Bukak...tutup...taip...padam...Taip balik...ppffttt...Salam isnin semua. Selamat Hari Wilayah. Sonok lah orang KL cuti kan. Aku pon seronok gak sebab jalan tak sesak. Selamat datang February. How time flies. Pastu dah March....haishhhh...makin berdebar² dibuatnya. January yang tak productive sebab hanya ada 12 entry saja. Hurmmmm...entahlah. Mood swing. Kejap naik kejap turun.
Blogwalking pon dah jarang. Komen pon mana yang sempat jer. Sorry yerp. Last week memang minggu yang mencabar emosi. Minggu yang penuh dugaan bila anak² tak sihat. Start dari [Iman Hakimi demam]. Dah kebah demam, selasa malam tu berjangkit plak kat Qahirah. Rabu terpaksa EL pagi. Petang plak turn husband jaga. Berdoalah si ibu supaya anak cepat sihat dan tak jangkit kat anak bongsu Qhalif.
Tapi dah nama pon demam kan. Kalau tak jangkit memang tak sah. Khamis Qahirah still demam. Aku nak EL tak boleh sebab KPI submission dateline Jumaat. Tu aku mencik buat benda last minute. Awal² tak nak mintak. Husband bermurah hati jaga anak tak sihat. Mekasih husband sebab memahami. Sekali tengah hari tadika WhatsApp kata badan Qhalif panas. Ya! allah...tak tenang aku nak buat keja. Nak tak nak terpaksa husband tinggal kan kejap anak dara kat umah gi merempit amik Qhalif kat tadika plak.
Melepek
Jumaat anak² still demam. Dilema jap sebab husband tak boleh cuti. Aku plak masih tak settled lagi KPI...ppffttt...Nak tak nak, terpaksa gak aku EL pagi tu. Tapi tengah hari aku masuk office. Bagitau bos aku datang tapi bawak anak². Dia kata OK. Hangkut lah aku anak² yang tak sihat gi office.
Alhamdulillah...hari ni dah ok sket. Cuma batuk dan selsema jer lah. Awal² tahun dah ada MC dan EL. Nak buat macam mana. Dilema ibu bekerja macam ni lah.
*Sticky post until 31th January 2016. Scroll down untuk entry baru.*
Mesti senyum lebar bila baca tajuk tu kan. Siapa yang tak suka sale. Lebih² lagi clearance sale. Haaaaa…ni ada berita baik buat ibu², bapa², bakal² ibu dan bakal bapa yang masih mencari² kelengkapan dan keperluan ibu dan anak yang berkualiti. Bukan untuk kaum² yang bergelar ibu dan bapa jer tau. Buat anda yang nak mencari dan sedang mencari hadiah untuk kawan² yang baru lepas bersalin. Elok jugak terjah BIG BANG CLEARANCE SALE 2 by Fabulous Mom ni.
Bagus betul Fabulous Mom pilih tarikh nak buat BIG BANG CLEARANCE SALE 2 ni sebab suma orang pon dah dapat gaji kan. Jangan lupa asingkan duit gaji siap² untuk buat shopping nanti tau sebab banyak diskaun menanti anda semua. Boleh rambang mata dibuatnya nih.
Nak tau apa yang menarik dalam BIG BANG CLEARANCE SALE 2 by Fabulous Mom ni? Meh baca:
- Barangan ibu dan bayi diskaun sehingga 80%, harga bermula dari RM1
- Stroller Koala RM135 utk 10 pengunjung pertama setiap hari, sementara stok masih ada
- Nursing Lingerie dari RM3
- Ergo Baby Carrier diskaun sehingga 40%
- Andrea Baby Carrier dari RM185
- Car Seat diskaun sehingga 70%, harga promo dari RM119
- Breastpump diskaun sehingga 40%
- Nursing Wear diskaun sehingga 80%
- Mainan Bayi dari RM5
- PERCUMA untuk 500 pengunjung pertama:
- Majalah Pa&Ma
- Smart Parenting
- Mother & Baby Guidebook
- Smartkids World
- Mama & Si Manja
Wow…Teruja tak. Saya pon teruja gak tengok diskaun yang ditawarkan tu. Memang sale gila² nih. Rugi kalau tak pergi BIG BANG CLEARANCE SALE 2 by Fabulous Mom ni tau. Siap ada goodies bag percuma untuk 500 pengunjung pertama tu.
Bukan goodies bag percuma jer tau. Ada lagi yang percuma. Nak tau? Ni dia:
- PERCUMA Boba Stuff Sack utk setiap belian Boba Baby Carrier (sementara stok masih ada)
- PERCUMA Acquassimo untuk pembelian RM500 ke atas (sementara stok masih ada)
Ok…Meh saya share lokasi BIG BANG CLEARANCE SALE 2 by Fabulous Mom yang bakal berlangsung ni. Ianya terletak di Fabulous Mom Outlet Store Kajang.
Alamat:
S16(1), Pearl Avenue,
Jalan Pasir Mas, Sg Chua,
43000 Kajang, Selangor.
Tarikh:
27 – 31 Januari 2016 (5 hari sahaja)
Waktu:
10am – 8pm
Kalau nak tau lebih lanjut pasal Fabulous Mom dan juga sale² dari Fabulous Mom yang akan datang, boleh terjah:
Website: www.fabulousmom.com
Facebook: www.facebook.com/Fabulous-Mom
Jangan lupa datang BIG BANG CLEARANCE SALE 2 by Fabulous Mom ni. Save the date yerp. Dan untuk anda yang nak datang, bag tangan tidak boleh melebihi saiz A4 tau. Ingat tu.
Happy Shopping Uolls!!!
Ibu mana tak risau bila anak demam kan. Pastu si anak plak jenis jarang demam. Sekali dia demam memang lembik dan melepek habis sampai tak larat nak bangun. Selera makan pon dari seorang yang kuat makan jadi hilang selera makan...gone with the win. Dah nama pon sakit kan. Sedih plak hemak ko nengok nak.
Bila anak sihat. Mulut bising potpetpotpet. Terjerit sana sini...ko bising kan. Sekali bila anak tak sihat sampai nak dengar sora pon susah, mulalah rindu suara bising si anak tadi. Biasa lettew...perasaan mak² memang macam tu khen.
Balik sekolah jumaat tu muka dah monyok...'Ibu...kita tak sihat lah'. Masuk keta terus terbaring. Selalu kalau masuk keta mulut bising. Tak sah kalau tak bergaduh adik beradik dalam keta tu. Haritu memang terbaring. Nak gi klinik terus, tak ter handle aku dengan Qahirah ngan Qhalif lagi. Tunggu husband jer lah.
Nasib lah Iman Hakimi demam time weekend. Pastu cuti plak senin. Senang sket nak pantau. Memang kerja dok pantau suhu dia jer. Makin lama makin naik. Haishhhh...Asal letak kain, cepat nau keringnya. Sampai tahap dah cecah 40'C...memang terus masuk ubat vontot. Aku tak pernah buat. Selalu husbank yang buat. Dia plak kerja. Nak tak nak...buat jugak. Risau plak kan takut kena 'tarik'.
Ahad tu nampak dah ok. Dah kebah sket. Soh gak lah dia gi kelas silat. Bagi keluar sket peluh tu. Tapi ImanQahirahQhalif jenis kalau demam memang panas dorang on and off. Semalam start panas balik. Adoiiiii...risau betul lah. Harap² tak demam lagi lah. Risau gak ni takur jangkit kat adik² dia plak.