Orang kata kalau nak melentur buluh, biar dari rebungnya kan. Kecik² lah kita nak ajar anak² buat kerja rumah. Kalau dah besar baru nak ajar, memang payah lah. Sebab aku dah nampak depan mata anak² yang macam ni. Pejam mata jer bila tengok umah tu bersepah. Tak reti nak tolong mengemas. Nak sound...anak orang. Baik kita ajar anak sendiri supaya tak jadi macam ni.
Mungkin ada yang berbeza pendapat....'alaaaaa...kecik lagi. Dah besar nanti rajinlah dia'. Owh...tidak. Statement tu dah tak boleh pakai. Lebih² untuk ibu berkerjaya macam aku ni. Anak plak 3 orang. Kalau suma benda IbuAbah yang buat, takkan anak² dok relax jer kan. Meh sama² buat kerja. Kecik² ni lah nak kena didik jadi anak yang ringan tulang. Meh baca nih.
[7 Sebab Anak-Anak Mesti Diajar Membantu Kerja Rumah]
1. Ia adalah perintah dari Allah iaitu seorang anak mesti patuh dan sedia berkhidmat untuk ibu dan ayahnya tanpa sebarang rungutan.
2. Ini kerana dengan meminta anak-anak membantu ibu ayah membuat kerja rumah, mereka mendapat sesuatu yang lebih mahal harganya iaitu doa daripada ibu ayah. Ia lebih mahal harganya berbanding segala harta yang ada di dunia ini. Bukankah doa dari ibu bapa itu tidak pernah ditolak oleh Allah SWT.
3. Satu cara mendidik anak tentang nilai murni dengan membantu orang lain secara amnya dan membantu ibu bapa sendiri terutamanya.
4. Kebolehan melakukan kerja-kerja rumah merupakan perkara penting yang mengajar seseorang kemahiran asas hidup. Sudah tentu ia akan membantu anak-anak lebih berjaya dan berdaya saing di masa hadapan apabila mereka perlu hidup berdikari. Kecekapan ini akan menambahkan keyakinan diri si anak serta tidak mudah bergantung kepada orang lain.
5. Menggalakan diri lebih berdisiplin dan mematuhi arahan, di mana ia kriteria penting menjadi pekerja yang berdedikasi di masa hadapan.
6. Kecekapan membuat kerja-kerja rumah juga mempersiapkan mereka menjadi seorang yang bertanggungjawab.
7. Kerja rumah memberikan peluang kepada ibu bapa untuk mengajar kemahiran hidup asas, galakan kesedaran dan tanggungjawab, menguatkan asas nilai kekeluargaan dan membina ikatan positif dengan anak-anak.
Macam Iman Hakimi, kasut sekolah memang dia yang basuh sendiri sejak dari darjah 1 lagi. Tak kosa ibu nak basuhkan sebab kasut skolah ibu dulu pon ibu yang basuh sendiri. Kalau malas nak basuh, pergi lah sekolah dengan kasut kotor tu. Nak ker? Bersih atau tak belakang kira. Kapur kasut kan ada...erkkkk....hahahaha...Budak kalau basuh biasalah. Tapi effort tu yang penting.
gosok...jangan tak gosok. Rutin baru Iman Hakimi...Gosok baju sendiri. Abah yang ajar. Skang tugas ibu dah kurang sket. Kerja gosok baju sekolah memang Kimi yang buat. Nak kata licin sangat tu...tak lah. Tapi kira ok lah. Tak der lah kedut seribu. Practice make perfect kan. Lepas ni bley tolong gosok baju skolah adik plak yerp. Lagi bagus kalau dapat gosok baju Ibu ngan Abah skali...muahahaha,,,
Skang ni masak nasi pon Kimi yang buat. Sebab dia nak buat sangat. Aku bagi dia basuh beras jer lah. Bab sukatan air tu masih ibu yang tukang ukur. Ehhhhh...asik Kimi jer, si Qahirah ngan Qhalif tak buat apa² ker? Mana boleh tak buat. Ada jugak tugasan untuk dorang.
Kutip baju² kotor letak dalam mesin basuh. Ni Qhalif suka buat. Lepas makan pinggan tu tolong letak kat sinki. Kalau basuh pinggan, memang qahirah lah yang rajin sebab dia suka main air. Tapi ikut mood jugak lah. Kekadang geram gak sebab berkecah. Tapi dah dia nak buat. Mak redho jer noks.
Weekend kekadang buat hari mengemas rumah. Dari vacuum, sapu rumah, basuh toilet...memasing ada tugasan. Cuma masak memasak aku tak berani nak bagi lagi. Setakat tolong kacau lauk atas dapur tu boleh lah. Tapi with supervision. Tunggu beso sket baru bley ajar. Overall...memang dah boleh harap buat kerja rumah.
Explain kenapa kena buat kerja² rumah ni. Kalau jadi apa² kat ibu abah..IbuAbah sakit ker, at least anak² tau nak handle diri sendiri dan nak handle keadaan dalam rumah. Jangan lupa puji anak lepas dorang dah tolong buat kerja rumah tau. Kita yang besar ni pon suka dipuji apatah lagi anak² kecik nih.
Note: #JangaKecamSaya citer pasal anak buat kerja rumah yerp. Sekadar berkongsi. Bukan nak membangga diri. Sekian.