Aku tengah runsing, dilema, sakit hati dan macam² perasaan lagi. Bercampur baur. Datang plak tekanan darah rendah aku ni kang. Ada sesapa yang kerja dengan JKM atau kerja dengan pusat asuhan kanak²? Nak minta pendapat. Kisahnya....
Qhalif kan dah nak masuk 4 tahun bulan April ni. Kira 4 tahun dah pon sebenarnya kan. Nak jugak kira ikut bulan...ppffttt... Nursery yang aku hantar skang nih ada 2 tempat. Satu tempat (Nursery) untuk baby sampailah 3 tahun. Untuk bebudak yang 4 tahun hingga 6 tahun, akan diletakkan di Tadika, Aku pon tak amik kisah sangat lah sebab masa Qahirah dulu 4 tahun masih lagi Playschool even dok kat tadika.
Bebaru ni dapat form untuk registration tadika. Buntang jap mata aku nengok registration fees and monthly fees. Disebabkan kesibukan kerja dengan anak tak sihat berjemaah, aku lupa nak contact owner nak sahkan pasal kemasukan tadika ni. Kelmarin dapat wassup dari salah sorang cikgu kata Qhalif masih belum buat registration untuk tadika dan yuran pon belum bayar lagi. Iyerlah....nak sah kan lagi berapa nak kena bayar. Kena tanya owner dulu. Call woner smalam tak dapat plak. WhatsApp pon tak reply.
Jadinya aku WhatsApp cikgu tu. Tanya...wajib ker budak 4 tahun masuk tadika? Dia reply '4 TAHUN MEMANG WAJIB MASUK TADIKA, MULAI 2016, TIADA MURID 4 TAHUN DI TASKA. HANYA MURID 3 TAHUN KEBAWAH SAHAJA'. Ko rasa??? Aku siap cari info. Aku rasa macam dipaksa untuk masukkan anak TADIKA. Aku rasa down kejap. Mana nak cekau duit?
Parents tak boleh buat pilihan ker sama ada nak hantar anak ke tadika atau masih nak letak di nursery? Before this pengasuh ada cakap yang budak 4 tahun kena dok tadika. Tapi aku tak expect nak kena register tadika skali. Baru 4 tahun kot. Iyer...aku tau ada parents yang dah hantar anak seawal 4 tahun ke tadika. Itu pilihan masing². Kalau berduit boleh lah.
Honestly aku cakap kat cikgu tu aku tak mampu nak hantar Qhalif masuk tadika lagi. Kalau nak letak kat nursery boleh tak? Registration fees jer dah RM1k++. Monthly fees RM380. Coming soon nanti RM400 *wink*. Duit gaji habis kat yuran anak² jer wei. Nangissssssss!!!!
Masalah nya skang ni, kat mana aku nak letak Qhalif? Dah dia kata nursery hanya untuk budak 3 tahun dan kebawah sahaja. Apa pilihan aku? Aku dah pening. Jalan yang aku ada skang ni mungkin hantar Qhalif kat PASTI. Sama ngan kakak dia. Registration fees and monthly fees tak banyak macam tadika skang. Tak banyak pon gigil gak lah nak bayar registration tu. Nasib bley bayar 2 kali. Tapi masih dalam perbincangan hubbywifey.
Nak hantar umah pengasuh, nan hado pengasuh yang free area umah tu. Nak tukar nursery lain, lagi mahal kot. Dah sama harga macam tadika. Sebab nursery Qhalif skang ni antara yang murah kat area umah aku tu. Katanya lah. Stress mak nyah. Sekian luahan perasaan #mak3anak.
Note: Nak jadi surirumah... tapi komitmen banyak...huhuhu...Hanya DIA jer yang maha mengetahui.