Tu dia. Bukan main panjang lagi kau punya tajuk. Boleh baca tak? Dah extra large punya gambar. Kalau tak nampak sila pakai kanta. Kalau tak nampak jugak, gi lah jumpa doctor mata yerp....ngeeeeee...Aku malas nak taip balik.
Kalau bab pompuan, bukan main panjang lagi perbezaannya tau. Tapi sebenarnya lelaki pon sama gak. Tak semua pompuan macam tu hokay. Macam aku, kalau minyak dah menyala kat office, siap² asingkan duit untuk isi minyak. Kalau menyala tengah jalan, sampai stesen minyak terus keluarkan duit. Wallet memang tinggal dalam bag. Matikan enjin, bukak penutup tangki minyak siap². Lock keta pastu nengok pam nombor berapa.
On the way nak bayar tu boleh toleh lagi nak pastikan pam nombor berapa. Bila penyakit was² datang kan. Pada hal dah betul dah nombor tu....ciskek betul tau penyakit nih...ppffttt...Dah bayar terus isi minyak keta. Tak der makna nak nengok cermin nak betul² kan tudung. Dok dalam ket tak der orang nak tengok or nak ngurat pon...hahaha...
Dah penuh tank terus tutup. Masuk keta start enjin pakai seat belt dan berambus cepat. Memang kekadang aku menyiampah kalau orang terhegeh² nak isi minyak. Dah nampak keta berderet kat belakang, lagi mau slow motion. Dari nak mengisi sampai lah dah habis isi. Alahaiiiii...apsal lambat sangau kau ni ha. Kita ni nak kejar masa. Uols plak macam mana? Tergolong dalam kalangan perempuan yang di ceritakan ni ker ☺☺
Note: Asik citer pasal anak kang ada yang sentap menyiampah plak kan.