Alhamdulillah...rezeki blogging untuk entry [INI]. Voucher dapat dah lama. Tapi tak tau nak beli apa. Asal bukak website Zalora, rambang mata haku nak memilih sebab banyak sangat barang yang best². Jadinya...sebelum voucher tamat tempoh, baik kita redeem cepat². Hari senin pilih² barang. Hari selasa dah dapat barang yang dipesan....perrghhhhh...service Zalora memang terbaik.
Beli apa? Alaaaa...uols tak bagi tau pon iols dah bley agak isi hati uols mesti nak tau beli apa kan...muahahaha...Beli ni ha:
Nak beli baju, takut salah size. Sebab size dah mengembang bagai di pam². Tunggu next year baru mengecut balik badan nih. Memandangkan wallet pon dah uzur dan kasut pon dah nak haus tapaknya. Biasalah....jenis pakai barang pakai sampai lenjan. Dah tak nampak rupa baru beli baru. Gittew konsepnya. Maka 2 barang ni lah jadi pilihan selepas di tapis² ikut budget voucher yang diberi,
Last but not least...mekasih Zalora sebab menjimatkan duit iols yang tak perlu keluar sesen pon untuk beli barang. Kalau ada nak buat review jangan lupa blog SuperMOM With SuperKIDS yerp...hehehe...macam Zalora baca blog haku.
Note: Semalam tengok preview screening Alvin and The Chipmunks. Tunggu entry yerp Memang best dan pecah panggung sebab kelakar ☺
Benda baik harus dihebahkan. Especially kalau kita ada berhadapan atau ada berjumpa dengan golongan² yang tak cukup makan dalam erti kata lain tak der duit nak makan. Jumpa plak anak beranak yang dah beberapa hari tak makan sebab kesempitan wang. Ya! allah...sedih kan.
Sumber [FB]
Pernah dengar FOOD4YOU tak? Food4You adalah projek dan cetusan idea oleh MCP (My Charity Project) dimana MCP yang akan menyediakan chiller dan berkerjasama dengan pihak tertentu di mana chiller tersebut ditempatkan. Pihak MCP yang akan memastikan makanan/minuman sentiasa dipenuhkan samaada melalui sumbangan orang ramai ataupun melalui tabung MCP sendiri.
Saya pon 1st time dengar. Kalau nak tau, Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi dengan Koperasi Masjid al-Hasanah dan My Charity Project menyediakan MAKANAN PERCUMA kepada yang benar-benar memerlukan. Ada Kuih-muih, air, nasi lemak, cup cake, beras, sayur, bawang, dan lain-lain. Hanya ambil di peti sejuk di luar pintu Souq al-Hasanah dan dibuka 24 jam.
Buat masa ni yang saya tau FOOD4YOU ni ada di Masjid Al-Hasanah Bangi dengan Masjid UKM jer. Kalau kat tempat lain tak sure ada ker tak. Memang bagus buat macam ni kat masjid² kan. Bukan apa, pagi tadi dengar radio pasal viral student yang nih:
Tetiba touching bila baca note noh. Rupanya ramai student yang struggling dengan kelaparan sampai beberapa hari tak makan kan. Ni yang kita tau. Yang kita tak tau? Kalau uols kenal kawan² yang masih belajar atau keluarga susah, boleh lah hebahkan.
Kalau nak tau lebih lanjut pasal FOOD4YOU ni, boleh terjah [FB My Charity Project] dan juga [Website My Charity Project]. Kalau teringin nak menyumbang makanan, boleh dapatkan contact no kat website tu.
Note: Macam mana lah nasib anak² kita akan datang dengan kos sara hidup yang makin tinggi setiap tahun.
Selera makan anak² makin bertambah. Kimi memang kuat makan. Qahirah ngan Qhalif yang kurang makan. Teringat member pernah bagitau yang anak dia kurang selera makan. Doctor suggest bagi ubat cacing. Lepas bagi anak dia ubat cacing, memang selera anak dia bertambah. Tu yang try bagi kat anak² sebab seingat aku memang tak pernah bagi lagi #ImanQahirahQhalif ubat cacing. Dah berapa tahun umur dorang skang nih?...ppfftttt...careless ibu.
Minta kat klinik uols. Masa bagi anak² makan memang tak bagitau dorang pon yang tu ubat cacing. Saja IbuAbah pedajal. Kang bagitau tak nak makan plak dorang. Sekali lepas dah habis makan terus tunjuk kat anak² kotak ubat cacing tu. Apalagi...terkedu jap memasing. Aku tambah lagi perasa kata...'habislah...nanti berak kluar cacing'...wakakakaka...menggelabah memasing.
Bukan apa. Teringat dulu bila dimomokkan kata kalau makan ubat cacing nanti berak kluar cacing seketul². Scary wei. Tapi sebenarnya cacing tu dah hancur pon dek penangan ubat cacing ni. Sebenarnya penting bagi ubat cacing kat anak² ni. Aku jer yang tak sedar diri nak bagi kat anak². Kalau uols belum pernah bagi lagi, memang patut bagi anak² makan. Meh baca nih:
Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak… terutama yang selalu keluar rumah tak pakai selipar, makan itu dan ini yang tidak dimasak atau separa masak, terutama di kawasan rumah yang kurang bersih atau seperti kawasan setinggan atau laman yang bertanah.
- Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) – besar macam gelang… boleh masuk hati dan paru-paru..
- Cacing kerawit (Necator Americanus) – ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!… ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah
- Cacing rambu atau cacing benang – selalu melekat di kawasan dubur, halus
- Cacing pita – macam pita, pipih tapi panjang… susah nak dibunuh..
Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-
* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
* Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
* Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
* Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
* Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
* Demam, ruam-ruam badan, alahan
* Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)
Apa yang anda perlu buat :-
1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah
3. Potong kuku pendek
4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada
Ada 2 jenis ubat cacing
1. Albendazole/mebendazole
Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya
2. Pirantel Pamoate
Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.
Sumber: [SINI]
Sumber: [FB]
Bukan kanak² jer yang kena makan ubat cacing tau. Orang dewasa pon kena makan jugak. Kalau anda dan anak² ada simptom² seperti di atas, maknanya anda ada masalah kecacingan. Segeralah berjumpa dengan doctor yerp.
Note: Peringatan buat diri sendiri yang tak makan ubat cacing lagi nih...ppffttt...