Lately ni bila diperhatikan dalam laman social especially
FB. Banyak betul topic perdebatan hangat dikalangan ibu² semua. Antaranya…Vaccine
vs Immunization, Home birth vs Hospital birth, Home-schooling vs public
schooling, Stay at Home Mom (SAHM) vs Working mom. Ini sebagai contoh yerp. Dan yang terbaru ni…Breastfeeding
vs Formula Milk.
Menyentuh mengenai BF vs FM ni, perdebatan ni dah lama
sebenarnya. Tapi menjadi hangat gara² tajuk sebuah akhbar yang mengaitkan isu
breastfeeding penyebab si ibu terjun dari pangsapuri. Agak panas jugak lah saya
sebagai seorang Breastfeeding mom. Kenapa mesti tajuk sebegitu yang di highlight
kan? Cuba tengok perbezaan tajuk akbar Hairan Metro dengan The Star ni:
Hairan Metro punya tajuk
[The Star] punya tajuk
Nampak tak perbezaan
tajuk tu? Kekadang newspaper ni pon tak hagak² buat tajuk. Bukan main gempak
lagi tajuk tu. Dah macam tak der tajuk lain nak buat. Tajuk sangat mengundang
emosi ibu2 yang menyusukan anak diluar sana tau. Terus jadi perdebatan bila
baca komen² dari BF mom dan jugak FM mom. Isunya disini, bukan breastfeeding saja puncanya. Banyak lagi punca² lain yang menyebabkan terjadinya perkara macam ni.
Tau kan…orang dalam pantang ni mudah dapat
depression atau dalam bahasa lain MEROYAN atau POSPARTUM DEPRESSION. Gejala
kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression adalah gangguan
psikologi yang perlu mendapat rawatan pakar. Ia lebih teruk dan mendatangkan
kesan buruk kepada ibu dan bayi yang baru dilahirkan. Ia lebih kerap berlaku pada bulan pertama
sehingga selepas setahun kelahiran anak. Malah ia boleh juga berlaku selepas
keguguran atau kematian bayi dalam kandungan. Ibu-ibu yang menghidap kemurungan
selepas bersalin mengalami perubahan emosi yang lebih teruk dan lebih lama. [SUMBER]
Gila meroyan pula adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang di sekelilingnya.
Jelas kan maksudnya. Kalau
iya pon sebab penyusuan maka tercetusnya kemurungan. Rasanya banyak factor lain disekelilingnya yang boleh menyumbang kepada kemurungan. Bukan sebab kecewa
tak dapat breastfeed baby terus nak tamatkan riwayat diri sendiri. Tak kan
orang yang sedang meroyan suka suki nak bunuh diri kan sebab dia tak sedar pon
apa yang dia buat. Mungkin ada pencetus lain yang kita tak tau.
Emosi ibu dalam
pantang sangat fragile. Tak boleh dibiarkan sendirian especially kalau baru
lepas bersalin anak pertama. Orang sekeliling pon kena take action. Jangan beri
tekanan. Bagi lah sokongan.
Berbalik kepada isu.
Sebab tajuk ni lah tercetus perbalahan antara BF dan FM mom. Katanya Breastfeeding
mom terlalu obsessed dengan breastfeeding. Breastfeeding mom ni kekadang suka menunjuk hasil susu yang sepenuh² peti ais. Asal perah
jer nak tunjuk hasil yang meriah. Breastfeeding
mom ni suka kondem ibu² yang bagi anak mereka FM. Pilihan ditangan masing². Nak BF...teruskan. Nak FM pon...dipersilakan.
Saya bukan dalam
kategori yang kondem ibu² yang bagi anak mereka FM. Bagi saya rezeki tu ditangan ALLAH. Kalau ALLAH dah kata susu dia banyak, maka banyak lah hasil tenusu tu.
