiap anak tu dah tertulis rezekinya kan.
Note: Bila nak citer pasal raya ni haaaa... ☺☺☺
Klik jer gambar ni.
Pengumuman untuk Ibu² dan Ayah² yang sedang menunggu keputusan untuk Permohonan Tahun 1 2017 bagi anak masing². Nak masuk tahun satu pon nak kena semak permohonan kan. Curlass anak² jaman serba canggih ni. Semua maklumat di hujung jari jer.
Ni nak bagitau. Keputusan dah keluar untuk ibu² yang mendaftar di Putrajaya harini bersamaan 15 Julai 2016. Untuk kawasan Selangor, sila bawak bersabar yerp. Keputusan untuk permohonan tahun satu akan keluar esok bersamaan dengan 16 Julai 2016. Sila set alarm kat Handphone tu kalau takut terlupa. Bersiap sedia esok dok depan PC.
Debar gak nih, Harap² Qahirah dapat satu skolah ngan abang dia. Masa daftar haritu nombor dah limaratus lebih....ppffttttt... Nak masuk darjah satu dah anak dara aku nih. Dah boleh buat belanjawan untuk anak² masuk skolah tahun depan. Iman Hakimi darjah Empat, Qahirah darjah Satu dan Qhalif pulak Tadika. Duit... duit... duit... Banyak gak nak kena pakai duit tahun depan nih.
Note: