Di duga lagi. Dugaan dibulan ramadhan. #ImanHarraz admitted due to Brochopneumonia. Luluh lagi hati ibu. Apa yg ibu tak buat? Gi klinik dah. Garlic sock sudah. Steam garlic & habatusauda pon sudah 💊💊
Vitamin apa yang ibu tak makan? VCO, b-complex, vitalea, omega, kurma... Suma nak bagi susu ibu bertambah khasiat. Siapa kita untuk menidakkan apa yg dah tertulis olehNYA. DIA tau ibu kuat untuk hadapi dugaan lagi. Bertabahlah duhai hati 😪😪
Ibu mana yang sanggup tengok anaknya sakit. Kena cucuk. Kena sedut kahak. Merengek-rengek... Menangis sampai kau pon tumpang nangis sama. Tidur malam terganggu dek kerana batuk tak henti-henti. Andailah sakit tu boleh berpindah milik. Biarlah ibu jadi galang gantinya. Biarlah ibu yang sakit. Sebab ibu masih kuat untuk menahan kesakitan.
Dah macam-macam dugaan awak tanggung Iman Harraz. Dari lahir sampailah usia 3 bulan ni. Siapa yang tak nak anak membesar dengan sihat kan. Tapi ibu tau awak kuat. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Bersangka baik padaNYA.
Mohon doa kalian semua untuk #ImanHarraz cepat sembuh. Mana tahu ada diantara doa-doa kalian yang di angkat olehNYA selain doa dari ibu sendiri 🙏🙏
syafakallah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba’dahu saqaman
"semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya”... Aamiin...
Note: Dah masuk hari ketiga duduk hospital. Hospital pon banyak yang penuh.