Kalau ALLAH kata susu dia hanya setakat 6 bulan, maka 6 bulan lah rezeki anak
tu dapat susu ibu. Tapi kalau ALLAH dah bagi rezeki susu yang banyak tapi anda
tak der usaha nak teruskan penyusuan susu ibu, itu memang sangat menyedihkan.
Suka tayang hasil
tenusu. Bagi saya tak ter masalah pon. Menunjuk bukan sebab bangga atau riak
dengan hasil susu yang meriah. Menunjuk bukan sebab bangga atau riak sebab
dapat kumpul stok susu sepenuh² peti ais. Menunjuk sebab kita nak bagi semangat
kat ibu² diluar sana supaya tak putus semangat kalau hasil susu tak meriah
macam orang lain. Supaya ibu² diluar sana rasa ter motivasi nak buat macam tu. Bukan nak buat mereka rasa down.
Kita ni kalau asyik
fikir apa pandangan orang kalau kita buat/upload sesuatu, baik tak payah ada
blog, FB atau IG. Asal update makan kat tempat best, kata nak menujuk. Asal update
gambar gi bercuti, kata macam dia sorang jer yang bercuti. Asal update gambar family
dan anak² kata macam dia sorang je ada keluarga bahagia. See…kalau dah
negative thinking tu, apa yang orang lain buat dia rasa negative. Sama jugak
macam upload gambar tayang susu. Mengata jugak…haishhhh…
Mohon terasa bagi yang terasa tu yerp.
Semuanya bermula dari
mind setting. Kalau anda fikir ia dari sudut yang positif, maka positif lah ia.
Kalau anda fikir dari sudut yang negative. Asyik rasa orang yang upload tu nak
menunjuk², memang ada something wrong somewhere pada diri anda. Ada penyakit hati kot. Lagi bagus
jangan ada laman social FB. IG atau Blog kalau apa yang orang buat anda rasa tak
puas hati.
Sudah² berbalah. Hentikanlah sikap suka menilai antara satu sama lain. BF atau FM, pilihan ditangan sendiri kan. Breastfeeding mom tak perlu nak kondem ibu² yang bagi Formila Milk. Begitu juga dengan ibu² yang bagi formula milk, tak yah lah nak kondem ibu² yang Breastfeed. Semua ibu² nak yang terbaik buat anak².
Siapa kata FM ni senang? Terpaksa berjaga malam sebab nak bancuh susu. Terpaksa angkut bakul kelengkapan susu kalau nak kluar berjalan. Terpaksa hadap harga susu yang makin mahal setiap tahun.
Siapa kata FM ni senang? Terpaksa berjaga malam sebab nak bancuh susu. Terpaksa angkut bakul kelengkapan susu kalau nak kluar berjalan. Terpaksa hadap harga susu yang makin mahal setiap tahun.
Begitu juga dengan Breastfeeding. Siapa kata Breastfeeding ni senang? Ingat tak segan ker nak breastfeed depan public even pakai nursing cover? Ingat senang ker nak cari nursing room kat shopping complex tu kalau anak dah melalak² minta disusukan, malainkan anda dah hafal setiap nursing room kat setiap shopping complex yang ada ni. Ingat senang ker nak susukan anak bila terpaksa hadap nipple yang luka terbelah dan berdarah? Pedihnya hanya DIA jer yang tau. Sampai kejang² kaki menahan kesakitan. Ingat senang ker nak pam susu kat pejabat? Kalau sibuk dengan kerja memang sehari sekali lah dapat pam. Lagi sadis bila tak der masa nak mengepam langsung tau. Ingat senang ker nak maintain stok susu? Dapat anak yang kuat minum dan tak minum susu lain? Memang tak cukup tenaga sebab terpaksa berjaga malam nak pam susu...nak buat double pumping.
Kesimpulannya...BF atau FM, masing² ada PRO and CON nya ok. Peace...no war.
Kesimpulannya...BF atau FM, masing² ada PRO and CON nya ok. Peace...no war.
Note: Phewwww...kalau ikutkan panjang lagi nak taip. Tapi cukuplah sampai sini dulu ☺