Rasa terharu bila baca UCAPAN² dan DOA² dari kalian semua sempena 10th WEDDING ANNIVERSARY last month. Sambil baca...sambil tersengih². Rasa bahagia dan terharu bila dikelilingi sahabat² yang mendoakan kebahagian kita.
Berderet² ucapan di FB
Di IG
Dan juga di [BLOG]. Hanya ucapan TERIMA KASIH yang tak terhingga buat sahabat semua diatas kiriman ucapan² dan doa². Aamiin untuk doa² yang dikirimkan. Fasa pertama perkahwinan yang sangat mencabar. Hanya DIA yang maha mengetahui segala² nya. Dalam hidup kita ni, Kalau kita tak mampu buat orang ketawa, jangan sesekali buat orang menangis. Kalau kita tak mampu buat orang rasa bahagia, jangan pula kita tambahkan lagi rasa derita dan kalau kita tak mampu mengubati luka, jangan sesekali buat orang lain rasa terluka.
Biar lah orang nak mengata atau menjaja cerita pasal kita. Silence is the best reply to a fool. Biar dipandang buruk didepan manusia. Asal dipandang baik disisiNYA. Alhamdulillah...berkat kesabaran dan doa, sedekad ikatan ini masik kukuh terbina.
Macam dah terlebih plak. Padahal nak ucap terima kasih jer...ngeeeeee...Last but not least. Saya sayang sahabat² saya...#muahciked ☺